Monday, January 31, 2011
Sunday, January 30, 2011
SOME READY STOCKS FROM TINICRAFT
Tasnim Easy Bag
no lining, no pocket, no zippered, no buttoned
RM15 only per pc! Grab 2 for RM28!!!
1.Flower+Pink Plain
2.Flower+Blue Stripes
3.Flower+Pink Stripes SOLD
Email me if interested at khu_hai@hotmail.com
(price does not including shipping)
Friday, January 28, 2011
KENAPA TAK BOLEH BERSUARA?
-orang lain buat salah, saya kena tanggung..siap orang yg salah turn the real story upside down..sehinggakan saya tidak boleh bersuara, sbb saya akan nampak kecoh & cari pasal. saya diam. orang2 tertentu je yg tau cerita sebenar..these happened many times already.
-dulu masa pregnant orang suruh macam2, diluar batasan upaya orang mengandung, saya da lalui.turun padang bagai..alhamdulillah, Tasnim selamat dilahirkan and now she seems quite independent.
-going back on time (not early ok!), seems to be like walking out as a thief.
-fell down due to slippery floor (not because of mopping activity but because of few drops of cooking oil of previous customer). The workers in the shop did not want to admit their mistake and not even say sorry. I could not get any compensation but I deserve an apology! The worst part was, at that point of time I was holding my baby. And to make sure she was safe, I was totally terhempap beb! And now still suffering from the incident, cost me to spend RM60-120 per month for massage only.
aghhhhhhhhhh...no mood already..need some sewing..
Tuesday, January 25, 2011
SEHANGAT BUMI SAGUARO - Siri 4
SIRI 4: NASI AYAM AFGHANISTAN
Aisyah keluar dari pintu masjid bahagian wanita. Tetapi seperti biasa, dia perlu melewati pintu utama masjid bagi membolehkannya melintas jalan untuk kembali ke kampus.
Alhamdulillah. Dah solat Zuhur. Nak pergi kelas Arab ni masih lagi ada setengah jam.
Sempat pergi makan ni. Tapi tak nak pergi sorang. Lagipun kalau nak beli nasi makcik Afghanistan tu, mesti kena pergi ke dapur masjid. Aisyah sedang menghitung keputusan sendiri.
“Kak Aisyah!” Lily muncul dari tempat letak kereta di belakang masjid.
“Assalamu’alaykum” Aisyah memberi salam terlebih dahulu.
“Wa’alaykumussalam. Kak Aisyah buat apa kat depan ni? Dah solat Zuhur dah?”
“Dah tadi. Ini dah nak pergi, ada kelas pukul 2 kat bangunan Marshall. Tapi rasa macam nak beli nasi kat dapur masjid ni.”
“Ehe. Saya pun sebenarnya macam tulah. Tadi saya pergi ikut belakang masjid, ingatkan Makcik Deeba buka pintu dekat dapur tu. Jom kita masuk ikut pintu depan ni nak? Saya lapar lah Kak Aisyah, tak nak makan tuna sandwich subway je. Nak makan nasi.”
Aisyah tersenyum.
Lily yang berperangai kebudak-budakan itu seperti berjaya memujuk hati nya untuk turut membeli sama. Lily adalah satu-satunya budak perempuan batch selepasnya. Alhamdulillah, dia mengambil bahagian yang sama dengan Wardah. Bolehlah ditunjuk ajar sedikit sebanyak. Junior yang lain selain dari Lily pada masa itu adalah 3 orang lelaki, Hanif, Shahril dan Fawwaz. Asalnya empat orang, Arif, terpaksa dihantar pulang ke Malaysia pada hujung tahun pertamanya kerana ada masalah kesihatan yang serius.
“Akak nak tak ni?” Lily semacam mendesak.
“OK, akak pun lapar ni. Sejak datang balik dari Malaysia tu, tak makan nasi lagi ni. Susah sikitlah nak masak kat dorm tu.”
