Thursday, March 22, 2012
ULTIMATE GOAL
Kadang2 saya berangan, kalau dapat durian runtuh (pokok durian pun taraaakk..ehe), saya ingat nak berhenti kerja dan tumpu pada family & hobi saya je. Tp tu lah, sbb saya da terikat dgn komitmen, kena lah tunggu sampai abis la kot. Kalau dapat jaga anak sendiri, lebih memberi kepuasan kepada saya. Terpulang pada individu, ada yg suka pada kerjaya dan pada masa yg sama bijak membahagi masa untuk anak2. Ada yg suka kerja yg fleksibel (ada business sendiri boleh la kot kan..) Saya pula, belum ada peluang. Tapi jauh di sudut hati saya, alhamdulillah saya dapat merasai alam pekerjaan, ibu berkerjaya dan insyaAllah peluang utk ultimate goal saya akan datang, masa yg menentukan.
InsyaAllah, kita merancang, Allah juga merancang.. namun perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Amin.
Wednesday, March 21, 2012
ADAKAH ANDA INGIN BERSALIN DI RUMAH?
Then diorang tukar offer, nak bersalin kat klinik desa tak? Saya tanya kenapa. Rupanya salah sorang dari mereka tu da staffnurse tp lom jadi bidan. nak complete jadi bidan tu kena sambut satu kelahiran, macam tu lah lebih kurang bunyinya. Saya pun kata nanti saya fikir dulu.
Keesokan harinya, jam 3pm masa tu saya sdg berfacebook..tiba2 rasa macam contraction yg kuat sangat. Then saya call hubby suh standby balik. Hubby nak apply cuti tp bos dia tak bagi sbb kata saya blom bersalin. Then kol 330 pm saya gi klinik desa tu dgn ma & abah. Fahmi pun ikut skali..ehehe. Then nurse kata saya da buka 2cm, confirm bersalin harini, boleh suruh hubby balik..nurse suh balik saya buka puasa dulu, diorang pun nak buka puasa gak, then datang balik lepas magrib or isyak.
So, saya apa lagi dgn confident suh hubby balik without applying leave. Tawakkal je. Dia takboleh beli tiket kat KL Sentral da, kena gi LCCT terus. Dgn sehelai sepinggang dia pun gi LCCT naik bas tuk naik flight ke KB. nasib baik tiket masih ada. Kebetulan plak hari kejadian tu dia keje naik komuter, kunci kereta tinggal kat sepupu..so dia gi amik kereta kat parking komuter. Flight dia dalam kol 8 lebih macam tu kot. Berbuka dgn roti je katanya..ehehe..syian hubby.
Dalam kol 840 pm macam tu saya rasa contraction lagi cepat dan cepat. So, ma & abah dan tidak ketinggalan gak Fahmi datang ikut skali ke klinik desa tersebut..masa tu saya dah takpk nakgi HUSM ke ape, terus gi klinik desa tadi je..macam tawakkal gitulah..ehehe..
Then kol 950 pm hubby da sampai dari airport, abah & Fahmi gi amik. Masa tu saya kat klinik desa dgn ma.lama borak2 dgn nurse. Sambil2 melayan sakit contraction salah sorang nurse yg da expert 9 thn sambut kelahiran orang kampung tu ceritalah pengalaman dia sambut baby dalam motor bot lah, dlm ambulan lah, musim banjir lah..mcm2 cerita sbb dulu dia ditugaskan di pendalaman. Hubby mula2 datang tengok saya dulu then depa semua balik sbb semua lom makan nasi lagi, kelam kabut. ma & abah pun jamah kurma & kuih je masa berbuka tadi.
Then dalam kol 11pm tu saya minta nurse call hubby saya da tak leh nak bercakap dok tahan sakit. Hubby & ma sampai. Fahmi dgn abah tunggu kat luar bilik kat klinik desa tu. Dgn ma & hubby dan dua orang nurse tu dok picit2 dan berada disisi saya, saya kurang sket sakit, special treatment gitu, kat labor room mane ada..hihi..yg saya tabik spring adalah, nurse tu guna jam randik je nak check tempoh contraction saya tu.takde mesin CTG bagai, saya pun hanya baring atas tikar getah atas lantai papan klinik desa.
