Saturday, January 08, 2011

SEHANGAT BUMI SAGUARO-SIRI 3

SIRI 3: PERTEMUAN PERTAMA

ALHAMDULILLAH-kalimah syukur itu tidak putus-putus diucapkan.

Jadual kerja sudah dapat ditukar. Jadi, dia tidak perlu kerja malam lagi.

Alhamdulillah supervisor baik dan memahami yang aku tak suka keluar malam.

Kalau diikutkan, aku sebenarnya boleh bekerja pada waktu malam sebab aku tinggal on-campus, balik malam tak lah jauh sangat. Lagipun perpustakaan dan bilik aku di Coconino Hall tu dekat sahaja, sama-sama dalam kampus. Tapi, nampaknya aku lebih selesa jika hanya bekerja pada waktu siang memandangkan kekangan yang aku hadapi.

Kelas pun dah tetap 5 sahaja- International Macroeconomics, Economics Development, Critical Thinking, Micro Computing Application dan Levantine Arabic. Alhamdulillah!

Aisyah meneruskan langkah ke makmal komputer di bangunan Shantz sambil melafaz syukur kerana dapat menukar jadual kerjanya. Sesekali dia membetulkan beg sandangnya di belakang. Berat dengan buku Microsoft Office XP nya. Manik-manik jernih mula membasahi dahi. Permulaan musim luruh seperti biasa amat panas kerana sisa-sisa musim panas yang masih ada.

This is a wet Spring, and I guess we will have a pretty wet Summer and Fall absolutely, since we have a high water precipitation this year,” terngiang-ngiang kata-kata Professor Roger V Haven, untuk kelas Enviromental Economics Policies Aisyah pada kelas musim bunga yang lalu. Tapi jangkaannya kurang tepat memandangkan suhu masih lagi berada dalam lingkungan 39-42 darjah celcius. Panas kering di sini memang membakar kulit sesiapa pun. Walau apa pun, alhamdulillah, Aisyah masih boleh menghadapi semuanya dengan baik. Impiannya hendak merasa untuk duduk dalam kampus akhirnya tercapai juga apabila permohonannya diterima untuk menetap di Coconino Hall, satu-satunya perumahan dalam kampus untuk perempuan sahaja. Juga, Aisyah sangat bersyukur kerana mendapat bilik yang sama dengan kawan serumahnya dahulu, Wardatul Rahmah. Dan mereka berdua adalah dua orang pelajar Melayu yang tinggal di dalam kampus. Mereka berdua memilih Coconino Hall bukan kerana hanya untuk perempuan sahaja tetapi juga kerana dormitori itu adalah perumahan dalam kampus yang paling dekat dengan Islamic Center of Tucson, salah satu masjid utama di daerah itu.

Sesampainya di bangunan Shantz, Aisyah agak kebingungan dengan struktur bangunan itu. Dia tidak pernah sampai ke bangunan itu. Dulu kelasnya di bangunan CCIT.

Ahh, nampaknya ada ruangan bawah tanah lah ni. Malas nya nak cari makmal computer Shantz ni.

Dia mengeluh sendiri sambil tangannya mula membuka beg sandang hijau pemberian abangnya itu. Dia kemudiannya mengeluarkan sehelai kertas putih yang tertera jadual kelasnya sepanjang semester.

La, bilik 308 ke? Alhamdulillah, tak payah nak turun bawah tanah ni. Mesti gelap. Maknanya kena naik satu tingkat.

Come on Aisyah, you can do it! Just two flight of stairs!

Memberi semangat untuk diri sendiri. Dia meneruskan tujuannya dengan berhati-hati meniti anak tangga yang agak kecil-kecil itu.

Aisyah adalah salah seorang daripada Preceptor untuk kelas ABE 120-Microcomputing Application. Tugasnya adalah membantu GTA untuk kelas berkenaan yang mana memfokuskan penggunaan Microsoft Office. Dan GTA adalah Graduate Teaching Assistant yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana dalam bidang berkenaan. Dan setiap GTA mesti mempunyai satu sesi kelas untuk diajar. Aisyah mempunyai tanggungjawab terhadap GTA dan GTA mempunyai tanggungjawab terhadap profesor yang mewakili jabatan tersebut. Aisyah berkelayakan untuk menjadi Preceptor kerana dia telah berjaya dengan cemerlang dalam kelas itu pada semester Spring yang lalu dan kali ini membolehkan dia mendapat 3 unit kredit lagi untuk semester pembelajarannya.

Ya Allah, biarlah GTA aku ni baik hati. Wa yassirli amri.

Aisyah sempat melafazkan septong do’a sebaik sahaja dia ternampak nombor 308 yang tertera di dinding putih di situ. Ini adalah kali pertama dia menyertai kelas mengajar seperti ini.

Hello, are you enrolling in this class?”

Tiba-tiba seseorang menegur Aisyah dari belakangnya.

Yes I am, but as the preceptor of the class,” terang Aisyah agak gugup.

Oh, OK. Have a sit first,” ujar lelaki tegap di depannya sambil melangkah masuk ke dalam makmal.

Umm..are you the GTA?”

Yes, nice to meet you, Aisyah right?”

How did you know my name?”

Well, I’m your GTA. So, I should know your name by now.”

Aisyah terus diam. Takut untuk bertanya lagi.

From Dr. Hatch.” Lelaki itu menghabiskan ayatnya sekali gus menjawab soalan Aisyah tadi. Dr Hatch adalah orang yang bertanggungjawab menyelenggarakan program ini.

Setelah para pelajar mengambil tempat masing-masing, lelaki tadi mula memperkenalkan dirinya sebagai GTA untuk kelas tersebut. Daripada penerangannya kepada pelajar, Aisyah mendapat tahu namanya, Adam Wong.

Berkulit cerah, mata agak sepet, mungkin kacukan Chinese-American kot.

Aisyah meneka sendiri.

Setelah kelas berakhir, Aisyah mula bergerak menyusun langkah untuk keluar dari makmal. Hari ini adalah hari berkenalan dengan GTA dan pelajar-pelajanya sahaja. Sekarang dia perlu bergegas ke kelas Critical Thinking di banguan Social Science.

“Assalamu’alaykum!”

Dengan tindakan refleks, Aisyah berpaling ke arah suara itu.

Have a nice day!”

Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembahlah kamu akan Dia;inilah jalan yang lurus.[Az-Zukhruf:49]

No comments:

Related Posts with Thumbnails