Friday, March 16, 2012

PENGALAMAN BERBEZA-BEZA

Masa saya mc lama haritu, ada beberapa kali saya rasa macam ada contraction. Tiba2 ini mengimbau kembali saat saya melahirkan both Fahmi & Tasnim. Tapi ni saya nak share two different experience yang menambah rencah perjalanan hidup saya sebagai seorang ibu.

Ramai orang yg tend to choose tempat yg sama tuk bersalin anak kedua, ketiga dan seterusnya sbb maybe da selesa dgn seseorang doktor tu. In fact last checkup ada sorang makcik ni sat next to me. Masa tu dia tgh tunggu anak dia abis checkup. Macam ni lah perbualannya lebih kurang:-

Makcik: Adik dok kat mane?
Saya: Kat bangi ni je. Makcik dtg checkup anak ke?
Makcik: A’ah, tgh tunggu dia ni.
Saya: Dok kat mane?
Makcik: Kuantan
Saya:Owh, makcik dok Kuantan..anak makcik?
Makcik:Eh tak, kami semua dok Kuantan. Tp setiap kali bersalin (ni yg ketiga) mesti cari Dr. Kamsiah kat An-nur ni.
Saya:Jauhnya datang checkup. Kat Kuantan tadek hospital pakar O&Gke?
Makcik:Ada, mula2 checkup sana, tp time dekat2 nak bersalin datang An-nur. Kami menyewa rumah kat Teras Jernang sampai anak makcik bersalin nanti. Then suami dia datang amik lah dari Kuantan.

Then, anak dia keluar so diorang pun bergerak nak ke kaunter ubat. Saya pun terimpress jugaklah dgn cerita makcik tu. Sampai tahap macam tu skali ek. Tu lah, setiap orang lain kehendak dan kepuasannya.

Anyway, saya pulak ikut keadaan dan kesesuaian.

Anak pertama:

Masa tu bulan puasa, due nearly 2 weeks after raya. Tp saya sbb first baby and time raya pulak, so decided nak bersalin kat kg di Kubang Kerian. Hubby sent me two weeks earlier before raya. I took early annual leaves. Tunggu punya tunggu tadek plak bersalin. A day before raya tu hubby da balik kg saya tuk beraya lah. Baby nak gak tunggu Papa dia..ehee..masa tu nearly 12pm saya rasa contraction. Hubby & my dad terus hantar ke HUSM sbb saya pun takreti nak budget rasa contraction level mane anak akan kuar. Then, masa check jalan tu, jumpa classmate lah plak, masa form 2 kami mmg agak baik & sekelas. Da jadi doctor lah member ni..dia yg check jalan. Of courselah perempuan ye sbb saya dulu skolah girls je.hehe..Then saya kena masuk ward biasa dulu sbb baru buka 2.

Masa tu orang kat sekeliling saya mostly yg ada masalah masa pregnant, bkn yg tgh tunggu time nak bersalin. So saya sorang jer terguling2 sakit contraction, sambil nangis. Hubby & parents takleh masuk. Siap ada sorang nurse tu marah saya kenapa menangis ni, awak nak bersalin lambat lagi tau, tgh hari esok baru bersalin..huhu~~sedih sorang2.. Tp masa magrib tu hubby curi2 masuk (tah ape dia ckp kat nurse sampai lepas masuk) bukak puasa dgn saya (masa tu saya da bukak awal da..ehe) sbb saya nak sgt minum air tebu & ikan percik. Then saya gi solat terbongkok2..tetap kutunaikan solat yg wajib itu, Alhamdulillah.

Then dalam lps isyak macam tu nurse da minta suami saya keluar sbb dia perasan macam ada orang tunggu saya. Sblm tu dia tak perasan sbb saya adalah pesakit yg kat border sebelah, katil dua row panjang tu, saya sorang je kena dok situ. So hubby keluar dok kat bilik menunggu. Then lepas tu saya start cirit birit 3-4 kali, tatau nape. Then lepas tu da ok. Tp contraction makin kuat. Kol 2am ada nurse datang tengok saya dok terguling2 sakit. Ni nurse shift lain, baik sangat. Dia kata: dik sakit sangat ke? Jom kita gi bilik check jalan dulu ye.

Then bila gi check tu jalan da bukak 4, dia kata jom masuk labor room. Masa tu call hubby suh standby. Then masuk labor room kol 230 pagi. Saya ckp kat hubby jgn call ma & abah lagi. Tp padahal masa tu hubby tgh tulis sms kat abah. (padahal abah bkn baca sms pun..ehe). Tp sebenarnya masa tu my mom tak tidur pun, tgh solat sunat. Dia terdengar bunyi sms tu, tp dia pun jenis tak baca sms gak. Then kol 3am hubby call, ma angkat. Masa tu saya da bersalin.

Alhamdulillah. Anakku lahir pada 3am, 1 syawal. Sempat lagi bayar zakat fitrah before solat sunat hari raya tu. Yg bagusnya doctor suh hubby saya azan masa baby kuar terus azan, then lepas tu baru bersihkan baby. Sbb dia tanak baby tu dgr perkataan lain dulu sblm dgr kalimah Allah..Then settle jahit semua (oh ye, jahit half bius jugak, tp masih terasa simpulan benang itu..), then nurse tolak saya & baby ke ward. Masa tu lalu tepi corridor kol 5 am angin pagi sejuk sangat, sambil sayup2 dgr suara orang bertakbir dari masjid berdekatan. Ya Allah, rasa penuh rahmat pagi syawal. Taksemua orang dapat peluang macam tu. Saya bersalin awal 13 hari awal dari due date. Tgh hari tu ramai datang melawat, beraya dihospital. Lagipun tu cucu lelaki first ma & abah, dan cucu pertama dalam keluarga hubby.

Panjang lebar la plak bercerita. Tuk pengalaman anak kedua, totally different. Nanti saya sambung next entry plak ek.. thanks for reading..

2 comments:

Kak Aya said...

pengalaman melahirkan anak pertama memang sangat menarik kan? sukar nak dilupakan dr ingatan untuk seumur hidup.

TinyTini said...

ehehe..tula, kenangan manis tu..

Related Posts with Thumbnails