Tiba-tiba rasa nak menjahit tu datang balik, membuak2. Maybe sbb da tahu jantina baby kot..ecece, macam dapat anak pertama plak excitednya. tak kesahlah yg keberapa, yang penting tiap kali nak nyambut baby baru kena lah bersemangat.
Sebenarnya saya berazam nak letak baby dalam wooden cot yg da lama beli masa zaman Fahmi lagi, tp yerla masa beli tu Fahmi da 1 tahun, mane nak tidur dalam cot dia sendiri, kejap je tidur then panggil mama papa. Masa Tasnim lagilah, nak tidur skali sbb BF, saya yg tak larat nak angkat letak 3-4 kali semalaman, so angkut skali Tasnim tidur sebelah. Kesimpulannya, baby cot mmg tak guna. Skrg guna letak barang, comforter dan seangkatan dengannya.
So, saya nekad this baby ni nak ajar tidur dalam baby cot dari kecil sbb skrg saya kena watch out two kiddies ni, excited nak tengok adik nanti, owh, dapat ku bayangkan macam mane huru-haranya dan tahap kekingkongan mama nanti kalo letak baby kat katil mama je. Lgpun insyaAllah kali ni nak bersalin & start pantang kat sini.
Cuma, since wooden cot ni, saya kena cari fluffy bumper, coverlet, etc sebagai langkah keselamatan dan keselesaan. Ada survey2, type kat google macam kat bawah ni, terliuqq nya, cantik2..buka website Mothercare tu, fuyoo comey2 sangat..tp harganya pun boleh tahan lah. Terus rasa nak beli. Tp bila fikir ala, senang je nak jahit tu..lgpun personal touch ni lagi rasa sentimental value tu. So, saya nekad insyaAllah nak jahit sendiri. Setakat simple2 tu boleh la kot. Semua bahan da ada, tinggal nak ukur kain, potong & jahit je. InsyaAllah ada kekuatan nanti. Da start jahit da actually. Tp mula dgn jait tgn dulu, tu pun sbb Fahminya uniform da dapat, tp seluar dia terpanjang. So kena la jahit. Terus dapat semangat ni. Tunggu cuti CNY ni lah..kita lihat jerla hasilnya nanti..ehehe..