Friday, October 21, 2011

NAK BIBIK KE TANAK BIBIK

Bila anak da nak masuk 3 ni, persoalan ini mula timbul di fikirian kami suami isteri. Tgh dalam dilema, nak amik bibik ke tanak. Kalau ikut keperluan mmg perlu sangat dgn kami yg bekerja keluar pagi balik senja ni. tp dgn pelbagai masalah yg timbul macam2 skrg, tak berani plak nak amik risiko.. kawan2 boleh tolong bagi suggestion tak? thanks a lot! really appreciate it.

Thursday, October 20, 2011

BILIK TIDUR ANAK

I need some tips from those who have had this kind of experience. Now, I started thinking of separating the bedroom for the kids and us, the parents. I'm thinking buying a nice bed for own bedroom, especially for Fahmi, my 4-year old son.. macam ni.. (berangan sekejap, layan jerlah)






Pictures: Credit to Google; I typed boys bedroom

Kalau macam kat atas semua ni, of course lah Fahmi pun melompat, tp masalah nya, nak ke dia tidur sorang2? oklah kalau tahun depan 5 years old dah..boleh ke dia lelap mata ni? atau angkat dia masa dah tertidur? isk kesian kalau macam tu..any advice?

Thanks peeps.

Wednesday, October 19, 2011

SUSUN KIRI KE KANAN?

Accidentally bumped into this old photo in my laptop. I was wondering about this susun since I was little and when my mom introduce baju kurung to me. If we buy a ready made one, the susun is already on our left side but as for me, my mom used to sew baju kurung for me & my sisters and the susun were on the right. Until now I feel so comfortable with the right susun instead of left. And I made the same for my daughter, Tasnim.

The picture below was when I was in Arizona. We were supposed to have an iftar at an Egyptian Sister's house. My friend in Black Abaya is Jessica Lopez, an American muslim. She was so surprised that we had that little trick in our kain baju kurung. haha..the other friend, Kak Teh, used to be my roomate and she's the best roomate that I ever had. Ahh, really miss them..


Tuesday, October 18, 2011

SAPE KAKAK TASNIM?

Lately borak2 dgn Tasnim..

Mama: Siapa kakak Tasnim angkat tangan?

Tasnim: Adiiikkk! (sambil angkat tangan)

Aduss..masih lagi adik yer..camno nih??

MOOD SWING, NOT SEWING..HUHU

This is my sixth or seventh attempt to write and I hope the 'publish' button will be pressed. haha..macam suspen je.. yeah, it's true. Lately, I cannot write in my blog, don't talk about sewing, I do not even enter my sewing room. I sold some of the fabrics. Siapa nak beli lagi, sila ke kedai ye. Kalau nak datang rumah beli semua kain pun tak ape..jgn beli mesin sudah..ehehe.. seriously tadek mood nak menjahit..maybe anak lelaki kot. bila tengok blog orang lain kuar macam2 output..jelesnya rasa, diri sendiri tak productive berkraf dah. Order pun da tak amik. Oh ye, I've suggested a few friends for new orders. Dan kepada sesiapa yg willing nak amik order bag lagi boleh msg kat sini ye, dan saya boleh forward kepada customer yg email saya. Sharing is caring kan..ehehe..

Ok, pasal preggie ni lagi, saya mmg tak boleh nak menggoreng, tpi yg peliknya saya boleh plak masak jenis lain yg lagi canggih. contohnya, gulai lemak cilipadi udang! pheww, berselera hubby makan..dia kata kalau tak menggoreng pun tak pelah, ni pun canggih..ahaha.. siap bakar ikan selar, tumbuk sambal ikan kering bakar+mangga+cili padi.. ayam mmg kureng, asyik nak makan ikan je. sayur berbakul2 plak makan..tadi pun siap order kue teow ladna veggie u..

kelakar time ni sbb saya macam lupa ragam2 orang mengandung..haha, padahal da anak ketiga tu..saya blom wat checkup lagi, baru masuk minggu ke-9, insyaAllah harini nakgi checkup sbb saya rasa tak sedap dalam perut. maybe angin kot.. mual2 memang terasa lah. tambah2 lagi seminggu dua ni naik tren sbb hubby cuti jaga our son Fahmi kena chickenpox.

Oklah, dah nakabis waktu lunch, nakgi solat dulu..

Thanks peeps for reading this.

Friday, October 07, 2011

ALHAMDULILLAH..TP MASIH LAGI TERKEJUT

Sehingga saat ini saya masih rasa tak percaya dan agak terkejut.. Minggu lepas, saya pergi jumpa doktor nak check pregnant ke tak sbb dan 10 hari lewat period. Lepas urine test doktor kata negatif. Saya ok je sbb tak berharap atau merancang nak. That was Thursday. On Saturday I cook masak lemak ikan kering & nenas and I ate the raw nenas agak banyak confidently sbb doktor cakap tak pregnant.

