Wednesday, August 12, 2015
TEACH QURAN TO YOUR OWN KIDS
Monday, August 10, 2015
SYAWAL 1436H in MALAYSIA
Assalamualaykum.. I guess I am back on track. We just got back from Malaysia for a week ago. We went back for 3weeksnotenough vacation. Well, I guess I should not say a vacation, it was a busy hectic break for family matters in addition to Hari Raya season and sister's engagement too. But the kids were having fun playing with cousins, aunties and uncles. One week in Kelantan, one week plus in Terengganu and 2-3 days in Bangi. In Bangi was also hectic including the tenant issue, agent appointment and also the most important part, we had to buy things to bring here again.
Back to blogging made me realize that I had a few posts on draft from a few months ago. I guess I was so busy till I forgot to publish :). Will do soon as I want to read the story about our life here and hopefully the kids also will do so as long this blog is still here.
Last but not least, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.Here are some of our Raya pictures in Malaysia this year.
Wednesday, August 28, 2013
HARTA ILMU..
Berbalik kepada kursus tersebut, saya rasa ianya amat bagus.penceramah yg hebat hebat semuanya.di antara isu yg ditekankan adalah :-
- pendidikan anak2 dirumah adalah sgt penting.apa yg berlaku pada hari itu adalah pelajaran pada hari tersebut.
-kawal emosi muda kita, darah muda..anak anak akan 'copy' & 'paste' dari kita bila mereka dewasa kelak.ibu adalah 'benchmark' yg akn dilihat oleh seorg anak perempuan dan begitu juga dengan anak lelaki, bapalah yg akan dilihatnya.
-apabila kita tinggalkan harta, lama lama harta akan habis, manusia ramai bergaduh sebab harta.tinggalkan lah anak kita dengan ilmu dan agama yg mencukupi sbb amat berguna pd masa depan anak anak.
Banyak lg yg dikongsikan bersama termasukkan bersama dgn pakar psikologi.bagaimana cara untuk menangani masalah anak anak yg suka menipu, mencuri, malas solat dan sebagainya.
Really looking forward to join this kind of seminar in near future.
Tuesday, August 27, 2013
BACK ON TRACK!
Lets see..hmm it seems like everyone is back on track, same routine..for those working moms, happy working mommies.for wham like me, happy working too!
As for me, after two weeks break for raya, i was in my hometown.a bit longer as it was school holiday and that was my longest raya break since this year i started to become a wahm. Plus, my younger sister got married on the 4th raya and we stayed there until the 'kenduri bertandang' in Penang.
Ok, thats all for a warm up session, school has started since last week so a lot of things need to be done. I leave you with some more our raya pictures. Take care.
Thursday, August 15, 2013
Selamat hari Raya Maaf Zahir Batin
Monday, July 29, 2013
IA HAMPIR KE PENGHUJUNGNYA..
Semua persiapan da siap.tinggal nakbalik kg je.so sementara dok sini lg cuba habiskan brg2 basah yg ada.kebetulan pula mmg xpnh lg gi pasar ramadhan..masak je so bhn mentah mmg sentiasa ada..
Walaupun fahmi anak sulung saya puasa sampai balik dr skolah je dlm kol 3 (puasa penuh 3 hari je..huhu), tp menu berbuka mmg bnyk ikut selera dia.cth favourite dia adalah ayam masak sambal, percik,ikan cencaru sumbat pedas sket, udang & sotong masak sambal.puasa ni bnyk ulang menu sama.tp ada jugak masak special utk husband spt masak lemak cili padi, gulai ikan tongkol..ikan masak sambal, tempe ikan bilis pedas dan sebagainya. Kalo bln puasa sblm ni suka masak ketupat sotong tp.sbb thn ni sy da xkeje menu tu almost every month buat.so bln puasa xbuat lah.
Oklah sampai ketemu lagi..tulis thru hp ni lenguh ibu jari..hihi..
