Thursday, November 17, 2011

SALAM KEMBALI & MOHON DOA KALIAN

Sudah lama saya tidak berbicara di sini. Mungkin tiada yg perasan pun ketiadaan saya di dashboard.ehehe..Semuanya gara2 penangan morning sickness, di tambah pula demam dan lebih teruk lagi saya kena chicken pox, berjangkit dari Fahmi. After 2 weeks dia kena, saya dapat. Then next day Tasnim plak kena. Kenduri lah kami anak beranak kat rumah. Kebetulan ma datang dari kg, kami pun ikut skali balik kampung.. sambung plak cuti raya yg da lama apply dulu..3 weeks saya tak masuk office. I did access internet when I was away, tp saya takde mood nak mencoret ape2 dalam keadaan sakit masa tu.

Disebabkan saya ni in early pregnancy (almost 13 weeks as of today), saya didengarkan bermacam2 cerita berkenaan orang kena chicken pox masa early pregnancy ni. Ya, saya takut. Terima kasih kerana berkongsi cerita sebagai panduan saya. Tp buat masa ni saya hanya bergantung pada Allah, nothing else could be done. Doktor cakap nanti 20 weeks baru leh wat detailed scan. Hati kecil saya ni terasa mengecil dan tersentap kalau terlalu memikirkannya.

Mohon doa kalian semua agar kandungan ini tidak apa2. Semoga memberikan saya yg terbaik, saya redha. Amiin..
Related Posts with Thumbnails