Thursday, December 29, 2011
LIL ONE IN ME..
Skrg pregnancy da nakmasuk 19th weeks. Next checkup is 14 Jan 2012. The doctor suggested to do detailed scan on 17 Jan nanti..masa tu maybe da 21st week. Reasonnya sbb nak kena check lebih detail organs and all. Risau gak kot affected because I had my chicken pox during my 9th weeks. Mohon doa kawan2 semoga semuanya ok ye.
Skrg saya da rasa baby starts kicking. Especially masa Kakak Tasnim duk kat riba mama, babay pun jeles ye? eheh..cuma skrg ni, apa yg bermain di fikiran saya, macam mana saya nak handle kehidupan nanti bila da beranak 3 ni..huhu~~ a big adjustment for me because those 3 kiddies need me. Skrg pun berebut Abg & Kakak nak tidor dgn mama. Macam mana kalau adik da ada nanti, lagi kecoh. Org kata the more the merrier! InsyaAllah. No doubt saya mmg sukakan kanak2, especially baby..ni. Selalu rindu bau baby. Therapy ok!
Hubby pun bertugas dgn jayanya, tugas basuh poo poo kakak mmg 100%, nasib baik Fahmi da pandai wat sendiri. Mmg rasa kesian kat hubby, tp saya tak boleh bau langsung sebarang bau2an busuk dan kadang2 yg wangi pun naik mual.
Skrg berat saya nak menaik balik after losing 4kg during chicken pox & terrible morning sickness haritu. Ni kadang2 sampai 3 kali sehari makan nasi. Selera makan skrg pun mendadak naik. Boleh plak pagi masak spagetti, tgh hari makan ikan pekasam, malam nak nasi arab. mmg pelik gak selera kali ni.. siap masak nasi arab berlaukkan lamb lagi tu. So, secara tak langsung hubby pun naik badan gak sbb masak best2..hihi.. cuma weekdays tu banyak beli sbb saya ada kalanya tak makan pun. Budak2 plg tak pun nak roti canai.. bak kata Tasnim..mama, nak oti anai (roti canai) ehehe..makan cinonet je pun, ngada je lebih.
Skrg ni juga terasa sangat nak beli barang baby (macam first time je), tatau lah, macam excited sangat bila tang shopping ni. yerla, dah lama betul tak shopping..especially skrg da takmenjahit so, tangan ni taklah merayap sangat shopping fabric online kan..tp nak kena tunggu tengok gender baby dulu. haritu masa 4th months scan taknampak sbb baby dok tertonggeng dan tak dok diam. tapi bidan kata boy..tataulah, what ever pun saya tak kesah sbb da ada sepasang kan..baju lama da asing boy & girl, tunggu nak simpan je memane satu. ada 2 bakul je pun. especially baju boy sket sangat sbb Fahmi ni jenis badan kecik je, so pakai baju sampai takmuat dan ada gak da bagi orang kat kg dulu..
Anyway, da panjang da ni..alhamdulillah harini mood blogging da ada da sket2..till then, take care dear all and happy holidays!
Thursday, December 22, 2011
SEHANGAT BUMI SAGUARO - Siri 6
Anak-anak kampus yang terdiri dari pelbagai jenis bangsa di universiti itu tidak sunyi dengan aktiviti dan program di dalam mahupun luar kampus. Masya-Allah, dengan kekuasaannya, menciptakan manusia berbeza rupa paras, warna kulit, lahir di tempat yang tidak sama, namun di bumi Amerika ini mereka ditemukan.
Aisyah yang belajar bidang Ekonomi itu juga seperti yang lain. Berasal dari sebuah pekan kecil di bandar Kota Bharu, dia akhirnya melanjutkan pelajaran ke University of Arizona. Sebagai anak sulung perempuan dalam keluarganya, pemergian Aisyah ke Amerika suatu masa dulu senantiasa menimbulkan rasa risau di hati seorang ibu. Kalau diikutkan, ibunya memang mahu dia belajar di universiti tempatan sahaja.
Masih lagi segar di ingatan Aisyah bagaimana gembiranya insan yang dipanggil mama itu semasa dia mendapat tawaran menyambung pelajarannya ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Malaysia, dalam bidang kesusasteraan Bahasa Inggeris. Mama dan abahnya mahukan dia menjadi seorang guru. Tetapi tawaran belajar ke Amerika mengatasi segalanya.
