Wednesday, June 27, 2012

BREAD-MAKER PUNYA PASAL


Sejak dok dirumah ni, saya suka memasak. Looking forward nak masak ape especially untuk hubby balik keje nanti. Padahal hubby da cakap takyah masak makan malam takpe, dia beli lah tuk budak2 makan sbb hubby da kurang makan malam. Lgpun dia tanak susahkan saya kat rumah ni, berpantang & jaga baby. Tp saya amik peluang ni nakwat ape2 yang saya jarang wat masa time keje. Salah satunya cook dinner. Dulu masa keje jarang makan heavy, takpun beli je. Saya mmg wajibkan anak2 makan malam walaupun diorang da makan siang kat skolah, tp saya tahu diorang mesti lapar malam nanti. Snng je nak cam, kalo diorang tak dinner, tidur nanti mesti 1-2 kali bangun nak susu. Kalo da dinner, sket pun takper diorang hanya minum susu before tidur dan bangun tidur before gi skolah tu.
Anak2 saya suka makan roti, especially roti+sosej+sos atas tu, roti inti kacang merah dan juga donat. Kebetulan adik ipar datang haritu cakap pasal wat2 kuih, kek roti ni..so we talked about breadmaker. I did some surveys, I found out Cosway ada jual breadmaker ni, member pun cakap. So, last weekend ajak hubby gi cosway jap, tuk jadi member. Boleh redeem redemption point sket+Rm299 boleh dapat satu breadmaker. Tp saya blom beli lagi. Tunggu sket lagi bila da blh bawak kete, nakgi beli lah. Nakgi beli dgn hubby susah sket lah nak tunggu weekend anak2 ada. Tadek orang nak tolong pegang baby, nak melayan duaorang kakak abang tu lagi, nanti mama tak focus penerangan jurujual kat Cosway tu nanti.
Hmm..bila pk2 balik mane nak jaga baby, mane nak menjahit, mane nak buat roti. Padahal haritu sempat je wat kek coklat..sian Fahmi da lama mintak mama wat..ehehe.. mmg terlalu banyak menda nakwat kat rumah ni. Tp saya berjanji pada diri saya nak wat semua menda yg termampu dan yg da lama saya idamkan cuti yang panjang ini. Next time tatau dapat ke tak lagi peluang cuti lama macam ni..
Nanti saya godek2 balik camera saya, so hopefully next entry adalah sket gambar2.. boring tadek gambar ni..ehehe..take care..

Tuesday, June 26, 2012

IMPIAN MASA CUTI PANJANG..

Dulu masa before+masa pregnant selalu berangan nakwat macam2 bila da bersalin dan bercuti panjang (3 bulan) lps pantang nanti. Harini Alhamdulillah baby da 40 days. Actually masa before 40 days pun saya da wat macam2..contohnya, day 5 – da pergi interview tmpt saya keje for career enhancement la kononnya kan. Tatau dapat ke tak sbb compete dgn ramai senior2. Kalau ada rezeki adalah. Saya rasa saya da cuba yg terbaik, yerlah masa tu baru 5 hari bersalin, jalan pun slow2 lagi. Study?jauh skali..masa tu tgh adjust timing nak pump susu, nak sesuaikan dgn beranak 3 and so on. So masa gi interview tu tawakkal jerlah..ehehe..

Sekarang ni pun saya da ada mula menjahit sket2. Bukan jahit mesin lagi..just jahit tangan je. Nak mengait tadek kemahiran, xsempat belajar.. Nanti sy share ape yg saya jahit tangan tu. Mmg sy da standby material masa before bersalin lagi..

Saya juga da mula masuk bilik jahit balik (in fact now blogging dari bilik jahit) sementara baby hanaa tgh tido ni. Saya da mula usha2 kain yg nak dijahit sarung bantal. Da quite sometime saya tak jahit sarung bantal. Haritu masa pregnant, ma kat kg tolong jahitkan sbb saya beli kain tapi xsempat nak jahit sarung bantal. Yang lama2 saya nak buang atau kalau bibik part time yg bersihkan rumah saya tu nak, saya nak bagi dia. Sarung bantal ni kena banyak dan skrg penggunaan bantal makin banyak sbb Tasnim suka ikut Papa tidur 2 bantal, pastu kat bilik guest pun saya sudah letak banyak2 bantal sbb lately ni kerap dapat guests in a big group. Alhamdulillah..saya suka kalau tetamu datang sbb teringat ustaz ajar, tetamu datang bawak rezeki dlm rumah kita, insyaAllah. So saya berangan, sambil2 jaga baby hanaa saya nak gunting kain tuk wat sarung bantal tu. Later bila da boleh menjahit saya nak jahit lah. After 60 days da boleh kot kan menjahit?

Saya juga dok usha2 kain nakwat baju raya kakak Tasnim. Da ada dah kain cotton Vietnam lagi mama pilih (ecece, macam pilih kain kat kedai la plak) tp jgn tatau bilik jahit saya ni banyak sangat kain, mostly in a small measurement, ngam2 nakwat baju budak2. Baby Hanaa?hmm..mula2 plan nakwat baju kurung..tp nanti sian dia panas plak sbb nanti dia baru nak masuk 3 months masa raya nanti. So pakai baju biasa jer la. Mama pun excited nak pakaikan baju yang orang dok kasi masa lahir haritu. Banyak sangat. Alhamdulillah, rezeki baby.

Oklah, kalo dok bilik ni berejam2 pun takkan habis aktiviti saya disini. Nak wat keje lain lak. InsyaAllah jumpa lagi di next entry.

Monday, June 25, 2012

JATUH CINTA

Alhamdulillah sehari dua lagi Hanaa cukup umur 40 hari..masa cucuk sebulan haritu alhamdulillah berat gegurl da 3.8kg, almost 1kg naik dari dilahirkan. Hopefully baby akan terus menyusu dengan jayanya susu mama ni sampailah naik berat dgn cemerlang..saya mmg target nak susukan until 2 yrs, tp kalo dapat first 6 months ni pun mmg syukur sgt2.

Cakap pasal jatuh cinta ni, saya rasa saya da jatuh cinta duduk di rumah sebagai suri rumah sepenuh masa. Honestly, looking forward the next day tuk wat keje rumah. Penat mmg penat, kadang2 rasa nak bergilir2 dgn org tuk pegang baby especially time dia tanak tido kan. Tp managed to go thru day by day. Saya jenis takbiasa tidur siang, so bila anak tidur pun saya takleh tidur, kalau terlelap pun paling lama 10 minit. So, that's why malam tu terus tumbang..ehehe.. standby baby bangun nyusu malam2, 3-5 times kot. Biasalah BF ni dia cepat lena & lelap padahal lom kenyang lagi..

Alhamdulillah, both kakak Tasnim & Abg Fahmi give a good cooperation, walaupun kadang2 kena jerit gak baru nak dengar. Tp so far diorang happy dgn baby baru. Hari2 mesti 1-2 kali diorang nak riba. Yang terharunya, everytime sblm riba both akan baca bismillahirrahmaanirrahim. Sweet je.

Ok, till then, nanti nak share few other posts later.
Related Posts with Thumbnails