Thursday, December 29, 2011

LIL ONE IN ME..

Rasanya baru beberapa kali bercerita pasal pregnancy kali ni..tataulah, kali ni lain macam betul rasanya. Blogging mood mmg out terus..toksah cakap pasal menjahit lagilah, nakmuntah tengok mesin jahit ok..huhu~~ siap tutup dengan penutup dia dah..

Skrg pregnancy da nakmasuk 19th weeks. Next checkup is 14 Jan 2012. The doctor suggested to do detailed scan on 17 Jan nanti..masa tu maybe da 21st week. Reasonnya sbb nak kena check lebih detail organs and all. Risau gak kot affected because I had my chicken pox during my 9th weeks. Mohon doa kawan2 semoga semuanya ok ye.

Skrg saya da rasa baby starts kicking. Especially masa Kakak Tasnim duk kat riba mama, babay pun jeles ye? eheh..cuma skrg ni, apa yg bermain di fikiran saya, macam mana saya nak handle kehidupan nanti bila da beranak 3 ni..huhu~~ a big adjustment for me because those 3 kiddies need me. Skrg pun berebut Abg & Kakak nak tidor dgn mama. Macam mana kalau adik da ada nanti, lagi kecoh. Org kata the more the merrier! InsyaAllah. No doubt saya mmg sukakan kanak2, especially baby..ni. Selalu rindu bau baby. Therapy ok!

Hubby pun bertugas dgn jayanya, tugas basuh poo poo kakak mmg 100%, nasib baik Fahmi da pandai wat sendiri. Mmg rasa kesian kat hubby, tp saya tak boleh bau langsung sebarang bau2an busuk dan kadang2 yg wangi pun naik mual.

Skrg berat saya nak menaik balik after losing 4kg during chicken pox & terrible morning sickness haritu. Ni kadang2 sampai 3 kali sehari makan nasi. Selera makan skrg pun mendadak naik. Boleh plak pagi masak spagetti, tgh hari makan ikan pekasam, malam nak nasi arab. mmg pelik gak selera kali ni.. siap masak nasi arab berlaukkan lamb lagi tu. So, secara tak langsung hubby pun naik badan gak sbb masak best2..hihi.. cuma weekdays tu banyak beli sbb saya ada kalanya tak makan pun. Budak2 plg tak pun nak roti canai.. bak kata Tasnim..mama, nak oti anai (roti canai) ehehe..makan cinonet je pun, ngada je lebih.

Skrg ni juga terasa sangat nak beli barang baby (macam first time je), tatau lah, macam excited sangat bila tang shopping ni. yerla, dah lama betul tak shopping..especially skrg da takmenjahit so, tangan ni taklah merayap sangat shopping fabric online kan..tp nak kena tunggu tengok gender baby dulu. haritu masa 4th months scan taknampak sbb baby dok tertonggeng dan tak dok diam. tapi bidan kata boy..tataulah, what ever pun saya tak kesah sbb da ada sepasang kan..baju lama da asing boy & girl, tunggu nak simpan je memane satu. ada 2 bakul je pun. especially baju boy sket sangat sbb Fahmi ni jenis badan kecik je, so pakai baju sampai takmuat dan ada gak da bagi orang kat kg dulu..

Anyway, da panjang da ni..alhamdulillah harini mood blogging da ada da sket2..till then, take care dear all and happy holidays!

Thursday, December 22, 2011

SEHANGAT BUMI SAGUARO - Siri 6

SIRI 6: KEPUTUSAN SEORANG ANAK PEREMPUAN

Hari-hari semakin sibuk. Mengejar urusan dunia yang tidak pernah berkahir.

Anak-anak kampus yang terdiri dari pelbagai jenis bangsa di universiti itu tidak sunyi dengan aktiviti dan program di dalam mahupun luar kampus. Masya-Allah, dengan kekuasaannya, menciptakan manusia berbeza rupa paras, warna kulit, lahir di tempat yang tidak sama, namun di bumi Amerika ini mereka ditemukan.


Aisyah yang belajar bidang Ekonomi itu juga seperti yang lain. Berasal dari sebuah pekan kecil di bandar Kota Bharu, dia akhirnya melanjutkan pelajaran ke University of Arizona. Sebagai anak sulung perempuan dalam keluarganya, pemergian Aisyah ke Amerika suatu masa dulu senantiasa menimbulkan rasa risau di hati seorang ibu. Kalau diikutkan, ibunya memang mahu dia belajar di universiti tempatan sahaja.

Masih lagi segar di ingatan Aisyah bagaimana gembiranya insan yang dipanggil mama itu semasa dia mendapat tawaran menyambung pelajarannya ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Malaysia, dalam bidang kesusasteraan Bahasa Inggeris. Mama dan abahnya mahukan dia menjadi seorang guru. Tetapi tawaran belajar ke Amerika mengatasi segalanya.

“Abah tak kisah, Aisyah kena buat keputusan sendiri.”