Tanpa melengahkan masa, kedua-dua anak gadis itu memanjangkan langkah menuju ke dapur masjid melalui pintu depan. Kelihatan pakcik Jamal, warga Palestin sedang asyik menyusun risalah-risalah baru di atas rak kecil di sebelah pejabat imam. Kedengaran suara beberapa orang lelaki tengah rancak berborak dari arah dapur.
Mungkin sedang makan depan dapur masjid.
Aisyah dan Lily meneka.
Biasanya itulah rutin selepas solat Zuhur di masjid. Menghadapi hidangan nasi Afghanistan dari makcik Deeba. Dengan harga $6 sahaja untuk hidangan biasa dan $3 untuk hidangan kanak-kanak. 20% daripada hasil jualan, didermakan kepada masjid. Mulia sungguh hati wanita itu. Dalam masa yang sama menyediakan daging yang halal untuk di makan. Secara tidak langsung mengukuhkan ekonomi orang-orang Islam di Amerika kerana daging yang dibelinya adalah datang dari sebuah kedai Arab di bandar itu. Caravan Store, adalah kedai makanan halal yang paling terkenal di bandar Tucson, menyediakan bahan-bahan mentah halal untuk penduduk-penduduk Islam di sekitar bandar itu.
“Akak nak makan lamb ke chicken?” Soal Lily sebaik sahaja mereka tiba di ruangan dapur.
“Chicken lah, macam biasa.”
Sedang Aisyah membuka beg merah pemberian abahnya, dia seperti merasakan ada sepasang mata sedang memerhatikannya.
Ya Allah, benarkah apa yang aku saksikan ini?
Pandangan pertama rezeki, pandangan kedua adalah dari syaitan!
Jangan toleh lagi. Aisyah, be cool!! Seperti biasa mententeramkan dirinya.
Lily tengah leka memandang makcik Deeba membungkuskan makanan. Makcik Deeba cukup mengenali Lily kerana hampir setiap hari, Lily adalah pelanggan tetapnya. Bangunan kuliah Lily, bangunan Aerospace and Mechanical Engineering (AME) agak berdekatan dengan masjid. Tidak hairan lah dia selalu ke situ untuk membeli makanan.
Setelah selesai urusan membayar, mereka mula menyusun langkah keluar dari masjid.
“Akak tak nak makan dulu ke kat sebelah Bank One tu? Ada kerusi dan meja. Boleh kita makan kejap. Kasihan saya makan sorang-sorang nanti.”
“Maaflah Lily, akak ada kelas pukul 2 ni. Bangunan Marshall jauh depan sana, kena melepasi Bank One dan Tucson Historical Museum tu dulu. Jauh juga tu Lily.”
“Ala, kalau lalu ikut depan International Student Office tu dekat je, lepas tu lintas lah ke bangunan Marshall sebelah Hotel Marriot tu,” ujar Lily memberi peta mulut.
“ Tak apalah Lily, Kak Aisyah kena pergi awal sikit ni. Nanti malu je masuk kelas bawa makanan. Lagipun kalau makan sekarang ni, bukannya sempat habis pun.”Aisyah berterus terang.
“ Iyalah, nanti saya pun nak makan lepas kelas juga lah.”
“InsyaAllah jumpa lagi ye Lily, akak minta maaf tau!”
“Eh tak apa, saya pun tak sedar dah nak pukul 2 ni. Saya ada kelas juga ni. Ingat tadi nak masuk lambat sikit..hihi,” Lily mula menghalakan langkah ke bangunan AME nya.
“OK. Assalamu’alaykum. Nanti kirim salam kat Kak Jes dan Kak Diana ye,” sempat Aisyah mengirim salam kepada kawan-kawannya yang tinggal serumah dengan Lily.
“Wa’alaykumussalam. Kirim salam kat Kak Wardah juga tau,” Lily manja seperti kebiasaannya.
Pertemuan selepas Zuhur itu berpisah di situ. Masing-masing melangkah ke arah hala tuju yang berbeza. Seorang ke Barat, seorang ke Timur.