Alhamdulillah, kol 1140 pm saya selamat melahirkan seorang puteri, Damia Tasnim pada 090909, bersamaan 19 Ramadhan..syukur anugerah Allah yang tidak terhingga, lahir di bulan Ramadhan Al-Mubarak..ni induce, no ephidural..nothing, sampai tadek ubat bius pun untuk jahit. Tp masa jahit tu, hanya Allah yang tahu, siksanya kena jahit hidup2..suara saya serak menahan rasa sakit. Tp bak kata nurse, tak bius lagi cepat baik dan saya harus mengakui kebenarannya. 3 hari saya da berjalan elok je. sbb katanya daging tak bengkak, kalo bius daging bengkak..
Dua jam kemudian saya pun da tak pening da, siap nurse da basuh bersih2 uri, kami pun pulang. Saya kena menuruni tangga klinik desa itu dgn penuh hati2..alhamdulillah.tak keluar duit walau satu sen pun..iyerlah ribu riban pun sakit nya sama gak kan..
Tp tulah, kali ni plan nak bersalin kat Bangi, so macam kena bersalin kat An-Nur je, sbb da wat checkup kat situ kan..insyaAllah ada rezeki nak bersalin kat An-Nur..doakan saya dipermudahkan untuk bersalin anak ketiga ni. Amiin..
Tuesday, March 20, 2012
BACA NOVEL LA PULAK...
Mengandungkan anak ketiga ni, saya ada aktiviti baru iaitu baca novel. Sebenarnya saya bkn seorang pembaca novel tegar, tp haritu my sister in law gave me a novel, Gemersik Kalbu, kebetulan masa tu cerita tu tgh hot kat tv. It took me about 2 weeks kot nak abiskan sbb saya jenis takleh baca sampai habis, just baca masa boring, atau masa free, atau masa melayan mood swing orang mengandung ni.
Ada org pernah cakap dgn saya, kalau baca novel ni lagi feel lah, lagi bestlah and what not. Tp saya ni bukan jenis bg penghayatan sangat kot, tak pernah menitis air mata baca novel..hehe, filem atau drama lagi feel sbb ada muzik iringan atau lagu2 syahdu yang sedih2 tu kan.. tp dalam tak menghayati tu saya da ada dalam 6 novel kot termasuklah,Ombak Rindu, Bicara Kalbu, Dingin Salju Indiana dan yang paling latest hubby belikan Kasih Yang Suci yg cerita Nora Elena tu..mmg tak dinafikan, jalan cerita novel lebih menarik,tp sy punya feeling tu macam kurenglah..tp saya amik yang positif jerla, especially pasal rencah kehidupan berumahtangga ni..ada gak pengajarannya..
Kalau ada sesiapa yang boleh suggestkan novel2 yang menarik, bolehlah suggestkan ek, saya cuba usahakan mencarinya..ehehe..
Friday, March 16, 2012
PENGALAMAN BERBEZA-BEZA
Masa saya mc lama haritu, ada beberapa kali saya rasa macam ada contraction. Tiba2 ini mengimbau kembali saat saya melahirkan both Fahmi & Tasnim. Tapi ni saya nak share two different experience yang menambah rencah perjalanan hidup saya sebagai seorang ibu.
Ramai orang yg tend to choose tempat yg sama tuk bersalin anak kedua, ketiga dan seterusnya sbb maybe da selesa dgn seseorang doktor tu. In fact last checkup ada sorang makcik ni sat next to me. Masa tu dia tgh tunggu anak dia abis checkup. Macam ni lah perbualannya lebih kurang:-
Makcik: Adik dok kat mane?
Saya: Kat bangi ni je. Makcik dtg checkup anak ke?
Makcik: A’ah, tgh tunggu dia ni.
Saya: Dok kat mane?
Makcik: Kuantan
Saya:Owh, makcik dok Kuantan..anak makcik?
Makcik:Eh tak, kami semua dok Kuantan. Tp setiap kali bersalin (ni yg ketiga) mesti cari Dr. Kamsiah kat An-nur ni.
Saya:Jauhnya datang checkup. Kat Kuantan tadek hospital pakar O&Gke?
Makcik:Ada, mula2 checkup sana, tp time dekat2 nak bersalin datang An-nur. Kami menyewa rumah kat Teras Jernang sampai anak makcik bersalin nanti. Then suami dia datang amik lah dari Kuantan.
Then, anak dia keluar so diorang pun bergerak nak ke kaunter ubat. Saya pun terimpress jugaklah dgn cerita makcik tu. Sampai tahap macam tu skali ek. Tu lah, setiap orang lain kehendak dan kepuasannya.
Anyway, saya pulak ikut keadaan dan kesesuaian.
