Tuesday, April 24, 2012

TASNIM SI KAKAK ULTRAMAN..huhu

Me: Siapa nama kakak tasnim?
Tasnim: Saya!! Kakak Ultraman lah..
Me: (Aduuhh)

Itulah jawapan Tasnim sekarang, dia adalah kakak ultraman. Takde orang pun yang menggelarkan diri dia macam tu, dia sendiri nak nama tu..huhu~~

Lately ni saya suka kalau dia pakai baju kurung sbb she'll behave so sopan santun. Tambah plak pakai tudung syria (lupa lak nak amik gambar). Tapi baju kurung dia yang boleh muat ada satu ni je lagi. tu pun tangan da pendek da..bila la mama blh wat baju kurung lagi ek..agaknya bila da lepas pantang nanti kot insyaAllah.

Walaupun Tasnim sekarang agak ganazz selalu abuse abg Fahmi dia, tapi Tasnim ni tersangatlah rajin tolong mama lipat baju & siap boleh susun masuk dalam drawer masing2 lagi (drawer dia & abg Fahmi). So tak sia-sia papa beli drawer baru yg rendah sket so dia boleh masukkan baju2 tu semua. Kalau dia lipat baju, mmg perfect, siap terbalikkan dgn betul, dan akan selitkan seluar/skirt pasangan yg betul dgn baju yang dilipat. Tak sia-sia mama ajar macam tu sbb easy nanti nakmasuk dalam beg taska.

Malam2 plak kakak tasnim akan jadi 'pengawas skolah'. dia akan pastikan pintu master bedroom yang kami tidur ni berkunci. Kadang2 dua kali dia gi check sama ada dia da tekan tombol tu ke tak, so sweet..then dia akan pakaikan mama stokin since dia da nampak lately ni papa pakaikan mama stokin malam2 takut mama cramp kaki. Alhamdulillah. Walaupun dia baru berumur 2 tahun 7 bulan, tp dia da banyak tolong mama. Tp adakalanya dia wat perangai nakwat sendiri menda bukan2 (especially nakwat susu sendiri), mama geram gak dgr volume tangisannya tahap kelima tu..tp yerlah, nama nya budak2 kan. Hopefully Kakak Tasnim akan lebih matang bila kelahiran adiknya nanti, insyaAllah..



Wednesday, April 18, 2012

JAHIT-JAHIT SIMPLE AJE...

Memang da agak lama saya tak buat entry apatah lagi menjahit. Tp last saturday, about less than 10minutes saya buatlah satu table runner ni nak letak atas drawer baru baju anak2. Actually drawer & cupboard cartoon da ada tuk depa kat atas, ni yg kat bawah..senang nak grab takpayah turun naik. Dulu letak dalam bakul je, kalo 2 bakul ok lagi bilik guest kat bawah tu, tp skrg ni sbb tumpang baby cot letak situ untuk tujuan pantang nanti, bertambah plak lagi satu bakul, bilik tu agak menyemak. So letak drawer baru ni kat tepi dinding je.

Buat guna heavy cotton je, different design, in case kalo bosan tengok corak ni tukar corak bawah plak..(padahal kain corak tu ngam2 je ada..ehehe)



opps, hiasan fabric kat wall tu pun sendiri bikin dulu2..ehehe..

SI DIA MENJAHIT, SI DIA MENANAM..

Ecece..tajuk macam ayat tadek keje la plak..tgh2 tension wat input tuk international magazine ni kita merayau kejap ye..lgpun da nak lunch hour ni..tak keluar pun..

Anyway, layanzz gambar tanaman hasil usaha hubby ni..kalo sy suka menjahit, dia plak suka gak menanam ni..

sorry gambar terbalik..bendi ni sedap sangat, tadek chemical kan..makan pun fresh je..biasa saya celur je atau masak tumis dgn ikan bilis/udang kering dgn cili padi dan bawang putih..kadang campur belacan..huhu~~ makan dgn nasi panas2..cukup2 tuk 2 org mkn..kadang2 takcukup gak kalo kuar sebijik je..huhu~~

belakang bendi tu ada pokok lengkuas & kunyit,kalo rajin gali ler, kalo nak urgent & malas nak gali kadang2 beli gak la jawabnya..


kacang panjang ni sama ada makan fresh gitu cicah budu atau masak macam bendi tadi..ada wat sayur lemak putih campur dgn sayur lain..cukuplah setakat me & hubby je..


ni mmg wajib guna kalo masak tomyam.nakbeli kat kedai pakej dia bnyk helai kan..kadang2 bukan bnyk pun guna, the rest membazir, yela bkn hari2 masak tomyam kan..



daun pandan & pegaga..pandan tu pun da buang separuh, semak sbb terlalu subur mencanak naik daun2nya..pegaga wat ulam je..hubby suka..


ni plak deretan lidah buaya..ada lagi sederet on the other side, da berapa orang datang nak pokok ni sbb subur sangat, kami bg dgn pasu2 skali..berguna bila time anak demam kan..kalo ma saya datang pun dia suka guna ni tempek kat muka..


ada lupa nak amik gambar kat luar pagar ada dua rumpun serai..subur dan gemok2, jiran2 selalu gak amik wat masak2..kitaorang lg suka sbb bkn hari2 masak guna serai kan.. berbudi pada tanah ni untung, dapat hasil..boleh lah jimat sket2 selain puas hati dapat makan yg tanam dgn tangan sendiri,tak letak racun bagai..ni baru tanah sekangkang kera, kalo tanah luas lagi insyaAllah lagi banyak ditanamnya ni..

ok..thanks peeps for reading..
Related Posts with Thumbnails