Kenapa dia berada di situ? Nasib baik Lily tak terperasan. Tapi kenapa aku ternampak dia? Musykil betul. Apa dia buat kat situ?
Persoalan itu terus bermain di benaknya.
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. [An-Nuur:30]
Thursday, January 20, 2011
KIDS SAY THE CUTEST WORDS
Fahmi: Adik, cepat kemas menan ni (sambil tangan pegang beg menan suh adik masukkan)
Tasnim: (mulut takbunyi, tp tangan laju kemas masukkan menan dalam beg.)
Fahmi:Haa, mama adik pandai kemas lah..pandai adikk...five - five cepat.
Tasnim: (Terus tepuk tgn Abg dia..give me five gitu)
Pandai anak2 mama ni..mama gelak je..jiwa keabangan da terserlah.
scene 2:
Fahmi: (Tengah makan coklat)
Tasnim: Nak..nak..nakk...
Fahmi: Sabar nya..Fahmi nak wat ni..nah (sambil suap kat mulut adik)
Tasnim:hehehe(senyum sengih dpt rasa coklat abg)
Fahmi:Haa, sedap lah..kiss-kiss (sambil tangan tunjuk pipi dia suh adik kiss)
Tasnim (kiss pipi abg)
Alala..so sweet..Fahmi mmg pandai tiru gaya mama wat kat dia..
I love you both..so much...
Tuesday, January 18, 2011
BIARLAH JATUH KASIH
As for me, unfortunately I have to send my kids to taska & tadika while I am at work. Deep in my heart, I always make dua'aa, biarlah penjaga anak-anak saya jatuh kasih kepada anak-anak saya. Menjaga mereka seperti anak/adik/keluarga sendiri. Jauhilah mereka dari manusia durjana di luar sana. Semoga mereka senantiasa dilindungi Allah.Diluar kemampuan saya untuk memantau mereka sepanjang masa persekolahan.
Hanya doa mampu kutitipkan & tawakkal. Semoga anak2ku sentiasa dibawah perlindunganMu Ya Rahmaan, Ya Rahiim..Amiin..Menyerah sepenuh jiwa kepada Allah. Allah Haafez..
Monday, January 17, 2011
TASNIM IN ACTION!
Wednesday, January 12, 2011
SEWN WITH LOVE BY MAMA
Fahmi was so happy with the ultraman pant. He could not wait to try and I managed to take his photo wearing it.
For Tasnim, I did put on her but she was not in a good mood, so cannot take any picture. If you notice, no button in front or at the back because I thought it could fit her head.huhu~~ but it couldn't! But I managed to do a button at the front. I did not follow any tutorial or pattern (eventhough I bought a pattern before..no time to explore..ehehe..).
I just refer to a ready made dress including used the same measurement. I'll post the picture once Tasnim in a good mood to try on. But honestly, I felt so satisfy, so proud of myself (berangan & perasan la plak..ehehe) and that drove me aiming another available fabric for another dress!! good huh?
Monday, January 10, 2011
BEKERJASAMA
Dari wat susu anak sehinggalah basuh poo poo.
Kemas umah pun sama, kalau bukan weekend maid yg mop, mesti hubby yg mop sbb saya paling taksuka mop lantai, sakit belakang la..hihi..tp saya menyapu ok!
Memasak pun best sbb hubby beli bahan mentah dan dia akan siap siang+basuh+pack siap2 dalam bekas so senang i nak masak, just amik je portion nak masak.
Kalau kucing berak atau sampah busuk org tercicir depan umah pun hubby yg bersihkan.
Kalau malam2 nak tidur kat bilik atas, saya bawak anak2 naik, hubby yg siapkan susu+air panas semua.
Kalau saya taklarat nakbasuh periuk kuali besar2 lepas wat makan2, hubby gak bersengkang mata basuh semua so that saya bangun tidur esok tengok dapur da kemas, so boleh masak lagi..hihi..
Hubby juga orang yg terlebih dahulu masukkan kain2 dalam mesin, jemur, lipat & masuk dalam wardrobe.