Abah seperti biasa dengan tenang meminta Aisyah memilih jalannya sendiri kerana dia tahu anak gadisnya ini tahu untuk menjaga diri. Telegram tawaran untuk Aisyah melanjutkan pelajaran dalam bidang Ekonomi di Amerika masih lagi di tangannya.

“Rasa macam nak pergi je. Ini biasiswa kerajaan. Rugi je kalau tak pergi ni. Tapi yuran pendaftaran UIA kita dah bayar.”

“Ala, itu kakak jangan risau, abah sendiri akan hubungi pihak sana. Insya-Allah tiada masalah lah. Lagipun ini urusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).”

Kakak adalah panggilan untuknya di rumah, abah dan mama juga senang memanggil dia dengan nama itu terutama di hadapan adik-adik.

“Isk, susah juga ni nak buat keputusan. Duk sini belajar bahasa Inggeris, pergi Amerika belajar Ekonomi, bahasa Inggeris pun dapat. Mmm, peluang yang baik”, Aisyah berbisik sendiri.

Aisyah amat keliru. Solat istikharah dia tunaikan untuk memohon petunjuk daripada Allahu Ta’ala. Walaupun mamanya agak sedih kerana dia akhirnya membuat keputusan untuk terbang ke Amerika, tapi iringan doa seorang ibu tidak pernah putus untuk anak tersayang, seperti tautan doa Aisyah terhadap kedua ibu bapanya.

Namun sebelum pemergiannya ke Amerika, dia terlebih dahulu perlu menyertai program persediaan ATU 7 iaitu American Top Universities batch ke-7 selama lebih kurang setahun di Pusat Persediaan Pelajar (PPP) atau yang kemudiannya di kenali sebagai International Education Center (INTEC). Program itu bertempat di Universiti institut Teknologi Mara (UiTM) cawangan Seksyen 17 Shah Alam.

Di situ bukan sahaja tempat persediaan pelajar-pelajar ke Amerika, tetapi juga program ke negara-negara lain seperti A-Level Germany, A-Level Medicine ke United Kingdom, Mesir dan Jordan, persediaan bahasa ke Korea dan ada beberapa lagi. Namun tempoh berada di pusat persediaan itu berbeza-beza mengikut lokasi pengajian nanti.

Pada 12 Ogos 2002, dia bersama-sama dengan 6 kawan-kawan perempuan yang lain, mereka diterbangkan ke Los Angeles menaiki pesawat MAS. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang selama 18 jam tetapi dengan pertambahan satu jam transit di Taipei, menjadikan perjalanan mereka lebih lama. Dan itulah buat pertama kalinya Aisyah menaiki kapal terbang dan itu jugalah kali pertama dia mempratik cara untuk solat dalam penerbangan sebagai seorang musafir. Perjalanan yang memakan masa hampir seharian itu di rasakan seperti berhari-hari. Tapi alhamdulillah, anak-anak kapal MAS melayan mereka semua dengan baik sekali. Bersesuaian lah dengan gelaran servis terbaik seluruh dunia yang syarikat penerbangan MAS perolehi.

Suasana di Lapangan Terbang Los Angeles (LAX) sentiasa dalam kesibukan. Manusia ke sana ke mari berpapasan untuk menyelesaikan urusan masing-masing di situ. Rombongan Aisyah juga berkejaran untuk memastikan mereka sempat menaiki pesawat seterusnya iaitu United Airlines yang akan membawa mereka ke daerah Tucson di negeri Arizona yang lebih dikenali sebagai The Canyon State. Di situlah terletaknya salah sebuah universti terkenal di Amerika yang tersenarai dalam program mereka dulu, iaitu University of Arizona. (U of A)

“Eh macam kat padang pasir kita ni.” Suara Jeslina memecahkan suasana sepi dalam van Joanne, pegawai daripada Pejabat Pelajar Antarabangsa U of A. Dia ditugaskan untuk menjemput kami dari Lapangan Terbang Tucson.

“Dah rasa macam lapar nasi lah. Teringat kat mak pun ada juga ni”. Sharifah Hanim pula bersuara diikuti dengan deraian tawa yang lain.

Joaane hanya memandang kami semua dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya dari saat mula-mula jumpa tadi. Seolah-olah faham.

Hanya Nana dan Wardah sahaja yang sudah terlelap. Keletihan. Aisyah, Jes, Sharifah, Diana dan Nora masih lagi bersemangat melihat suasana sekeliling sepanjang perjalanan ke kampus universiti.

Sejak dari hari pertama Aisyah menjejakkan kaki ke bumi menara runtuh itu, dia sudah menanam azam untuk pulang dengan kejayaan dunia dan yang paling penting, akhirat. Baginya maruah seorang wanita sentiasa perlu dijaga kerana itulah mahkota agung sebagai seorang serikandi agama.

Di mana sahaja kita berada, bawalah diri kita sebagai refleksi keindahan agama Allah, walaupun hidup di perantauan itu bukan sesuatu yang mudah!

Kenangan hari pertama itu tetap terpahat di hatinya.

Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan bertakwa (nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui. [Al-Baqarah:103]


Related Posts with Thumbnails