Monday, July 15, 2013
Salam Ramadhan
Salam Ramadhan tuk semua.alhamdulillah harini da masuk hari kelima brpuasa..fhmi tadi bangun sahur seperti biasa, katanya nak puasa penuh harini. Hari pertama dia berjaya puasa penuh. Alhamdulillah masa tu papa amik cuti semangat nak suh fahmi puasa. bila da kol 4 tu dia da goyah nak air..tp bagi main ipad kejap..kol 530 tu hampir nakgi minum air tp bila papa ajak gi beli air kat giant (saje je nakgi jauh sket bagi dia leka)..siap dia tanya lagi nape lama sangat nak sampai...kebetulan plak jam kan..balik umah da nak kol 7 dia leka main dgn adik dia. kol730 berbuka tu banyak sagat minum air ended up muntah before dia solat magrib..tanya dia, Fahmi nak puasa lagi tak? dia kata nak! tp dalam hati saya masa tu kata kalo esoknya dia nak buka bila balik skolah dlaam jam 3 tu mmg saya bg dia bukak sbb kesian sangat..nak buka buku wat latihan pun xlarat..baring je..lgpun dia cakap kat skolah ada ramai kawan2 dia xpose..sian sangat..bulan 10 ni baru cukup 6 thn dia ni..xpe xpe latihan tu penting..
So, the next day sampaila semalam pose separuh hari je..hehe..tp xpe malamnya selalu berazam sy nak pose penuh mcm mama..alhamdulillah.. semangat tu penting..hehe..
Friday, July 05, 2013
Keep praying.He's listening to you..
Dulu-dulu (masa tu baru ada anak sorang) saya pun mcm tu, jeles dgn kawan2 yg surirumah boleh jaga anak sendiri, watching them growing old everyday..masa tu saya juga fikir akan tanggungan, kesian suami kerja sorang..tp dalam diam saya berniat suatu hari nanti saya juga akan menjadi seorang surirumah sepenuh masa. Blh dikatakan setiap hari saya berdoa. Setiap kali hantar anak, hati saya tersentuh. apatah lagi bila amik anak lambat air mata saya mengalir sedih, kadang kadang anak dah tidur. xde masa nak main dgn anak.esok angkat dia masih tidur. begitula rutin saya sehingga lah saya melahirkan anak ketiga.
Pada masa tu berpantang selama 3 bulan dirumah memberikan saya perasaan yg cukup indah, menguruskan anak anak, menyambut pulang dari sekolah, menyambut suami pulang kerja..semua ini memberikan satu perasaan yg cukup bermakna buat saya. walaupun saya naik pangkat, tp saya cakap dengan suami, ini semua tidak akan membantutkan impian saya, doa saya masih sama, dan semoga Allah memberikan yang terbaik untuk saya.
Alhamdulillah skrg dan 6 bulan lebih, saya tidak menyesal dan tidak pernah menyesal memilih jalan ini. pagi2 saya boleh hantar anak kesekolah, blh siapkan bekalan anak2, mengambil anak dari sekolah..paling seronok bila balik dari sekolah anak sulung saya akan tolak beg ketepi terus ke dapur utk melihat mama masak apa harini..satu perasaan yg tidak dapat diungkapkan. sama macam ape yang saya buat dulu bila balik rumah mesti meluru ke dapur utk tengok mama saya masak apa. apa sahaja lauk hatta telur goreng pun cukup membuka selera orang balik sekolah. menemani anak anak makan apatah lagi meyuapkan mereka makan tengahari sekali lagi membuatkan saya melafaz syukur..perasaan indah ini terus terpahat di hati saya dan membuatkan saya tersenyum sehingga waktu nak tidur.
So bg ibu ibu yg nak ikut jejak langkah sy..ikhlaskan niat dan jgn putus asa untuk berdoa, in shaa Allah, Allah akan makbulkan doa kita at the right time..amiin..
