Thursday, September 20, 2012

PENGORBANAN...

Fasa yg harus dilalui oleh semua ibu adalah menghadapi sakit pening anak2. Sekarang sy agak stress sket sbb baby baru 3 minggu hantar da selsema batuk, anak2 yg lain pun da start. Tp tu la skrg musim hujan-panas-hujan, suhu tak menentu.so malam2 tido-bangun-tido kita pun rasa macam xsehat. Nasib baik bergilir2 dgn hubby.Walau ape pun, Alhamdulillah kita masih sehat meneruskan rutin harian. Saya,da keje kat bahagian baru minggu ni. InsyaAllah semoga segalanya dipermudahkan.
Ada gak kawan2 tanya saya, mcm mane saya manage dgn anak 3, fulltime keje, exclusively bf lak tu..ehe, mmg sangat amat mencabar, tambah plak keje jauh di KL, dok di Bangi. Jwpnnya adalah
berkorban. Saya kena berkorban banyak benda seperti, korban masa rehat/santai2,korban tengok tv,korban waktu tidur, korban waktu makan, singkatkan waktu masak dan sebagainya. Kalau dapat tidur 4 jam tuk mmg nikmatlah. Standard 3 jam tu pun berselang2 dgn bangun. Kalau masa baby xbatuk boleh tidur lama sket sbb ada dia bangun skali dua je tuk nyusu..
Bila da macam ni teringat zaman dulu2 mak2 kita..anak2 ramai, tadek kemudahan seperti microwave, washing machine bagai kan..Itulah namanya pergorbanan tuk anak-anak dan keluarga. Dan masa ni jugaklah kita kenal dgn suami kita. Kalau yang jenis dok saja goyang kaki lepak dgn member tu mmg takpatutlah, kesian si isteri. Kerja orang perempuan takpernah abis. Kerjasama tu penting. Alhamdulillah suami saya memahami. In fact masa interview dulu pun management tanya macam mane saya survive keje sbb dok division hectic/adhoc work with 3 kids, dan saya jawab thank God for my wonderful understanding husband. He help me a lot especially the laundry jobs, lipat kain, washing the dishes and all. Alhamdulillah.
Semoga Allah permudahkan urusan kami dan urusan anda semua juga. InsyaAllah..

Friday, September 07, 2012

BREASTFEEDING UPDATE

Alhamdulillah lagi seminggu cukup 4 bulan BF baby hanaa. Stok susu alhamdulillah masih ada lagi dalam freezer. Cuma masa kat kg masa puasa+raya haritu je stress sket sbb susu merudum, maybe sbb masa tu puasa..hujung2 puasa tu sahur pun xlalu..ehehe..bnyk jer alasan. tp alhamdulillah cukup2 je susu baby hanaa minum cuma tadek wat stok langsung lah masa kat kg tu. Another trouble masa on da way back kami singgah tidur kat kuantan. Masa tu kedai masih abnyak tutup dan kami pun xbiasa area tu. So waktu makan mama da lari, air pun xminum banyak dalam kete, skali lg susu macam x di produce bnyk sangat, bay Hanaa nangis je. Nasib baik lepas tu dia da tidur and by the time dia da bangun stok susu pun ada balik.

I'm sure org lain pun pernah mengalami situasi yang sama. Sekarang lagi lah, sy da start keje dr last week, dua kali je sempat pump kat office.dapatlah between 12-15oz je. tp kadang2 kena guna stok baru ni sbb bila balik umah terlambat sket wat turun stok lama dlm freezer tu xsempat cair sangat esoknya. So saya akan guna satu stok baru tuk baby Hanaa minum pagi2 kat taska kalo dia xsempat nyusu dulu kat rumah.

Menjahit?buat masa ni saya totally stop. Yg last saya jahit adalah baju saya dan anak2 masa before raya. Sbnrnya rasa rugi gak stop buat hobby yg kita suka. tp da namanya hobby kan, aktiviti yg dibuat pada masa lapang. Cuma skrg ni, masa lapang tu dah hampir lupus dari kamus hidup saya. Hopefully buat sementara waktu je. Ni pun berblog masa lunch hour skjp. Masa before balik kg bln puasa haritu, ada dpt tempahan baru, 200 pcs bag tp saya terpaksa tolak sbb taksempat. Org tu nak tuk nikah anaknya by december..tp still saya takberani nak commit nakbuat. Sbb bb hanaa lately suka berjaga lambat tidur, so saya mmg totally flat. Balik keje urus anak2, kol 12-1am hanaa tidur then sometimes 2 kali nyusu sometimes skali..ada gak dia bergerak2 taklena tidur ke..so pagi bangun kol 5 tu paling lambat, mostly kol 415-430 pagi sbb bb bgn nyusu. so mane tak flatnya bila balik keje tu..

Oklah, nanti saya bercerita lagi. Thanks for your time.

REALLY MISS BLOGGING..

Alhamdulillah, dpt juga peluang ni..saya rindu sangat untuk berblog, terlalu banyak cerita untuk dikongsi bersama..tp keadaan betul2 tidak mengizinkan..walaupun sudah terlambat, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Gambar raya pun tak upload. Sejak beranak tiga ni, saya mmg ada limited time sangat2..masa pantang dan cuti bersalin haritu bolehla berinternet lama2 sket..ni da start keje..

Actually masa bulan puasa haritu, kami pulang awal ke kg. Alhamdulillah dapat berpuasa dgn ma & abah bersama selama dua minggu before raya. Da lama xmerasa puasa lama2 kat kg. Anak2 pun happy balik kg, walaupun terpaksa berpenat lelah mengejar mereka berdua..

Terlalu banyak perkara yang berlaku which include a few good news happened in between before raya & after raya. Alhamdulillah syukur nikmat. Salah satunya, mungkin saya pernah kongsikan sebelum ini, masa hari ke-5 pantang, saya telah ke office untuk interview for my career advancement. Me & hubby, gi office dalam keadaan agak blurr sbb hubby pun masa tu on 7 days cuti isteri bersalin kan. Alhamdulillah just 3 days before raya, masa org tgh2 sibuk balik kg, kami dapat keputusannya. Alhamdulillah, syukur sangat pada Ilahi atas peluang yang diberikan kepada saya dan hubby...mmg rezeki tuk anak2. Alhamdulillah.

So, when I came back to the office after the maternity leaves, I came back with new environment, new position. Agak blurr jugak. Dan dalam kemeriahan menyambut syawal di pejabat, semalam skali lagi saya mendapat good news yang mane, akhirnya saya dapat peluang untuk tukar division yang mana sudah lama saya tunggu. Alhamdulillah. Penantian saya berbaloi. Walaupun I've to learn totally new things, but I'm willing to do so. Good for my career, good for my knowledge.

A very big lesson that I learnt from what had happened - kita merancang, Allah juga merancang tetapi perancangan Allah itulah yang terbaik. Alhamdulillah..

Oklah, insyaAllah I'll be writing here again, really miss all my friends here. Again, selamat hari raya, maaf zahir batin.
Related Posts with Thumbnails