“Abah tak kisah, Aisyah kena buat keputusan sendiri.”
Abah seperti biasa dengan tenang meminta Aisyah memilih jalannya sendiri kerana dia tahu anak gadisnya ini tahu untuk menjaga diri. Telegram tawaran untuk Aisyah melanjutkan pelajaran dalam bidang Ekonomi di Amerika masih lagi di tangannya.
“Rasa macam nak pergi je. Ini biasiswa kerajaan. Rugi je kalau tak pergi ni. Tapi yuran pendaftaran UIA kita dah bayar.”
“Ala, itu kakak jangan risau, abah sendiri akan hubungi pihak sana. Insya-Allah tiada masalah lah. Lagipun ini urusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).”
Kakak adalah panggilan untuknya di rumah, abah dan mama juga senang memanggil dia dengan nama itu terutama di hadapan adik-adik.
“Isk, susah juga ni nak buat keputusan. Duk sini belajar bahasa Inggeris, pergi Amerika belajar Ekonomi, bahasa Inggeris pun dapat. Mmm, peluang yang baik”, Aisyah berbisik sendiri.
Aisyah amat keliru. Solat istikharah dia tunaikan untuk memohon petunjuk daripada Allahu Ta’ala. Walaupun mamanya agak sedih kerana dia akhirnya membuat keputusan untuk terbang ke Amerika, tapi iringan doa seorang ibu tidak pernah putus untuk anak tersayang, seperti tautan doa Aisyah terhadap kedua ibu bapanya.
Namun sebelum pemergiannya ke Amerika, dia terlebih dahulu perlu menyertai program persediaan ATU 7 iaitu American Top Universities batch ke-7 selama lebih kurang setahun di Pusat Persediaan Pelajar (PPP) atau yang kemudiannya di kenali sebagai International Education Center (INTEC). Program itu bertempat di Universiti institut Teknologi Mara (UiTM) cawangan Seksyen 17 Shah Alam.
Di situ bukan sahaja tempat persediaan pelajar-pelajar ke Amerika, tetapi juga program ke negara-negara lain seperti A-Level Germany, A-Level Medicine ke United Kingdom, Mesir dan Jordan, persediaan bahasa ke Korea dan ada beberapa lagi. Namun tempoh berada di pusat persediaan itu berbeza-beza mengikut lokasi pengajian nanti.
Pada 12 Ogos 2002, dia bersama-sama dengan 6 kawan-kawan perempuan yang lain, mereka diterbangkan ke Los Angeles menaiki pesawat MAS. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang selama 18 jam tetapi dengan pertambahan satu jam transit di Taipei, menjadikan perjalanan mereka lebih lama. Dan itulah buat pertama kalinya Aisyah menaiki kapal terbang dan itu jugalah kali pertama dia mempratik cara untuk solat dalam penerbangan sebagai seorang musafir. Perjalanan yang memakan masa hampir seharian itu di rasakan seperti berhari-hari. Tapi alhamdulillah, anak-anak kapal MAS melayan mereka semua dengan baik sekali. Bersesuaian lah dengan gelaran servis terbaik seluruh dunia yang syarikat penerbangan MAS perolehi.
Suasana di Lapangan Terbang Los Angeles (LAX) sentiasa dalam kesibukan. Manusia ke sana ke mari berpapasan untuk menyelesaikan urusan masing-masing di situ. Rombongan Aisyah juga berkejaran untuk memastikan mereka sempat menaiki pesawat seterusnya iaitu United Airlines yang akan membawa mereka ke daerah Tucson di negeri Arizona yang lebih dikenali sebagai The Canyon State. Di situlah terletaknya salah sebuah universti terkenal di Amerika yang tersenarai dalam program mereka dulu, iaitu University of Arizona. (U of A)
“Eh macam kat padang pasir kita ni.” Suara Jeslina memecahkan suasana sepi dalam van Joanne, pegawai daripada Pejabat Pelajar Antarabangsa U of A. Dia ditugaskan untuk menjemput kami dari Lapangan Terbang Tucson.
“Dah rasa macam lapar nasi lah. Teringat kat mak pun ada juga ni”. Sharifah Hanim pula bersuara diikuti dengan deraian tawa yang lain.
