Tuesday, September 13, 2011

IMPIAN DAN KENYATAAN

Tengok anak2 membesar depan mata adalah sesuatu yang membahagiakan. Saya rasa sangat nak uruskan mereka untuk setiap saat. Perasaan ini makin membuak2 membuatkan saya tidak ada semangat untuk gi keje. Saya nak rasa perasaan hari2 siapkan anak2, buat breakfast then hantar ke skolah.

Skrg ni saya hanya siapkan pagi2 untuk ke nursery dan cikgu nursery hantar anak sulung saya ke tadika dan juga menjemputnya nanti. Saya nak rasa perasaan anak2 berlari2 keluar dari skolah menuju kepada saya dan bercerita tentang kisahnya di sekolah. Mmg tak dinafikan sekarang pun Fahmi macam tu,akan bercerita sebaik sahaja nampak saya di nurserynya petang nanti tp yg pasti orang pertama yg dia cerita maybe cikgu nursery yg ambil dia sbb cikgu tu pernah cakap yg Fahmi ni tak berenti cakap masuk dalam kereta cerita itu ini. Ya, saya faham dan tahu Fahmi tu seperti orang tiada masalah, cakap & tanya tak berenti. Level ingin tahunya amat tinggi, malah turut diakui oleh cikgu tadika dia sendiri.

Fahmi akan menjangkau usia 4 tahun bulan October nanti, Tasnim dah dua tahun 090911 haritu. Dalam diam2 saya bernekad untuk mencapai impian saya sebelum Fahmi masuk skolah rendah nanti. Saya kena buat sesuatu yg drastik sebelum saya mengalami tekanan perasaan sebegini yang lebih parah.

Tidak dinafikan ada ibu2 tak bekerja yang beria-ia nak bekerja, cakap boring dok kat umah etc. Bagi saya mereka adalah ibu2 yang bertuah kerana membesarkan anak2 depan mata, tak berpisah walau sesaat. Untung sangat. Namun tidak dinafikan juga ada ibu2 yang tidak bekerja seperti mengecam ibu2 yang bekerja. Katanya ibu yang bekerja ini kejam lah, terlalu kejarkan kemewahan sampai campak anak ke nursery lah, tak bertanggungjawab lah..macam2 lagi..walaupun secara indirect, tetapi hati ni luluh & pedih..bukan kemewahan yg kami kejar, jauh skali kekayaan..tetapi cukup sekadar mencari rezeki menyara kehidupan di dunia yg semakin mencabar dan kos sara hidup yang semakin meningkat. Kami masih punya adik beradik ramai dan ibu bapa. Tambahan pula, saya dulu bekas pemegang biasiswa kerajaan belajar di seberang laut sana..so secara tidak langsung saya rasa bertanggungjawab untuk bekerja dgn kerajaan, mungkin tak lama tp sekurang2nya beberapa tahun mengikut tuntutan dan kemampuan.

Semua orang ada peranan masing2, dan tidak perlulah untuk menghentam orang lain yang bukan dalam keadaan kita kerana semua orang ada situasi tersendiri yang perlu dihadapi..

6 comments:

NoEn said...

semua ibu impikan untuk membesarkan anak sendiri..tp demi tuntutan kehidupan, (bukan tamak yer) kami ibu2 terpaksa keluar bekerja membantu suami..untunglah sapa2 yg dpt membesarkan ank sendiri...

kita pun mcm tini gak..sedih bile kenangkan hanya waktu mlm/weekend saje masa ank dgn kita..huhu

harap impian untuk menjaga ank sendiri menjadi kenyataan..AMINNNN

Unknown said...

betul tu noen..semoga impian kita semua tercapai..amin..

Kak Aya said...

tini, kak aya pun berperasaan yang sama mcm Tini...sentiasa berdoa agar Allah permudahkan jalan untuk kak Aya berenti kerja dan tumpu pd rumahtangga.

Agak sukar sebenarnya kerana hutang dgn bank banyak hu hu tapi rezeki akan datang hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Laman Alia said...

Tini, Kak ida pun berperasaan sedemikian.. dah lama dah. so, sekarang tengah berusaha ke arah itu insya'allah. target 5 tahun dari skrg. rezeki ada dimana2 kan selagi kita rajin berusaha. Kak Ida doakan harapan dan impian tini akan tercapai... best kan kalau tak terikat dengan jadual kerja yg macam skrg ni..

Unknown said...

kak aya & kak ida, mmg lumrah kan seorang ibu bekerja berperasaan begitu..semoga impian kita semua tercapai..amiiin...

Mila@Rimbun said...

Setiap orang ada tanggung jawab dan jalan hidup sendiri, tak perlulah merasakan diri lebih baik betul tak? (Org yg suka hentam org lain ni mesti dah rasa dirinya serba terbaik dah kan kan)....

So far akak takde perasaan nak berenti, almaklum anak sorg jer, pastu dah sekolah, masa dia ngan akak even kalau akak ada kat rumah sama jer kalau akak kerja.. balik dari sekolah kebangsaan dah nak g sekolah agama kan.. lagipon akak tau, memang anak akak akan terlampau manja n tak berdikari kalau akak sendiri yg jaga...

overall, as long as kerja akak sekarang tak take up my time dengan anak (mcm kena balik lewat memanjang) then I am happy to work

Related Posts with Thumbnails