Tuesday, February 28, 2012

MAAFKAN MAMA..SEMOGA KAMU BAIK-BAIK SAJA ANAKKU..

Mama minta maaf, mama terjatuh hari khamis lepas.
Masa tu actually keluar lif nak ke tempat parking.
Mama terserempak dengan Papa, so kami beriringan berpaut lengan ke kereta.
Tp bila da nak dekat kereta tu ada banyak kereta2 parking so mama kena masuk celah2 tu sorang sbb sempit.
Nak dijadikan cerita, ada hamba Allah tercicir cekodok/kuih/pie ke ape.
Kuih tu macam da lembik. Mama taknampak sbb basement parking agak gelap.
Tanpa sempat berbicara sepatah, mama terjatuh gedebuk sbb licin sgt.
Kaki cramp habis, tp alhamdulillah takde bleeding atau kuar air ke ape. Cuma air mata berderai2 menahan sakit.
Then terus gi scan kat klinik, doktor kata baby ok sbb fully protected dgn air dalam perut.
Alhamdulillah, ucapan syukur tidak henti2 mama ucapkan, air mata mengalir.
The next day mama diurut, sebab kaki macam sedikit terseliuh..

Harini, selepas 4 hari, alhamdulillah mama rasa da ok.
Semoga semuanya sentiasa baik & lancar selepas ini. Semoga kamu baik2 saja..
InsyaAllah mama akan lebih berhati-hati.

Thursday, February 23, 2012

BENTO??

Skrg kat office, semua orang masih sibuk buat final packing, ptg ni computer semua akan shutdown, Monday nanti insyaAllah kami beroperasi di bangunan baru. Almost file & kotak dah dipindahkan. Banyak persediaan mental dan fizikal yang perlu dihadapi di bangunan baru nanti sebab kami cukup selesa dengan pejabat sekarang, biasalah nak adjust to new place, new environment will take some time.

Anyway, dalam banyak2 menda nak kena adapt, me & hubby agreed that we may have to provide home-packed meal/bento for our lunch. The reasons are as follows:-

1. We will be a bit far from previous food court (jarang2 boleh la makbuyung menapak tu)
2. The new eating place in the new building will be a cafe with a minimum capacity
3. The new building will be 31 floors nearly tripled (old building is only 13th floor and I'm on 3rd floor instead of 19th in the new building), so the elevator will be quite packed during lunch hour.
4. I'm pregnant, cannot walk that far and that fast (alasan ler plak..ehehe)
5. Last but not least - JIMAT! (yer ke?)

So, that means this weekend will be a more busy weekend than usual for us because we have to do an early preparation for for that purpose. Maybe I have to do some frozen cooked meal, and also cut to small pcs of chicken, etc for easy cooking. Hopefully I'll have more energy for this and knowing that hubby would 200% helping me out, so I should not worry, insyaAllah.

Sesiapa yg biasa wat bento ni, boleh bg idea tak apa yg korang masak supaya tak muak dan boleh tahan sampai tgh hari for lunch.

Till then, thanks dear all.

Saturday, February 18, 2012

NEW FABRICS UPLOADED AT TINICRAFT

Dear crafters, I've some new fabrics uploaded in Tinicraft shop. Please have a look. Thanks

PD 2012- PART 3

Masa adik tidur petang ni aktivi papa & Fahmi..pergi gym la plak..then depa gi swimming pool lagi..





Esok pagi bersenam ajak adik plak...then gi swimming pool lagi skali before mandi ready nak balik..



Tp..berlengah2 lagi bila da siap..



Then gi makan McD dulu tgh hari..

Tp ended up kami balik after asar dan singgah pekena tomyam poktek dulu..mane2 gi, nakcari kedai kelate gakk...huhu~~

Thursday, February 16, 2012

TAKUT NAK BERSALIN!

Iye, saya tahu ini kali ketiga insyaAllah saya akan bersalin. Tp kali ni lain macam takutnya sbb saya akan bersalin kat sini. Dulu dua2 bersalin kat kg, ada ma & abah gave assistance. Masa bersalin Tasnim tu baru ada Fahmi sorang je..dan Fahmi mmg click abis lah dgn Tokbah nya. Tp kali ni, hubby kena handle me yg nak bersalin nanti dan duaorang budak tu. InsyaAllah we'll get assistance from sepupu sepapat, adik-beradik berdekatan sementara menunggu orang tua sampai dari kg nanti.

