Saturday, December 29, 2012

SALAM KEMBALI

Assalamu'alaykum dear friends..

I don't know how to describe how much i really miss blogging and crafting. A lot of things going on these days and finally today I have the right time to write again. As I mentioned earlier I always want to take care of my kids by my own but I was working so that I could not do so. But Alhamdulillah, I did my istikharah and I got the sign so I submitted my resignation. For this time, I would like to focus to the family especially the kids need me. I just could not afford to miss their growing up phase anymore. I think 6 years is enough for me. I got scholarship earlier for 4 years and the 'payback' period is 4 years and I did 6 years, alhamdulillah. My work before focusing on the country's economy and the development of the industry in Malaysia.

Now, it's time for me to focus to the family. Alhamdulillah. At the same time, if I were to have some free time I'll get back to my part time crafting, insyaAllah. So friends, do give me support and ideas. I need sometime to adjust my new life. I'm looking forward for the excitement of being fulltime housewife.

Until we meet again! thanks peeps..

Monday, October 08, 2012

HELP ME TO SEW AGAIN!

I'm not requesting any capital/material investment, but please gimme some courage for me to sew again or ideas how to do sewing again, sort of come back phase..huhu~~ really miss sewing so much but do not know how to start. The last I did my sewing was before hari Raya that day. Lately, my kids are not well, batuk & selsema, baby pun da kena after 3weeks in nursery (a phase that we have to go thru) then these few days, I got these flu & sorethroat as well. But anyway, I really want to sew craft items especially bags & wristlet..maybe I should start with something simple first? or buy some new encouraging fabrics perhaps? (alasan..ehehe). Please friends, help me to sew again! Thanks peeps!

Thursday, September 20, 2012

PENGORBANAN...

Fasa yg harus dilalui oleh semua ibu adalah menghadapi sakit pening anak2. Sekarang sy agak stress sket sbb baby baru 3 minggu hantar da selsema batuk, anak2 yg lain pun da start. Tp tu la skrg musim hujan-panas-hujan, suhu tak menentu.so malam2 tido-bangun-tido kita pun rasa macam xsehat. Nasib baik bergilir2 dgn hubby.Walau ape pun, Alhamdulillah kita masih sehat meneruskan rutin harian. Saya,da keje kat bahagian baru minggu ni. InsyaAllah semoga segalanya dipermudahkan.
Ada gak kawan2 tanya saya, mcm mane saya manage dgn anak 3, fulltime keje, exclusively bf lak tu..ehe, mmg sangat amat mencabar, tambah plak keje jauh di KL, dok di Bangi. Jwpnnya adalah
berkorban. Saya kena berkorban banyak benda seperti, korban masa rehat/santai2,korban tengok tv,korban waktu tidur, korban waktu makan, singkatkan waktu masak dan sebagainya. Kalau dapat tidur 4 jam tuk mmg nikmatlah. Standard 3 jam tu pun berselang2 dgn bangun. Kalau masa baby xbatuk boleh tidur lama sket sbb ada dia bangun skali dua je tuk nyusu..
Bila da macam ni teringat zaman dulu2 mak2 kita..anak2 ramai, tadek kemudahan seperti microwave, washing machine bagai kan..Itulah namanya pergorbanan tuk anak-anak dan keluarga. Dan masa ni jugaklah kita kenal dgn suami kita. Kalau yang jenis dok saja goyang kaki lepak dgn member tu mmg takpatutlah, kesian si isteri. Kerja orang perempuan takpernah abis. Kerjasama tu penting. Alhamdulillah suami saya memahami. In fact masa interview dulu pun management tanya macam mane saya survive keje sbb dok division hectic/adhoc work with 3 kids, dan saya jawab thank God for my wonderful understanding husband. He help me a lot especially the laundry jobs, lipat kain, washing the dishes and all. Alhamdulillah.
Semoga Allah permudahkan urusan kami dan urusan anda semua juga. InsyaAllah..

Friday, September 07, 2012

BREASTFEEDING UPDATE

Alhamdulillah lagi seminggu cukup 4 bulan BF baby hanaa. Stok susu alhamdulillah masih ada lagi dalam freezer. Cuma masa kat kg masa puasa+raya haritu je stress sket sbb susu merudum, maybe sbb masa tu puasa..hujung2 puasa tu sahur pun xlalu..ehehe..bnyk jer alasan. tp alhamdulillah cukup2 je susu baby hanaa minum cuma tadek wat stok langsung lah masa kat kg tu. Another trouble masa on da way back kami singgah tidur kat kuantan. Masa tu kedai masih abnyak tutup dan kami pun xbiasa area tu. So waktu makan mama da lari, air pun xminum banyak dalam kete, skali lg susu macam x di produce bnyk sangat, bay Hanaa nangis je. Nasib baik lepas tu dia da tidur and by the time dia da bangun stok susu pun ada balik.