Joaane hanya memandang kami semua dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya dari saat mula-mula jumpa tadi. Seolah-olah faham.
Hanya Nana dan Wardah sahaja yang sudah terlelap. Keletihan. Aisyah, Jes, Sharifah, Diana dan Nora masih lagi bersemangat melihat suasana sekeliling sepanjang perjalanan ke kampus universiti.
Sejak dari hari pertama Aisyah menjejakkan kaki ke bumi menara runtuh itu, dia sudah menanam azam untuk pulang dengan kejayaan dunia dan yang paling penting, akhirat. Baginya maruah seorang wanita sentiasa perlu dijaga kerana itulah mahkota agung sebagai seorang serikandi agama.
Di mana sahaja kita berada, bawalah diri kita sebagai refleksi keindahan agama Allah, walaupun hidup di perantauan itu bukan sesuatu yang mudah!
Kenangan hari pertama itu tetap terpahat di hatinya.
Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan bertakwa (nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui. [Al-Baqarah:103]
Thursday, November 17, 2011
SALAM KEMBALI & MOHON DOA KALIAN
Disebabkan saya ni in early pregnancy (almost 13 weeks as of today), saya didengarkan bermacam2 cerita berkenaan orang kena chicken pox masa early pregnancy ni. Ya, saya takut. Terima kasih kerana berkongsi cerita sebagai panduan saya. Tp buat masa ni saya hanya bergantung pada Allah, nothing else could be done. Doktor cakap nanti 20 weeks baru leh wat detailed scan. Hati kecil saya ni terasa mengecil dan tersentap kalau terlalu memikirkannya.
Mohon doa kalian semua agar kandungan ini tidak apa2. Semoga memberikan saya yg terbaik, saya redha. Amiin..
Friday, October 21, 2011
NAK BIBIK KE TANAK BIBIK
Thursday, October 20, 2011
BILIK TIDUR ANAK



Thanks peeps.

Wednesday, October 19, 2011
SUSUN KIRI KE KANAN?
The picture below was when I was in Arizona. We were supposed to have an iftar at an Egyptian Sister's house. My friend in Black Abaya is Jessica Lopez, an American muslim. She was so surprised that we had that little trick in our kain baju kurung. haha..the other friend, Kak Teh, used to be my roomate and she's the best roomate that I ever had. Ahh, really miss them..
Tuesday, October 18, 2011
SAPE KAKAK TASNIM?
Mama: Siapa kakak Tasnim angkat tangan?
Tasnim: Adiiikkk! (sambil angkat tangan)
Aduss..masih lagi adik yer..camno nih??
MOOD SWING, NOT SEWING..HUHU
Ok, pasal preggie ni lagi, saya mmg tak boleh nak menggoreng, tpi yg peliknya saya boleh plak masak jenis lain yg lagi canggih. contohnya, gulai lemak cilipadi udang! pheww, berselera hubby makan..dia kata kalau tak menggoreng pun tak pelah, ni pun canggih..ahaha.. siap bakar ikan selar, tumbuk sambal ikan kering bakar+mangga+cili padi.. ayam mmg kureng, asyik nak makan ikan je. sayur berbakul2 plak makan..tadi pun siap order kue teow ladna veggie u..
kelakar time ni sbb saya macam lupa ragam2 orang mengandung..haha, padahal da anak ketiga tu..saya blom wat checkup lagi, baru masuk minggu ke-9, insyaAllah harini nakgi checkup sbb saya rasa tak sedap dalam perut. maybe angin kot.. mual2 memang terasa lah. tambah2 lagi seminggu dua ni naik tren sbb hubby cuti jaga our son Fahmi kena chickenpox.
Oklah, dah nakabis waktu lunch, nakgi solat dulu..
Thanks peeps for reading this.
Friday, October 07, 2011
ALHAMDULILLAH..TP MASIH LAGI TERKEJUT
Yesterday, it was 16 days lewat period. Dalam perut macam ada contraction and sakit bahagian bawah pusat. Saya rasa taksedap hati, terus beli pregnancy test kit tu, amik yg mahal punya, Made in Canada. Hati berdebar2, mata pejam tanak tengok result. Bila buka mata, amat terang benderang, jelas & nyata ada dua garis merah...huhu~~ masa tu taktau nak cakap perasaan macam mane, terkejut ada..takut ada..risau ada..berdebar2 ada..mix of feelings.