Thursday, June 27, 2013
Lil update on recent activities during the haze
Sekitar aktiviti bersama anak2
Saturday, January 05, 2013
HARI-HARI PERMULAAN JD HOUSEWIFE
Friday, September 07, 2012
BREASTFEEDING UPDATE
I'm sure org lain pun pernah mengalami situasi yang sama. Sekarang lagi lah, sy da start keje dr last week, dua kali je sempat pump kat office.dapatlah between 12-15oz je. tp kadang2 kena guna stok baru ni sbb bila balik umah terlambat sket wat turun stok lama dlm freezer tu xsempat cair sangat esoknya. So saya akan guna satu stok baru tuk baby Hanaa minum pagi2 kat taska kalo dia xsempat nyusu dulu kat rumah.
Menjahit?buat masa ni saya totally stop. Yg last saya jahit adalah baju saya dan anak2 masa before raya. Sbnrnya rasa rugi gak stop buat hobby yg kita suka. tp da namanya hobby kan, aktiviti yg dibuat pada masa lapang. Cuma skrg ni, masa lapang tu dah hampir lupus dari kamus hidup saya. Hopefully buat sementara waktu je. Ni pun berblog masa lunch hour skjp. Masa before balik kg bln puasa haritu, ada dpt tempahan baru, 200 pcs bag tp saya terpaksa tolak sbb taksempat. Org tu nak tuk nikah anaknya by december..tp still saya takberani nak commit nakbuat. Sbb bb hanaa lately suka berjaga lambat tidur, so saya mmg totally flat. Balik keje urus anak2, kol 12-1am hanaa tidur then sometimes 2 kali nyusu sometimes skali..ada gak dia bergerak2 taklena tidur ke..so pagi bangun kol 5 tu paling lambat, mostly kol 415-430 pagi sbb bb bgn nyusu. so mane tak flatnya bila balik keje tu..
Oklah, nanti saya bercerita lagi. Thanks for your time.
Wednesday, June 27, 2012
BREAD-MAKER PUNYA PASAL
Monday, June 25, 2012
JATUH CINTA
Cakap pasal jatuh cinta ni, saya rasa saya da jatuh cinta duduk di rumah sebagai suri rumah sepenuh masa. Honestly, looking forward the next day tuk wat keje rumah. Penat mmg penat, kadang2 rasa nak bergilir2 dgn org tuk pegang baby especially time dia tanak tido kan. Tp managed to go thru day by day. Saya jenis takbiasa tidur siang, so bila anak tidur pun saya takleh tidur, kalau terlelap pun paling lama 10 minit. So, that's why malam tu terus tumbang..ehehe.. standby baby bangun nyusu malam2, 3-5 times kot. Biasalah BF ni dia cepat lena & lelap padahal lom kenyang lagi..
Alhamdulillah, both kakak Tasnim & Abg Fahmi give a good cooperation, walaupun kadang2 kena jerit gak baru nak dengar. Tp so far diorang happy dgn baby baru. Hari2 mesti 1-2 kali diorang nak riba. Yang terharunya, everytime sblm riba both akan baca bismillahirrahmaanirrahim. Sweet je.
Ok, till then, nanti nak share few other posts later.
Wednesday, May 30, 2012
DAY-13
Alhamdulillah, harini hari ke-13 berpantang. Mama & baby sehat-sehat aje. Hanaa banyak tido lagi..sentiasa kena kejut tuk minum susu..mlm ada berjaga sket2 je, Alhamdulillah, semua dipermudahkan Allah. Saya beruntung ma saya boleh temankan saya dari day one lagi sehinggalah harini. Ma saya banyak membantu uruskan baby, especially tang mandi baby tu saya gerun sket..ehehe..maybe minggu depan da kena mandikan sendiri kot..