Anak pertama:
Masa tu bulan puasa, due nearly 2 weeks after raya. Tp saya sbb first baby and time raya pulak, so decided nak bersalin kat kg di Kubang Kerian. Hubby sent me two weeks earlier before raya. I took early annual leaves. Tunggu punya tunggu tadek plak bersalin. A day before raya tu hubby da balik kg saya tuk beraya lah. Baby nak gak tunggu Papa dia..ehee..masa tu nearly 12pm saya rasa contraction. Hubby & my dad terus hantar ke HUSM sbb saya pun takreti nak budget rasa contraction level mane anak akan kuar. Then, masa check jalan tu, jumpa classmate lah plak, masa form 2 kami mmg agak baik & sekelas. Da jadi doctor lah member ni..dia yg check jalan. Of courselah perempuan ye sbb saya dulu skolah girls je.hehe..Then saya kena masuk ward biasa dulu sbb baru buka 2.
Masa tu orang kat sekeliling saya mostly yg ada masalah masa pregnant, bkn yg tgh tunggu time nak bersalin. So saya sorang jer terguling2 sakit contraction, sambil nangis. Hubby & parents takleh masuk. Siap ada sorang nurse tu marah saya kenapa menangis ni, awak nak bersalin lambat lagi tau, tgh hari esok baru bersalin..huhu~~sedih sorang2.. Tp masa magrib tu hubby curi2 masuk (tah ape dia ckp kat nurse sampai lepas masuk) bukak puasa dgn saya (masa tu saya da bukak awal da..ehe) sbb saya nak sgt minum air tebu & ikan percik. Then saya gi solat terbongkok2..tetap kutunaikan solat yg wajib itu, Alhamdulillah.
Then dalam lps isyak macam tu nurse da minta suami saya keluar sbb dia perasan macam ada orang tunggu saya. Sblm tu dia tak perasan sbb saya adalah pesakit yg kat border sebelah, katil dua row panjang tu, saya sorang je kena dok situ. So hubby keluar dok kat bilik menunggu. Then lepas tu saya start cirit birit 3-4 kali, tatau nape. Then lepas tu da ok. Tp contraction makin kuat. Kol 2am ada nurse datang tengok saya dok terguling2 sakit. Ni nurse shift lain, baik sangat. Dia kata: dik sakit sangat ke? Jom kita gi bilik check jalan dulu ye.
Then bila gi check tu jalan da bukak 4, dia kata jom masuk labor room. Masa tu call hubby suh standby. Then masuk labor room kol 230 pagi. Saya ckp kat hubby jgn call ma & abah lagi. Tp padahal masa tu hubby tgh tulis sms kat abah. (padahal abah bkn baca sms pun..ehe). Tp sebenarnya masa tu my mom tak tidur pun, tgh solat sunat. Dia terdengar bunyi sms tu, tp dia pun jenis tak baca sms gak. Then kol 3am hubby call, ma angkat. Masa tu saya da bersalin.
Alhamdulillah. Anakku lahir pada 3am, 1 syawal. Sempat lagi bayar zakat fitrah before solat sunat hari raya tu. Yg bagusnya doctor suh hubby saya azan masa baby kuar terus azan, then lepas tu baru bersihkan baby. Sbb dia tanak baby tu dgr perkataan lain dulu sblm dgr kalimah Allah..Then settle jahit semua (oh ye, jahit half bius jugak, tp masih terasa simpulan benang itu..), then nurse tolak saya & baby ke ward. Masa tu lalu tepi corridor kol 5 am angin pagi sejuk sangat, sambil sayup2 dgr suara orang bertakbir dari masjid berdekatan. Ya Allah, rasa penuh rahmat pagi syawal. Taksemua orang dapat peluang macam tu. Saya bersalin awal 13 hari awal dari due date. Tgh hari tu ramai datang melawat, beraya dihospital. Lagipun tu cucu lelaki first ma & abah, dan cucu pertama dalam keluarga hubby.
Panjang lebar la plak bercerita. Tuk pengalaman anak kedua, totally different. Nanti saya sambung next entry plak ek.. thanks for reading..
Wednesday, March 14, 2012
MORE BEDSHEETS & PILLOW CASES FOR THE BABY...
Saturday, March 10, 2012
Thursday, March 08, 2012
DUGAAN LAGI BUATKU....
Anyway, alhamdulillah sepanjang ni saya berehat je, hubby tak bg wat keje. tp saya gatal tangan, paling lama saya terlelap pun stgh jam, takbiasa tidur siang. setakat baring2 baca novel (hobi baru..ehehe) dan tengok tv..lipat kain, belek2 barang baby, etc.
Oklah, monday nak kena follow-up, kalo tadek ape2 kena gi keje lah..oklah nakgi makan sket, macam lapar da plak..take care all..