Wednesday, August 28, 2013

HARTA ILMU..

Saya telah menghadiri sebuah kursus keibubapaan bersama suami pada sabtu lepas.kursus ini adalah utk para ibubapa bakal pelajar kemasukan thn satu sek alamin bangi. Saya dan ibubapa lain juga mengakui bahawa agak sukar utk memasukkan anak ke sekolah berkenaan. Anak-anak perlu mengambil ujian lisan dan bertulis, ibubapa perlu hadir sesi temuduga dan juga kursus ini.Ya, ibu dan bapa.jika hanya salah seorang yg tidak hadir tanpa alasan yang kukuh, markah akn dipotong.Saya tabik sekolah sebegini, bukan sahaja anak anak perlu ditapis tetapi juga ibubapa. Secara xlangsung bukan shj mendidik anak tetapi mendidik ibubapa bg menghasilkan produk insan rabbani yg berkualiti.

Berbalik kepada kursus tersebut, saya rasa ianya amat bagus.penceramah yg hebat hebat semuanya.di antara isu yg ditekankan adalah :-

- pendidikan anak2 dirumah adalah sgt penting.apa yg berlaku pada hari itu adalah pelajaran pada hari tersebut.

-kawal emosi muda kita, darah muda..anak anak akan 'copy' & 'paste' dari kita bila mereka dewasa kelak.ibu adalah 'benchmark' yg akn dilihat oleh seorg anak perempuan dan begitu juga dengan anak lelaki, bapalah yg akan dilihatnya.

-apabila kita tinggalkan harta, lama lama harta akan habis, manusia ramai bergaduh sebab harta.tinggalkan lah anak kita dengan ilmu dan agama yg mencukupi sbb amat berguna pd masa depan anak anak.

Banyak lg yg dikongsikan bersama termasukkan bersama dgn pakar psikologi.bagaimana cara untuk menangani masalah anak anak yg suka menipu, mencuri, malas solat dan sebagainya.

Really looking forward to join this kind of seminar in near future.


Harta harta saya...Alhamdulillah..

No comments:

Related Posts with Thumbnails