Meh saya nak kongsikan pengalaman bersalin kali ni untuk anak ke-3 ni. Saya rasa baby Hanaa ni pemalu sket, dia kuar lambat sket, I mean mama dia ni sakit yg selang 5 minit skali tu nearly 24 hours. Actually on 17th May tu, my birthday. Pg ada checkup baby tuk 39th week, doktor agak hairan gak sbb saya tak rasa sakit sket pun padahal abg & kakak dia dulu lahir 37-38 weeks. So doktor saje usik jalan sket sbb baru buka 1cm. Then check contraction macam ada sket sangat. So doktor suh balik dulu. Kol 2 petang saya start sakit 5 minit skali. Kol 630pm saya warded. Masa tu jalan baru buka 2cm. Alhamdulillah, hubby dpt berada sepanjang masa dgn saya, anak2 sepupu hubby tlg amik & jaga kat rumah dia. Then kol 3 pagi nurse check jalan baru buka 3 cm.Malm tu mmg saya takdapat tidur sbb contraction kerap tu. Kol 12 tgh hari baru doktor pecahkan ketuban. Jam 350ptg baru saya selamat melahirkan seorang lagi puteri, Dhiyaa Hanaa. Alhamdulillah. Then 530ptg tu mak saya sampai kat hospital dgn Abg long & Family. Ucapan syukur tak putus2 kuar dari mulut saya, Alhamdulillah..mama & baby dalam keadaan sehat dan ma pun selamat sampai ke KL..sian ma, terpaksa naik bas tambahan gara-gara tiket bas habis sempena perlawanan bola sepak Red warriors & Sime darby haritu..kuat semangat bola sungguh oghe kelate nih..
InsyaAllah saya akan berpantang dan bercuti selama 3 bulan. Boleh rehatkan diri dari keje2 kat ofis, spend masa dgn baby and anak2..Alhamdulillah Ya Rabb atas nikmat yang dikurniakan ini. Alhamdulillah.
Tuesday, May 22, 2012
ALHAMDULILLAH..ANOTHER GIFT FROM ALLAH..
Tuesday, April 24, 2012
TASNIM SI KAKAK ULTRAMAN..huhu
Tasnim: Saya!! Kakak Ultraman lah..
Me: (Aduuhh)
Itulah jawapan Tasnim sekarang, dia adalah kakak ultraman. Takde orang pun yang menggelarkan diri dia macam tu, dia sendiri nak nama tu..huhu~~
Lately ni saya suka kalau dia pakai baju kurung sbb she'll behave so sopan santun. Tambah plak pakai tudung syria (lupa lak nak amik gambar). Tapi baju kurung dia yang boleh muat ada satu ni je lagi. tu pun tangan da pendek da..bila la mama blh wat baju kurung lagi ek..agaknya bila da lepas pantang nanti kot insyaAllah.
Walaupun Tasnim sekarang agak ganazz selalu abuse abg Fahmi dia, tapi Tasnim ni tersangatlah rajin tolong mama lipat baju & siap boleh susun masuk dalam drawer masing2 lagi (drawer dia & abg Fahmi). So tak sia-sia papa beli drawer baru yg rendah sket so dia boleh masukkan baju2 tu semua. Kalau dia lipat baju, mmg perfect, siap terbalikkan dgn betul, dan akan selitkan seluar/skirt pasangan yg betul dgn baju yang dilipat. Tak sia-sia mama ajar macam tu sbb easy nanti nakmasuk dalam beg taska.
Malam2 plak kakak tasnim akan jadi 'pengawas skolah'. dia akan pastikan pintu master bedroom yang kami tidur ni berkunci. Kadang2 dua kali dia gi check sama ada dia da tekan tombol tu ke tak, so sweet..then dia akan pakaikan mama stokin since dia da nampak lately ni papa pakaikan mama stokin malam2 takut mama cramp kaki. Alhamdulillah. Walaupun dia baru berumur 2 tahun 7 bulan, tp dia da banyak tolong mama. Tp adakalanya dia wat perangai nakwat sendiri menda bukan2 (especially nakwat susu sendiri), mama geram gak dgr volume tangisannya tahap kelima tu..tp yerlah, nama nya budak2 kan. Hopefully Kakak Tasnim akan lebih matang bila kelahiran adiknya nanti, insyaAllah..
