Thursday, March 22, 2012

ULTIMATE GOAL

Makin dekat tempoh nak bersalin ni, makin melilau fikiran saya..macam2 terfikir future planning. Ecece, macam planning department nakwat akta la plak..ehe.. bukan ape, saya tak betul2 settle down lagi. Mmg lah saya da ada kerja, saya da ada rumah sendiri dan sebagainya, tapi saya punya ultimate aim adalah menguruskan anak2 sendiri 24/7 tp at the same time, I have something to do, yg generate income tu adalah di alu2kan. Seperti yg korang sedia maklum, saya mempunyai minat yg mendalam (mendalamlah sangat tu) dalam bidang kraf & jahitan. Cuma buat masa ni, ianya sekadar hobi dan tak dinafikan boleh gak menambahkan pendapatan serba seciput. Dan waktu saya buat masa ini amat terbatas sbb saya fulltime keje. Balik kerja da penat, cukup dgn melayan anak2 je. kalau dulu, anak2 tidur saya boleh melayan menjahit, tapi lately (maybe sbb tgh sarat pregnant anak ke-3 ni) saya cepat letih. Lagipun doktor cakap hemoglobin saya rendah, mmg badan cepat lesu.

Kadang2 saya berangan, kalau dapat durian runtuh (pokok durian pun taraaakk..ehe), saya ingat nak berhenti kerja dan tumpu pada family & hobi saya je. Tp tu lah, sbb saya da terikat dgn komitmen, kena lah tunggu sampai abis la kot. Kalau dapat jaga anak sendiri, lebih memberi kepuasan kepada saya. Terpulang pada individu, ada yg suka pada kerjaya dan pada masa yg sama bijak membahagi masa untuk anak2. Ada yg suka kerja yg fleksibel (ada business sendiri boleh la kot kan..) Saya pula, belum ada peluang. Tapi jauh di sudut hati saya, alhamdulillah saya dapat merasai alam pekerjaan, ibu berkerjaya dan insyaAllah peluang utk ultimate goal saya akan datang, masa yg menentukan.

InsyaAllah, kita merancang, Allah juga merancang.. namun perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Amin.

5 comments:

NoEn said...

wah..dh sarat ye..bile due?

Unknown said...

insyaAllah may nanti

Kak Aya said...

kak aya faham apa yg tini inginkan tu kerana kita punya keinginan yang sama cuma kak aya tak ada apa2 bakat yang boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan.

Unknown said...

eheh..sama2 kita doa nanti kak aya..ala, kak aya ada bakat berniaga ape..cuma kena cari ape yg nak diniagakan dgn modal lah..mane tau dapat durian runtuh ke..ehehe

Mila@Rimbun said...

akak plak kalau boleh nak kerja jerrrr.. takmo duduk rumah. nak kumpul duit banyak2, nanti bila dah pencen boleh sambung belajar, g kelas sama ngan anak hahaha.. berangan. Anak ku itew seorang jer, kalau dok rumah n menjahit mesti boring n tak dapat menjana pendapatan seperti sekarang. menjahit can remain as hobby forever, dapat skit2 tuh as bonus lah.

Related Posts with Thumbnails