Yesterday, it was 16 days lewat period. Dalam perut macam ada contraction and sakit bahagian bawah pusat. Saya rasa taksedap hati, terus beli pregnancy test kit tu, amik yg mahal punya, Made in Canada. Hati berdebar2, mata pejam tanak tengok result. Bila buka mata, amat terang benderang, jelas & nyata ada dua garis merah...huhu~~ masa tu taktau nak cakap perasaan macam mane, terkejut ada..takut ada..risau ada..berdebar2 ada..mix of feelings.

Then amik gambar nak mms kat hubby, failed la plak. hp ada rosak sket, hp cap ayam biasalah..ehehe.. then call hubby, bitau dia. dia macam terdiam tak percaya gak. Then ajak dia gi klinik kat sebelah building office, dia kata pergi dulu. Tp sampai kat klinik tiba2 dia muncul terus.. suspen betul. Jumpa doktor, another test, confirm almost 7 weeks. Doktor cakap hormon you tak stabil masa check mula2 haritu..tu yg negatif.

On the way balik umah, hubby terdiam je dalam kete, then we both ketawa.. balik umah dia masih blurr tp dia da cakap2 dgn baby.. Fahmi & Tasnim pun macam excited je, lebih2 lagi Fahmi dok tanya bila baby nak kuar, Fahmi nak adik 5! aduh, pengsan mama nak kuarkan lagi 5..ehehe..

This morning on da way gi keje hubby senyum2 je, bincang merancang masa depan dgn keluarga lebih besar ni..saya masih lagi rasa terlalu awal tuk tasnim ada adik.. tp kalau ikutkan da ramai kawan2 yg saing dgn saya bersalinkan tasnim dulu skrg siap da lepas pantang, dalam pantang, yg anak dah nak setahun pun ada.. alhamdulillah dgn rezeki ini.. semoga baby mama sihat2 aja ye..amiinn..

Tuesday, October 04, 2011

FIRST TIME GI ZOO..

Last Saturday, first time bawa the kids pergi zoo..sblm ni hanya pernah pergi payaindah wetland tu je..ni pun sbb kebetulan Atuk Lan, adik ayah hubby datang..kami plannya nakgi kenduri member kat Port Dickson, da siap survey hotel semua, tp sbb meraikan Atuk Lan datang jauh ni, kami stay jerla..tp bosan hujung minggu so bawak AtukLan and the kids gi zoo. Naik tram jap, then jalan..budak2 ni lagi best, kejap je nak jalan pastu nak dukung. Lenguh tulang temulang papa mama..tp sbb buat anakanda2 tercinta, kami layan jerla..tp gambar tak banyak sangat sbb Papa pun keletihan..


muka Fahmi tgh excited mula2..adik baru terjaga dari tidur sepanjang perjalanan ke zoo tu..


budak2 banyak tak fokus amik gambar, especially Fahmi..ada je aksi sabotajnya. sbb dia tak suka bergambar.. huhu~~


snap gambar animals pun jauh2 je..sambil dukung anakanda2 ni..

Fahmi da muncung, panas & dahaga agaknya..

gambar gajah tipu je..hihi..tasnim takut..Fahmi lak asyik tengok ikan dalam air tu je..


da nak balik da..banyak gak berjaya dicekupp.. 4 ekor..ehehe

beli air jugak sbb depa protes tanak air masak.. nasib baik mama bawa bekal fishball, karipap & fries, budak2 kelaparan..Atuk Lan pun tersadai.. si kecik tasnim tu nak plak pakai hairclip mama wat..tp rambut dia sket, tak berapa nak lekat

hasil tangkapan hutan: tiger, pinky cat, pinky monkey and brown monkey.. siap bunyi lagi..huhu~~

Saturday, October 01, 2011

TAKPANDAI MAKAN AISKRIM

Kisah aiskrim lagi..tp kali nak citer pasal gambar yg da few months amik.. anak2 saya ni takpandai nak makan aiskrim sbb saya tak pernah ajar..first time makan aiskrim masa tu gi family day division hubby last year, anak2 orang lain beria dok makan aiskrim yg orang jual dgn motor tu..yg scoop2 buh dalam cone tu..bila tang anak saya nak makan, dia takut nak rasa-rasa aiskrim tu, ended up cair di tangan..

So, haritu saya cuba beli yg stick tu plak, ala yg walls fruity tu..macam2 perisa buah.. sbb packaging menarik ke apa yg Fahmi nak sangat.. siap adik nak skotak gak..dahla skotak tu ada berapa sticks..tp tengoklah cara anak-anak saya makan ni..

minta bekas sorang satu dan juga sudu..ala2 makan sup gitu..ehehehe..

eloklah, buku plak menempel kat situ..



Then pergi merempit plak..aktiviti di masa lapang dua beradik ni.. tp adik pusing tempat lain plak kali ni..then kamera abis bateri...hihi..
Related Posts with Thumbnails