Wednesday, August 25, 2010

PLEASE DRINK A LOT OF WATER, A LOT!

Ramai yg da email, sms, comment & call tanya kabar saya. Terima kasih atas ingatan semua. Saya rindu untuk menulis di blog dan update my life, my hobby etc. Tapi memandangkan saya baru terminate broadband dan dalam proses nakmasuk streamyx, so saya tak dapat online masa kat hospital.

Actually macam ni. Saya sakit tekak after one week puasa. Dan saya teruskan puasa seperti biasa sehingga saya ada ulcer mulut yg serius dan sakit tekak yg kronik (berdarah). Sehinggakan saya berbuka sambil menangis sbb takboleh telan makanan dan walau setitik air pun. Rasa macam ada bara api dalam tekak. Doktor bg mc dua hari tuk berehat sbb badan saya lemah. Tapi dalam mc tu badan saya menggigil demam suhu 39 darjah celcius. Bayangkan 3 hari takmasuk makanan & air, rasa macam nak pengsan! Masa hari warded tu hubby bawak gi hospital selepas saya akhirnya willing untuk menyerah diri ke hospital. Masa tu jalan terbongkok2 sbb badan lemah sangat2, sendi semua sakit.

Doktor: Awak tak sakit ke? Kalau saya..hmm
Saya: Sakit doktor. (dalam hati, hanya Allah yang Tahu)
Doktor: Tau takpe. Sbb ulcer ni pipi dalam macam da koyak & bernanah. Tekak awak merah & luka
Saya:Diam. (air mata menitis..sakit tidak dapat digambarkan dengan kata-kata)

Itulah lebih kurang perbualan saya dgn doktor. Duduk di ward 3 hari, saya paksakan diri minum air sbb fikir anak2, rindu kat diorang. Lagipun doktor masukkan air dalam 10 botol. Kiri kanan kena cucuk nak masuk air..tekanan darah rendah mengakibatkan saya pening sangat. Masa hari pertama demam tak kebah2, doktor bagi dua jenis antibiotik baru jalan. Kena inject bukan telan ubat. Sakitnya ya Allah, sampai ke bahu sbb ubat tu likat & pekat dan bila masuk urat, fuuhh..pedih & sengal lengan..huhu~~

Alhamdulillah, setelah 6 hari terpaksa tinggal puasa, saya telah kembali berpuasa. Rasa pening ada lagi. Ulcer & sakit tekak ada lagi tp sudah beransur pulih. Masa berbuka saya minum air sampai kembunglah rasanya..ahha..masa bersahur saya makan biskut tat yg menyebabkan rasa terlekat kat tekak dan itu mendorong saya minum air yang banyak. Masuk office asyik nak buang air kecil je..tp takpe, sekurang2nya masalah dehydration dah tak ada.

Alhamdulillah anak2 ok dgn hubby pada waktu malam. Thanks to hubby for taking care of our kids. We love you so much!

Moral of the story:-

1. Air adalah satu nikmat Allah yang besar & berharga untuk diri. Minumlah secukupnya. Cuba bandingkan dengan negara yang tak cukup air, air kotor pun diorang sanggup minum. Alhamdulillah, kita amat beruntung dengan nikmat ini.

2. Semasa boleh makan, baik kita makan toksah pk nak diet ke ape sebab makan tu adalah sesuatu yg wajib untuk kita teruskan hidup, bertenaga untuk menjalankan aktiviti lebih2 lagi untuk beribadat kepadanya. Bila da terdampar sakit takboleh makan & minum ape2, berat turun pun takguna sbb badan da lemah.

3. Jagalah kesihatan sebab bukan kita sorang yang memerlukan kesihatan itu, orang2 disekeliling kita pun memerlukan kita sihat.

9 comments:

Azura binti Ab Aziz said...

Alhamdulillah awak dah sihat......

Fith said...

ooo itu kisahnya,tp tak jelas plak tini sakit sbb dehydrate atau sbb sakit tekak n ulser tu terus kurang minum air.ingatkn kat jepun ni je ratus2 masuk spital n puluh2 mati sbb dehydrate,kat msia pun ada ye.tp mmg betul,kena minum air at least 3liter sehari...
tini,mkn pun kena jaga gak tau,sbb dr mknn tu byk dtg penyakit.mcm fith ni bila berat dah cecah 50++,badan rasa lemah2 n berat,jd malas itu ini,mmg kena diet utk fit-kan badan,baru cerdas sket,hihi...
take care,moga cepat3 sembuh n kembali mcm biasa ye...

Unknown said...

Azura: Thanks you.
Fith: Tini kurang air dalam badan, jadi sakit tekat & ulcer. Bila da jadi macam tu sampai tekak berdarah nak minum air pun siksa so minum sket2 bdn jadi bertambah2 kurang air, dehydrated.tini berat da biasa 50kg++ tu dari bujang lagi...hahaha..ni da ok, tp tekak sakit lagi, kalo sahur minum air sampai kembung..haha..

norem said...

Alhamdulillah..tini dah sihat, lepas ni akan igt smp bila2 betul x? Kena minum byk air masak.

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

Alhmadllh..sumenya dugaan dari Allah untuk menguji ketabahan hambanya di bulan berkat ni..
note:**pengajaran yang berguna buat diriku jua..

Al-Imran's Creations said...

takut baca cita tini ni..mmg kene paksa minum air byk2 kan..utk tenaga tini amiklah 100+ atau any isotonik drink. insyaAllah it help!

Al-Imran's Creations said...

alhamdullilah Tini da sihat. Takut baca cite tini ni. Kene minum byk air ni..n tini leh la amalkan isotonik drink. its help, bg energy!
atau bancuh je ORS minum..:)

Al-Imran's Creations said...

minum isotonik byk for energy

Unknown said...

Kak Jue, tu la..oh ye tini nak tempah tudung lagi nanti tini pm ye

Related Posts with Thumbnails