I'm sure org lain pun pernah mengalami situasi yang sama. Sekarang lagi lah, sy da start keje dr last week, dua kali je sempat pump kat office.dapatlah between 12-15oz je. tp kadang2 kena guna stok baru ni sbb bila balik umah terlambat sket wat turun stok lama dlm freezer tu xsempat cair sangat esoknya. So saya akan guna satu stok baru tuk baby Hanaa minum pagi2 kat taska kalo dia xsempat nyusu dulu kat rumah.

Menjahit?buat masa ni saya totally stop. Yg last saya jahit adalah baju saya dan anak2 masa before raya. Sbnrnya rasa rugi gak stop buat hobby yg kita suka. tp da namanya hobby kan, aktiviti yg dibuat pada masa lapang. Cuma skrg ni, masa lapang tu dah hampir lupus dari kamus hidup saya. Hopefully buat sementara waktu je. Ni pun berblog masa lunch hour skjp. Masa before balik kg bln puasa haritu, ada dpt tempahan baru, 200 pcs bag tp saya terpaksa tolak sbb taksempat. Org tu nak tuk nikah anaknya by december..tp still saya takberani nak commit nakbuat. Sbb bb hanaa lately suka berjaga lambat tidur, so saya mmg totally flat. Balik keje urus anak2, kol 12-1am hanaa tidur then sometimes 2 kali nyusu sometimes skali..ada gak dia bergerak2 taklena tidur ke..so pagi bangun kol 5 tu paling lambat, mostly kol 415-430 pagi sbb bb bgn nyusu. so mane tak flatnya bila balik keje tu..

Oklah, nanti saya bercerita lagi. Thanks for your time.

REALLY MISS BLOGGING..

Alhamdulillah, dpt juga peluang ni..saya rindu sangat untuk berblog, terlalu banyak cerita untuk dikongsi bersama..tp keadaan betul2 tidak mengizinkan..walaupun sudah terlambat, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Gambar raya pun tak upload. Sejak beranak tiga ni, saya mmg ada limited time sangat2..masa pantang dan cuti bersalin haritu bolehla berinternet lama2 sket..ni da start keje..

Actually masa bulan puasa haritu, kami pulang awal ke kg. Alhamdulillah dapat berpuasa dgn ma & abah bersama selama dua minggu before raya. Da lama xmerasa puasa lama2 kat kg. Anak2 pun happy balik kg, walaupun terpaksa berpenat lelah mengejar mereka berdua..

Terlalu banyak perkara yang berlaku which include a few good news happened in between before raya & after raya. Alhamdulillah syukur nikmat. Salah satunya, mungkin saya pernah kongsikan sebelum ini, masa hari ke-5 pantang, saya telah ke office untuk interview for my career advancement. Me & hubby, gi office dalam keadaan agak blurr sbb hubby pun masa tu on 7 days cuti isteri bersalin kan. Alhamdulillah just 3 days before raya, masa org tgh2 sibuk balik kg, kami dapat keputusannya. Alhamdulillah, syukur sangat pada Ilahi atas peluang yang diberikan kepada saya dan hubby...mmg rezeki tuk anak2. Alhamdulillah.

So, when I came back to the office after the maternity leaves, I came back with new environment, new position. Agak blurr jugak. Dan dalam kemeriahan menyambut syawal di pejabat, semalam skali lagi saya mendapat good news yang mane, akhirnya saya dapat peluang untuk tukar division yang mana sudah lama saya tunggu. Alhamdulillah. Penantian saya berbaloi. Walaupun I've to learn totally new things, but I'm willing to do so. Good for my career, good for my knowledge.

A very big lesson that I learnt from what had happened - kita merancang, Allah juga merancang tetapi perancangan Allah itulah yang terbaik. Alhamdulillah..

Oklah, insyaAllah I'll be writing here again, really miss all my friends here. Again, selamat hari raya, maaf zahir batin.

Monday, July 23, 2012

BAJU KURUNG KAKAK TASNIM KE-4

Alhamdulillah da siap baju kakak tasnim untuk raya tahun ni insyaAllah..ini adalah baju kurung dia yang ke-4 yg mama jahit. Practice makes perfect. walupun xperfect mane, tp saya puas hati dapat jahit baju ni. Alhamdulillah masa yg diambil pun taklama..ehehe..sama macam dress adik kain ni..suke sangat kain bunga raya bunga kebangsaan ni. Looking forward nak jahit something else for her..saya kena banyakkan baju2 sopan for her. Tp haritu actually da terbeli dress banyak gak tuk dia..rasanya lps ni kena jahit lagi banyak baju kurung atau tunic dress sbb dia kena pakai baju camtu baru la bersopan santun sket..kalo pakai jeans..hmm.. mcm abg jadinya.


