Monday, January 16, 2012

SEMANGAT BOLEH, TP LEPAS TU..

Macam tajuk nak lumba lari je. Bukan ape, saje nak share sikap sesetengah manusia, iaitu saya sendiri. Alkisahnya macam ni, smlm saja me & hubby ajak sedara mara belah hubby breakfast sbb da lama takjumpa semua orang yang tinggal berdekatan rumah kami. Hubby kata takyah masaklah, kita tempah. Tp saya ni jenis rasa takpuas hati kalau nak jemput orang makan tp kita tempah makanan. Lagipun saya mengidam sangat nak makan nasi kerabu tumis, which is susah nak dapat yg sedap kat area rumah kami ni. So bersilat la dengan hubby, masak. Started preparation ptg Sabtu lagi, sbb nakwat nasi kerabu kena ada tumis yg pecah minyak tu, kelapa goreng, etc. Pastu perap ayam madu bagai lah ni. Then sambung plak pagi kol 5 semalam masak nasi, goreng ayam, keropok, hiris halus berjenis2 ulam. Rezeki kami, sbb both Fahmi & Tasnim bangun lambat pagi tu, dalam 730 pg which biasanya diorang bangun jam 6 pagi. Bila wat keje dgn hubby kat dapur, sambil washing machine da beroperasi seawal jam 5 pagi tu, rasa macam best je, Full support from hubby secara tak langsung mengeratkan silaturrahim suami isteri. Banyak menda dibincang bersama especially hal anak2 dan urusan seharian keluarga.

Lepas semua da selesai about 12pm tu kol 130 pm bergegas ke Ampang , visited family abg yg baru dapat baby boy a day before. Nearly 630pm baru sampai Bangi balik. Mak aii..masa tu saya macam nak terbongkok2 jalan, takleh straightkan badan. Hubby membebel sbb saya selalu dokong Tasnim. Sian kalau tengok dia nangis nak dokong.

Then lps Magrib hubby&the kids pergi amik bidan. Dia cakap peranakan saya turun maybe sbb angkat menda berat. Saya cakap iyer pun..huhu. Then dia tanya saya, ada tak kerap nak buang air. Saya bitaula dia, these 3-4 days mmg sampi 5-6 kali nak buang air kecil malam2 especially padahal tak banyak pun. Then dia explain tu tandanya peranakan turun lah. Then dia naikkan balik slow2 and also urut kat belakang & kaki. Alhamdulillah, dengan izinNya, lega sangat rasa. Nak rukuk solat pun da rasa kurang banyak sakitnya.

Cuma pagi ni saya berazam utk elakkan wat keje2 berat, including dokong Tasnim. Hopefully the kids do not feel any separation/empty room between us. Lama2 faham la tu, insyaAllah.

2 comments:

Kak Aya said...

masa mengandungkan anak ke 2,peranakan kak aya turun, mulanya sakit2 lepas tu turun darah...Alhamdulillah sb semuanya selamat dan Umar sihat sampai skrg.kak aya pun suka dukung2 Nadhirah masa tu...kena elakkan angkat benda berat tau.

take care....rindu Tini.

Unknown said...

tini slalu turun kali ke-3 ni, tak berdarah lagi lah..minta dijauhkan..macam mana tanak di dokong, semua budak2 lagi..

Related Posts with Thumbnails