Then amik gambar nak mms kat hubby, failed la plak. hp ada rosak sket, hp cap ayam biasalah..ehehe.. then call hubby, bitau dia. dia macam terdiam tak percaya gak. Then ajak dia gi klinik kat sebelah building office, dia kata pergi dulu. Tp sampai kat klinik tiba2 dia muncul terus.. suspen betul. Jumpa doktor, another test, confirm almost 7 weeks. Doktor cakap hormon you tak stabil masa check mula2 haritu..tu yg negatif.
On the way balik umah, hubby terdiam je dalam kete, then we both ketawa.. balik umah dia masih blurr tp dia da cakap2 dgn baby.. Fahmi & Tasnim pun macam excited je, lebih2 lagi Fahmi dok tanya bila baby nak kuar, Fahmi nak adik 5! aduh, pengsan mama nak kuarkan lagi 5..ehehe..
This morning on da way gi keje hubby senyum2 je, bincang merancang masa depan dgn keluarga lebih besar ni..saya masih lagi rasa terlalu awal tuk tasnim ada adik.. tp kalau ikutkan da ramai kawan2 yg saing dgn saya bersalinkan tasnim dulu skrg siap da lepas pantang, dalam pantang, yg anak dah nak setahun pun ada.. alhamdulillah dgn rezeki ini.. semoga baby mama sihat2 aja ye..amiinn..
Tuesday, October 04, 2011
FIRST TIME GI ZOO..
budak2 banyak tak fokus amik gambar, especially Fahmi..ada je aksi sabotajnya. sbb dia tak suka bergambar.. huhu~~Saturday, October 01, 2011
TAKPANDAI MAKAN AISKRIM
So, haritu saya cuba beli yg stick tu plak, ala yg walls fruity tu..macam2 perisa buah.. sbb packaging menarik ke apa yg Fahmi nak sangat.. siap adik nak skotak gak..dahla skotak tu ada berapa sticks..tp tengoklah cara anak-anak saya makan ni..
Friday, September 30, 2011
HOME MADE ICE-CREAM..
Korang pernah makan tak aiskrim macam ni? saya kecil2 dulu selalu gi umah nenek (nenek ada kedai runcit) sbb nak makan aiskrim ni..kalau nenek kirim kat ma pun kitaorang mesti berebut punya.
Lepas kahwin dgn hubby, hubby pun terheret sama suka ais-krim nenek saya tu. So, sesekali balik kampung gi umah nenek, mesti dia kebas ni dulu sebelum apa2..ehehe..
haritu actually masa sepupu datang wat minum petang, makan bubur kacang & pizza ni..then ada lebih sket bubur tu then saya wat lah aiskrim..masa tu da kol 10pm, hubby nampak saya penat (menguli dough pizza ptg tadi) so dia cakap takpayahla wat..tp saya yg memahami ni tau sangat dia mmg da lama teringin nak makan aiskrim bubur kacang hijau ni..sodapppp... boleh lah nak membasahkan tekak ni sesambil tengok tv..ehehe
Thursday, September 22, 2011
Jom pergi school sama-sama..
Fahmi: Mama, kenapa mama tak hantar Fahmi pergi school
(biasanya Cikgu Taska yg akan hantar Fahmi ke Tadika, sbb buka lambat sket)
Mama: Mama keje la sayang..
Fahmi: Kenapa mama keje?
Mama: Mama keje cari duit.
Fahmi: Fahmi ada duit banyak..dalam bas. (Tabung duit Fahmi adalah sebuah bas sekolah)
Jomla pergi school sama-sama!
Owh, airmataku mula bergenang..
Tuesday, September 13, 2011
IMPIAN DAN KENYATAAN
Skrg ni saya hanya siapkan pagi2 untuk ke nursery dan cikgu nursery hantar anak sulung saya ke tadika dan juga menjemputnya nanti. Saya nak rasa perasaan anak2 berlari2 keluar dari skolah menuju kepada saya dan bercerita tentang kisahnya di sekolah. Mmg tak dinafikan sekarang pun Fahmi macam tu,akan bercerita sebaik sahaja nampak saya di nurserynya petang nanti tp yg pasti orang pertama yg dia cerita maybe cikgu nursery yg ambil dia sbb cikgu tu pernah cakap yg Fahmi ni tak berenti cakap masuk dalam kereta cerita itu ini. Ya, saya faham dan tahu Fahmi tu seperti orang tiada masalah, cakap & tanya tak berenti. Level ingin tahunya amat tinggi, malah turut diakui oleh cikgu tadika dia sendiri.