Macam biasalah, semua orang akn melalui momen yg sama bila da nak bersalin tu..takut2 gitu, tp bak kata Fahmi:-

Mama: Fahmi, nanti adik Fahmi ada berapa orang?
Fahmi: Ada dua, nanti kuar lagi, kuar lagi, kuar lagi.
Mama: (aii, ingat mama ni kilang ke ape)

Tapi hakikatnya macam tulah, betul gak kata Fahmi tu..ehehe.. saya biasanya masa dok contraction tu mesti genggam tangan hubby cakap, abang..ayang tanak bersalin da...cukuplah.. tanak dah..tp macam Fahmi cakap tu lah..kuar lagi..kuar lagi..alhamdulillah, rezeki yg Allah bagi ni.

Walaupun saya due bulan 5, tp saya da start wat persediaan sket2..baju baby da beli lah tuk newborn dan yg kecik2 tu..da basuh da, pagi tadi dok lipat2 mane nakmasuk bekas tutup, mane nak masuk beg hospital..bila da besar sket ada lagi baju kakak Tasnim yg baby leh pakai lagi.. baju kakak Tasnim?ehe, insyaAllah da scan girl.alhamdulillah. Mama doa'akan baby lahir dengan sihat & selamat, insyaAllah..

PD 2012 - PART 2

Punya la lama nakcari masa nak upload gambar bercuti kat PD masa CNY haritu.. ni kisah sambungannya ye..

Lepas minum pagi b4 check-in tu budak2 ni pergi bershopping dulu..semua barang ada..rambang mata nak pilih..



Petang tu kitaorang merasmikan pantai ni ler..nasib baiklah menan masa gi cherating dulu ada lagi..

mama pun excited jugak main pasir join tasnim..

tengok tasnim tu bukan main lagi ha..

While tasnim & mama main pasir, abg Fahmi dgn Papa main layang2 pulak..tp kurang angin so naik sket je..

da keletihan..

papa bawak kasi test air sket


ada lagi sket gambar..nanti upload later..

Tuesday, February 14, 2012

INNALILLAHIWAINNA ILAIHI RAJIUUN..TERSEDAK SUSU DI PUTRAJAYA

Saya baru terima berita ni tadi. Anak member office meninggal dunia kat putrajaya kerana tersedak susu. Dia hantar kat baby sitter. Baby dia kecik lagi, kalo tak silap less than 4 months rasanya. The one and only anak dia buat masa ni. Saya yg mendengar ni rasa lemah lutut, apatah lagi yang menanggungnya. Semoga member & isterinya tabah menghadapi ujian ini. Al-Fatihah..

Friday, February 10, 2012

PENANGAN CUTI

Aduh, akibat terlalu banyak public holiday bersambung2 pastu balik kg, saya agak mengabaikan blog ini. Percutian ke PD part 2 pun taksambung lagi..dahla guna kamera pinjam, tak upload2 la gak. kamera sendiri tak sehat la katakan..

Anyway, baby in the tummy da nearly 25 weeks, alhamdulillah..so far everything is ok. Esok insyaAllah the next checkup. Actually masa di antara public holiday tu saya sempat gak siap 2 bumpers, pillow cases and bedsheets for baby's cot, cuma malas nak amik gambar lagi sbb nak basuh dulu. Ada lagi dua bumper taksiap lagi, halfway done. InsyaAllah kalau ada masa weekend ni nak sambung lagi..maklumlah mak buyung, slow2 je wat keje. Lagipun 2-3 hari ni bz nak pindah office kat building baru, so macam sakit2 pinggang sket ler..nasib baiklah malam2 hubby bangun sapukan minyak panas & pakaikan stokin sbb kaki da start cramp da skrg ni. Alhamdulillah, ada adik ipar sorang datang rumah about a week plus dok umah kami, and she helped a lot! alhamdulillah, ringan sket bahu rasanya especially melayan budak2 duorang tu..

Esok insyaAllah lepas checkup nak gi cari baju baby sket, maklumlah baju newborn tasnim yg dulu da bg kat orang lain da..tinggal yg da besar sket..tu pun baju2 yg leh guna lgi lom berbasuh lagi.rasa excited nak beli baju baby ni macam anak sulung le plak..biasalah, org baru kenalah sambut dgn penuh keceriaan.

Oklah, nanti saya sambung balik pasal yg PD tu, sbb nak tunjuk gambor2 kelakar budak2 ni je..ehehe..till then, selamat berhujung minggu..
Related Posts with Thumbnails