Wednesday, April 18, 2012
SI DIA MENJAHIT, SI DIA MENANAM..
Anyway, layanzz gambar tanaman hasil usaha hubby ni..kalo sy suka menjahit, dia plak suka gak menanam ni..
belakang bendi tu ada pokok lengkuas & kunyit,kalo rajin gali ler, kalo nak urgent & malas nak gali kadang2 beli gak la jawabnya..
daun pandan & pegaga..pandan tu pun da buang separuh, semak sbb terlalu subur mencanak naik daun2nya..pegaga wat ulam je..hubby suka..
ada lupa nak amik gambar kat luar pagar ada dua rumpun serai..subur dan gemok2, jiran2 selalu gak amik wat masak2..kitaorang lg suka sbb bkn hari2 masak guna serai kan.. berbudi pada tanah ni untung, dapat hasil..boleh lah jimat sket2 selain puas hati dapat makan yg tanam dgn tangan sendiri,tak letak racun bagai..ni baru tanah sekangkang kera, kalo tanah luas lagi insyaAllah lagi banyak ditanamnya ni..
ok..thanks peeps for reading..
Friday, March 16, 2012
PENGALAMAN BERBEZA-BEZA
Masa saya mc lama haritu, ada beberapa kali saya rasa macam ada contraction. Tiba2 ini mengimbau kembali saat saya melahirkan both Fahmi & Tasnim. Tapi ni saya nak share two different experience yang menambah rencah perjalanan hidup saya sebagai seorang ibu.
Ramai orang yg tend to choose tempat yg sama tuk bersalin anak kedua, ketiga dan seterusnya sbb maybe da selesa dgn seseorang doktor tu. In fact last checkup ada sorang makcik ni sat next to me. Masa tu dia tgh tunggu anak dia abis checkup. Macam ni lah perbualannya lebih kurang:-
Makcik: Adik dok kat mane?
Saya: Kat bangi ni je. Makcik dtg checkup anak ke?
Makcik: A’ah, tgh tunggu dia ni.
Saya: Dok kat mane?
Makcik: Kuantan
Saya:Owh, makcik dok Kuantan..anak makcik?
Makcik:Eh tak, kami semua dok Kuantan. Tp setiap kali bersalin (ni yg ketiga) mesti cari Dr. Kamsiah kat An-nur ni.
Saya:Jauhnya datang checkup. Kat Kuantan tadek hospital pakar O&Gke?
Makcik:Ada, mula2 checkup sana, tp time dekat2 nak bersalin datang An-nur. Kami menyewa rumah kat Teras Jernang sampai anak makcik bersalin nanti. Then suami dia datang amik lah dari Kuantan.
Then, anak dia keluar so diorang pun bergerak nak ke kaunter ubat. Saya pun terimpress jugaklah dgn cerita makcik tu. Sampai tahap macam tu skali ek. Tu lah, setiap orang lain kehendak dan kepuasannya.
Anyway, saya pulak ikut keadaan dan kesesuaian.
Anak pertama:
Masa tu bulan puasa, due nearly 2 weeks after raya. Tp saya sbb first baby and time raya pulak, so decided nak bersalin kat kg di Kubang Kerian. Hubby sent me two weeks earlier before raya. I took early annual leaves. Tunggu punya tunggu tadek plak bersalin. A day before raya tu hubby da balik kg saya tuk beraya lah. Baby nak gak tunggu Papa dia..ehee..masa tu nearly 12pm saya rasa contraction. Hubby & my dad terus hantar ke HUSM sbb saya pun takreti nak budget rasa contraction level mane anak akan kuar. Then, masa check jalan tu, jumpa classmate lah plak, masa form 2 kami mmg agak baik & sekelas. Da jadi doctor lah member ni..dia yg check jalan. Of courselah perempuan ye sbb saya dulu skolah girls je.hehe..Then saya kena masuk ward biasa dulu sbb baru buka 2.