Fahmi akan menjangkau usia 4 tahun bulan October nanti, Tasnim dah dua tahun 090911 haritu. Dalam diam2 saya bernekad untuk mencapai impian saya sebelum Fahmi masuk skolah rendah nanti. Saya kena buat sesuatu yg drastik sebelum saya mengalami tekanan perasaan sebegini yang lebih parah.
Tidak dinafikan ada ibu2 tak bekerja yang beria-ia nak bekerja, cakap boring dok kat umah etc. Bagi saya mereka adalah ibu2 yang bertuah kerana membesarkan anak2 depan mata, tak berpisah walau sesaat. Untung sangat. Namun tidak dinafikan juga ada ibu2 yang tidak bekerja seperti mengecam ibu2 yang bekerja. Katanya ibu yang bekerja ini kejam lah, terlalu kejarkan kemewahan sampai campak anak ke nursery lah, tak bertanggungjawab lah..macam2 lagi..walaupun secara indirect, tetapi hati ni luluh & pedih..bukan kemewahan yg kami kejar, jauh skali kekayaan..tetapi cukup sekadar mencari rezeki menyara kehidupan di dunia yg semakin mencabar dan kos sara hidup yang semakin meningkat. Kami masih punya adik beradik ramai dan ibu bapa. Tambahan pula, saya dulu bekas pemegang biasiswa kerajaan belajar di seberang laut sana..so secara tidak langsung saya rasa bertanggungjawab untuk bekerja dgn kerajaan, mungkin tak lama tp sekurang2nya beberapa tahun mengikut tuntutan dan kemampuan.
Semua orang ada peranan masing2, dan tidak perlulah untuk menghentam orang lain yang bukan dalam keadaan kita kerana semua orang ada situasi tersendiri yang perlu dihadapi..
Thursday, September 08, 2011
KENAPA FAHMI PAKAI BAJU ASHAARI
actually tatau nak letak tajuk ape. layan je la..ni gambar Fahmi masa hari raya pertama you all..korang perasan tak dalam post earlier tak ada satu pun gambar dia..gambar dia pakai baju melayu haritu taksempat nak snap pun sbb dia bad mood.so we all takada gambar the whole family, 4 beranak. tp ptg tu dia semangat pakai baju malaysia ni..Tokma dia beli..
tp nama ashaari (lupa lak nak snap belakang) saya tanya ma saya nape beli nama tu sedangkan nama Fahmi banyak sbb penjaga gol khairul fahmi yg glemer tu..ma cakap, ala takde size tuk yg nama Fahmi tu..eheh. takperlah, lagipun mmg Fahmi da ada baju tu sebenarnya, siap ada nama Fahmi lagi..and yes, saiz dia mmg agak besar tp sbb nak nama Fahmi punya pasal kami beli gak lah..ada gak colour biru nama Fahmi kat belakang.
Senang kan kalau nama anak sama dgn pemain bola sepak yg glamour. tp jgn salah anggap plak, anak saya lahir masa thn 2007, masa tu saya tak kenal pun siapa khairul Fahmi ni..starting last year je baru kenal. Tp sebenarnya idea saya nak letak Fahmi tu sbb berkenan dengan budak yg pandai ngaji dalam akademi Al-Quran tu dulu Abdullah Fahmi. Nak gak abdullah tu tp hubby kata, takpelah yang nanti anak kita asyik jd orang pertama je nakwat ape2 kat kelas nanti..ehehe..ikut ler..
cuma ada satu dialog saya dgn Fahmi masa dia tgh main bola..yg saya rasa agak jujur dia menjawab:
Mama: Fahmi, jom main kejar2..
Fahmi: Taknaklah, Fahmi kan pakai baju ni..
Mama: (owh, yerlah, pakai baju bola kena main bola lah.....jer ke?)
oklah, nakgi lunch meeting plak..thanks peeps!