Waahh, macam banyak je hubby tolong, saya tak buat kerja ke? ehehe..semua orang sudah sedia maklum, kerja orang pompuan ni tak habis2, dan takkan pernah habis. A wife, a mom of two, a fulltime worker at work,housewife jugak.
Moral of the story harini adalah, kalau tadek kerjasama, susah nakjaga rukun damai rumah tangga. Saya ada sesetengah kawan yg suami depa takberi kerjasama langsung, balik umah baca paper, nak coffee, kerja satu ape pun tanak buat, yet complaint itu ini lagi..kita kawan2 mampu suh dia bersabar dan doa jerla nakwat macam camne..semoga kita semua terus dikurniakan rumahtangga yg rukun dan aman damai, amin.
DEMAM~~
ni saya tempek gambar kek haritu..sodapp..beli dgn jiran depan umah, kak zura baking lover..link dia ada kat sebelah kanan tu..
Saturday, January 08, 2011
SEHANGAT BUMI SAGUARO-SIRI 3
SIRI 3: PERTEMUAN PERTAMA
ALHAMDULILLAH-kalimah syukur itu tidak putus-putus diucapkan.
Jadual kerja sudah dapat ditukar. Jadi, dia tidak perlu kerja malam lagi.
Alhamdulillah supervisor baik dan memahami yang aku tak suka keluar malam.
Kalau diikutkan, aku sebenarnya boleh bekerja pada waktu malam sebab aku tinggal on-campus, balik malam tak lah jauh sangat. Lagipun perpustakaan dan bilik aku di Coconino Hall tu dekat sahaja, sama-sama dalam kampus. Tapi, nampaknya aku lebih selesa jika hanya bekerja pada waktu siang memandangkan kekangan yang aku hadapi.
Kelas pun dah tetap 5 sahaja- International Macroeconomics, Economics Development, Critical Thinking, Micro Computing Application dan Levantine Arabic. Alhamdulillah!
Aisyah meneruskan langkah ke makmal komputer di bangunan Shantz sambil melafaz syukur kerana dapat menukar jadual kerjanya. Sesekali dia membetulkan beg sandangnya di belakang. Berat dengan buku Microsoft Office XP nya. Manik-manik jernih mula membasahi dahi. Permulaan musim luruh seperti biasa amat panas kerana sisa-sisa musim panas yang masih ada.
“This is a wet Spring, and I guess we will have a pretty wet Summer and Fall absolutely, since we have a high water precipitation this year,” terngiang-ngiang kata-kata Professor Roger V Haven, untuk kelas Enviromental Economics Policies Aisyah pada kelas musim bunga yang lalu. Tapi jangkaannya kurang tepat memandangkan suhu masih lagi berada dalam lingkungan 39-42 darjah celcius. Panas kering di sini memang membakar kulit sesiapa pun. Walau apa pun, alhamdulillah, Aisyah masih boleh menghadapi semuanya dengan baik. Impiannya hendak merasa untuk duduk dalam kampus akhirnya tercapai juga apabila permohonannya diterima untuk menetap di Coconino Hall, satu-satunya perumahan dalam kampus untuk perempuan sahaja. Juga, Aisyah sangat bersyukur kerana mendapat bilik yang sama dengan kawan serumahnya dahulu, Wardatul Rahmah. Dan mereka berdua adalah dua orang pelajar Melayu yang tinggal di dalam kampus. Mereka berdua memilih Coconino Hall bukan kerana hanya untuk perempuan sahaja tetapi juga kerana dormitori itu adalah perumahan dalam kampus yang paling dekat dengan Islamic Center of Tucson, salah satu masjid utama di daerah itu.
Sesampainya di bangunan Shantz, Aisyah agak kebingungan dengan struktur bangunan itu. Dia tidak pernah sampai ke bangunan itu. Dulu kelasnya di bangunan CCIT.
Ahh, nampaknya ada ruangan bawah tanah lah ni. Malas nya nak cari makmal computer Shantz ni.