Masa tu orang kat sekeliling saya mostly yg ada masalah masa pregnant, bkn yg tgh tunggu time nak bersalin. So saya sorang jer terguling2 sakit contraction, sambil nangis. Hubby & parents takleh masuk. Siap ada sorang nurse tu marah saya kenapa menangis ni, awak nak bersalin lambat lagi tau, tgh hari esok baru bersalin..huhu~~sedih sorang2.. Tp masa magrib tu hubby curi2 masuk (tah ape dia ckp kat nurse sampai lepas masuk) bukak puasa dgn saya (masa tu saya da bukak awal da..ehe) sbb saya nak sgt minum air tebu & ikan percik. Then saya gi solat terbongkok2..tetap kutunaikan solat yg wajib itu, Alhamdulillah.
Then dalam lps isyak macam tu nurse da minta suami saya keluar sbb dia perasan macam ada orang tunggu saya. Sblm tu dia tak perasan sbb saya adalah pesakit yg kat border sebelah, katil dua row panjang tu, saya sorang je kena dok situ. So hubby keluar dok kat bilik menunggu. Then lepas tu saya start cirit birit 3-4 kali, tatau nape. Then lepas tu da ok. Tp contraction makin kuat. Kol 2am ada nurse datang tengok saya dok terguling2 sakit. Ni nurse shift lain, baik sangat. Dia kata: dik sakit sangat ke? Jom kita gi bilik check jalan dulu ye.
Then bila gi check tu jalan da bukak 4, dia kata jom masuk labor room. Masa tu call hubby suh standby. Then masuk labor room kol 230 pagi. Saya ckp kat hubby jgn call ma & abah lagi. Tp padahal masa tu hubby tgh tulis sms kat abah. (padahal abah bkn baca sms pun..ehe). Tp sebenarnya masa tu my mom tak tidur pun, tgh solat sunat. Dia terdengar bunyi sms tu, tp dia pun jenis tak baca sms gak. Then kol 3am hubby call, ma angkat. Masa tu saya da bersalin.
Alhamdulillah. Anakku lahir pada 3am, 1 syawal. Sempat lagi bayar zakat fitrah before solat sunat hari raya tu. Yg bagusnya doctor suh hubby saya azan masa baby kuar terus azan, then lepas tu baru bersihkan baby. Sbb dia tanak baby tu dgr perkataan lain dulu sblm dgr kalimah Allah..Then settle jahit semua (oh ye, jahit half bius jugak, tp masih terasa simpulan benang itu..), then nurse tolak saya & baby ke ward. Masa tu lalu tepi corridor kol 5 am angin pagi sejuk sangat, sambil sayup2 dgr suara orang bertakbir dari masjid berdekatan. Ya Allah, rasa penuh rahmat pagi syawal. Taksemua orang dapat peluang macam tu. Saya bersalin awal 13 hari awal dari due date. Tgh hari tu ramai datang melawat, beraya dihospital. Lagipun tu cucu lelaki first ma & abah, dan cucu pertama dalam keluarga hubby.
Panjang lebar la plak bercerita. Tuk pengalaman anak kedua, totally different. Nanti saya sambung next entry plak ek.. thanks for reading..
Saturday, February 18, 2012
PD 2012- PART 3
Esok pagi bersenam ajak adik plak...then gi swimming pool lagi skali before mandi ready nak balik..
Tp ended up kami balik after asar dan singgah pekena tomyam poktek dulu..mane2 gi, nakcari kedai kelate gakk...huhu~~
