Wednesday, September 07, 2011
SATU HARI DI HARI RAYA...
lagipun my lil Fahmi tu buat perangai sket sbb takdapat ikut gi masjid solat raya..dia bangun pagi dalam kol 6, mandi then saya pakaikan baju melayu raya & bersongkok..memang handsome abis la..tp buka je pintu umah kol 7 tu dia kuar pergi reban ayam..ayoooo..Fahmi2..tau ke tak makna beraya tu..
then bila orang sibuk nakgi solat raya dia nangis sbb takboleh ikut..bila abis drama menangis nak ikut papa, dia tertidur sambil tengok khutbah raya..siap bersongkok lagi..orang balik solat raya bergambar pun dia tak bangun lagi..bila bangun ajak amik gambar dia masih badmood..so ini jerla gambar yg ada..
me 28 yo, angah 23 yo, acik 19 yo..nampak semua sama tinggi tp saya paling berat. sangat ok!.
Monday, September 05, 2011
NOT REALLY BACK TO SEWING
Being with hubby and the kids almost every second for the whole 10 days made me valued the time as if I want to have it for the whole of my life. As for this moment it's almost impossible because I am a fulltime worker, but who knows, maybe in few years time I'll be the one!
Alright, to cut short, I will slowly reduce my sewing time..that means I will slowly try not to accept orders. As for now, I'll finish whatever orders that I have accepted and if I have time I will have some ready stocks to those who are interested. Also, I'll have some sale on what ever raw material that I have that I really really want to let go..owh, I love them all because most of them were handpicked by me & hubby. But I have to find some free time to organize it..so stay tune peeps!
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin from Tinicraft & Family.
Thank you.
Wednesday, August 24, 2011
'Ibu halalkan susu ibu...innalillahi wainna ilaihi roji'uun'
Air mata saya bergenang..sebak, tidak dapat dibayangkan dalam keadaannya..tapi harini air mataku jatuh jua setelah baca pos baru Leen, yang baru kehilangan puteri kesayangannya, Nia. Anak sekecil itu telah berjuang habis-habisan dgn leukimia dalam sisa kehidupannya. Buat Leen, tabahla sayang..puterimu itu putih bersih, seputih2 kapas yg tidak pernah terpalit habuk hitam..Al-Fatihah..
Tuesday, August 23, 2011
BISKUT DAHLIA
insyaAllah kalau ada kudrat & kesempatan, nak buat beberapa jenis lagi..
PERSIAPAN RAYA
da habis jahit order wedding gift haritu rasa lega, malam tadi amik so boleh lah macam ni kuar jap beli barang anak..kami biasanya terawih kat umah je sbb hubby kadang2 tu masih kena solat kat kerusi lagi time2 dia rasa sakit tmpat operate tu..banyak kali gaklah mama jadi driver, papa dok sebelah..ehee..mmg rasa sangat kekok, walaupun dulu pernah bawak jauh2..tp dulu tu driver dok sebelah kiri..tapi skrg ni saya rasa da mahir sket da, especially parking..masa gi spital bawa hubby gi follow-up dia siap puji lagi pandai parking, elok je masuk space tu..hihi..nasib baiklah ada lesen memandu walaupun sangat jarang bawak kan..renew tu tetap renew tau...ehehe..
Harapnya malam ni jadi nak cari kasut atau selipar raya anak2..actually takpanggil selipar raya pun takpe sbb mmg nak kena beli..kasut fahmi tu, lidah dalamnya tu tah mane pergi...bahagian luar dia pun da terkopak sket..adik tasnim plak macam biasalah kaki panjang macam abang, kerap sangat jadinya kena tukar selipar sbb asyik terlebih je tumit..sian dia..yg selipar dia yang latest tu ok lagi tp tinggal sebelah je..mane tah tercicir..maybe tinggal kat taman haritu kot..
korang plak macam mane persiapan raya? kita ni tadeklah excited melampau..anak2 jerla kan..tp anak2 saya yg umur 2 & 4 thn ni pun takberapa faham sangat konsep raya ni..yg diorang tahu balik kg tu bestt...dapat tengok macam2 binatang secara live gitu..dapat naik motor Tokbah, dapat ikut Atuk tunjuk kolam ikannya..dan macam2 lagi lah..
letih plak tiba2 menaip panjang ni..hmm..saya kalau boleh nak kerja kat kampung, boleh?