Dia mengeluh sendiri sambil tangannya mula membuka beg sandang hijau pemberian abangnya itu. Dia kemudiannya mengeluarkan sehelai kertas putih yang tertera jadual kelasnya sepanjang semester.
La, bilik 308 ke? Alhamdulillah, tak payah nak turun bawah tanah ni. Mesti gelap. Maknanya kena naik satu tingkat.
Come on Aisyah, you can do it! Just two flight of stairs!
Memberi semangat untuk diri sendiri. Dia meneruskan tujuannya dengan berhati-hati meniti anak tangga yang agak kecil-kecil itu.
Aisyah adalah salah seorang daripada Preceptor untuk kelas ABE 120-Microcomputing Application. Tugasnya adalah membantu GTA untuk kelas berkenaan yang mana memfokuskan penggunaan Microsoft Office. Dan GTA adalah Graduate Teaching Assistant yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana dalam bidang berkenaan. Dan setiap GTA mesti mempunyai satu sesi kelas untuk diajar. Aisyah mempunyai tanggungjawab terhadap GTA dan GTA mempunyai tanggungjawab terhadap profesor yang mewakili jabatan tersebut. Aisyah berkelayakan untuk menjadi Preceptor kerana dia telah berjaya dengan cemerlang dalam kelas itu pada semester Spring yang lalu dan kali ini membolehkan dia mendapat 3 unit kredit lagi untuk semester pembelajarannya.
Ya Allah, biarlah GTA aku ni baik hati. Wa yassirli amri.
Aisyah sempat melafazkan septong do’a sebaik sahaja dia ternampak nombor 308 yang tertera di dinding putih di situ. Ini adalah kali pertama dia menyertai kelas mengajar seperti ini.
“Hello, are you enrolling in this class?”
Tiba-tiba seseorang menegur Aisyah dari belakangnya.
“Yes I am, but as the preceptor of the class,” terang Aisyah agak gugup.
“Oh, OK. Have a sit first,” ujar lelaki tegap di depannya sambil melangkah masuk ke dalam makmal.
“Umm..are you the GTA?”
“Yes, nice to meet you, Aisyah right?”
“How did you know my name?”
“Well, I’m your GTA. So, I should know your name by now.”
Aisyah terus diam. Takut untuk bertanya lagi.
“From Dr. Hatch.” Lelaki itu menghabiskan ayatnya sekali gus menjawab soalan Aisyah tadi. Dr Hatch adalah orang yang bertanggungjawab menyelenggarakan program ini.
Setelah para pelajar mengambil tempat masing-masing, lelaki tadi mula memperkenalkan dirinya sebagai GTA untuk kelas tersebut. Daripada penerangannya kepada pelajar, Aisyah mendapat tahu namanya, Adam Wong.
Berkulit cerah, mata agak sepet, mungkin kacukan Chinese-American kot.
Aisyah meneka sendiri.
Setelah kelas berakhir, Aisyah mula bergerak menyusun langkah untuk keluar dari makmal. Hari ini adalah hari berkenalan dengan GTA dan pelajar-pelajanya sahaja. Sekarang dia perlu bergegas ke kelas Critical Thinking di banguan Social Science.
“Assalamu’alaykum!”
Dengan tindakan refleks, Aisyah berpaling ke arah suara itu.
“Have a nice day!”
Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembahlah kamu akan Dia;inilah jalan yang lurus.[Az-Zukhruf:49]
Friday, January 07, 2011
BUSY FRIDAY
FAHMI's FIRST DAY IN KINDERGARTEN
when we registered, we got 2 pairs of the school uniform. But I just bought some fabrics to make extra pants for him (jimat lagi, jahit sendiri..alhamdulillah)
one thing that I am proud of, Fahmi is always excited to go to school, hopefully until the end of the year. We paid almost RM1.2K for the registration. wohoo..
But we didn't just go, we waited more than half an hour and we sneaked over him..taraaa...wat ape tuu??
Mama & Papa always miss u dear son...be good and take care..