MINUM AIR 3 LITER BLN PUASA

Bulan puasa ni memerlukan energy,apatah lagi bagi ibu2 di rumah dan menyusu baby. Sebelum ni saya xpernah bf dalam bulan puasa, maybe masa tasnim dulu sket2 je sbb masa tu dia da setahun, banyak campur. Tp alhamdulillah baby Hanaa ni skrg 2 bulan, fully bf. Bulan puasa ni saya direct feeding je, sbb malas nak turun bawah pump, cuma semalam saya pump gak sbb dia tido lama sangat, da bengkak. Good thing, sambil full direct feeding sambil mama wat stok. Tp mama kena giat train dia nanti after raya, a week before masuk taska tuk minum EBM balik. Actually haritu ada gak ajar minum EBM dgn botol dan dia ok, tp bila da masuk 2 bulan ni dia mcm reject terus EBM..nak direct je. Sian tengok nangis merah muka..akhirnya mama mengalah..

Oklah, nakciter pasal minum air ni. masa xpuasa haritu of course dapat minum 3 liter, no excuse..in fact lebih je selalu. Sbb kita makan, so kita kerapla minum air. Tp tuk blh puasa ni ada 2 waktu je yg kita bebetul minum.Satu masa sahur,satu masa berbuka. Kalo mkn bnyk, mesti tak dapat minum 1.5-2 liter air. Kalo dulu mmg saya takleh sbb nafsu mkn tu bnyk..tambahan plak balik keje kadang2 beli kuih member kat office ke kan..kali ni saya dok umah lagi menghabiskan sisa cuti bersalin ni..dan alhamdulillah saya boleh minum air at least 3 liter sehari..mostly more..camne saya wat?

Actually before puasa haritu sy da start minum herbalife tea mix. bg saya sedap sangat. campur sket je dalam bekas air, just bg rasa sket2 je. Dan saya minum suam. Alhamdulillah, setakat ni blom minum lagi ais ke air sejuk dlm peti. tahlah, tak rasa nak..saya rasa air suam adalah sangat sedap!selain bg rasa hangat badan, boleh membuat kan kita rasa nak minum dan minum dan minum. Mmgla minum ais tu rasa hilang dahaga, tp yerlah kalo da hilang dahaga kita stop minum, so kurangla air yg diminum kan. Dan mostly ais ni mesti diminum dgn air manis..kebiasaannya lah kan.. Biasanya lepas mkn kurma, saya akan minum dulu air suam teamix ni. Tawar tp so refreshing. Dan kita pun tadeklah makan bnyk sangat kan.. (hmm kalo xkurus lagi taktahulah mama..ehehe)

Kesimpulannya macam tulah..masa berbuka biasanya saya boleh minum 2L lebih, dan sahur paling banyak 1.5-2 liter, alhamdulillah..semoga saya xboring minum air suam, insyaAllah..

Friday, July 20, 2012

HANAA 2nd DRESS

I'm so addicted sewing kids dress..wohooo...kain banyak lg yg cun2, tunggu masa je. tp lately ni suka tengok kain hijau..ehehe..I like the combination..ehehe..

Thursday, July 19, 2012

HANAA 1st DRESS

Actually dress ni siap da lama, baru ada masa nak mengupload gambar..percubaan pertama jahit dress hanaa..ehehe..kain ni da lama beli, masa kakak tasnim kecik lg kot..tak terbuat ape..tp kualiti kain cotton vietnam ni mmg cantik dan tahan, warna tak luntur. Dulu ada jual sket, ni ada balance blh wat dress hanaa..baju kurung kakak tasnim in progress..thn ni tema hijau lagi, mcm 2 yrs ago..tp ni tadeklah plain sangat..saya ikut pattern baju siap, terjemahkan ke atas kertas dan potong kain.

Kalau perasan depan tu ada pink lace macam kat bawah tu..sbnrnya ini tidak dirancang..tapi saya tersalah gunting kain ke, pattern saya lukis silap ke ape terbelah gak tengah tu..so godek2 laci jahitan ada jumpa lace ni da lama beli tak wat ape..so saya fikir lah kreativiti letak tgh tu, dan letak gak kat bwh dress nak suh nampak seragam..ehehe..


all in all saya amat berpuas hati dgn first dress ni dan oleh yg demikian, saya da siap satu lagi dress tuk hanaa...alhamdulillah..nanti saya upload yer..rasa puas hati sangat dpt jahit baju tuk anak2..

Tuesday, July 03, 2012

GUNTING AJE DULU..JAHIT NYA BILA?

Lately ni saya banyak melayan baby sbb dia da pandai main dan dah pandai nak bermanja (a.k.a nak beriba..huhu) tp saya tak lepaskan mane2 masa yg terluang. Saya dah mula gunting kain tuk wat baju raya my both girls and surprisingly saya da boleh ukur & gunting sendiri baju kurung pahang tuk saya. ikut pattern baju beli siap taklama dulu..ehehe..tp xsempat nakgi hantar jahit tepi lagi.

Saya juga ada potong satu dress tuk baby Hanaa, kain sama dgn baju kurung kakak tasnim. Ingat nakwat baju kurung gak tuk baby, tp takut panas plak..lagipun masa raya nanti dia baru 3 bulan..ehehe..

Harini da 47 hari, rasa cuak plak nakmasuk 2 bulan, nanti 3 bulan nanti da abis cuti..uwaaaaaaaaa... bila la akan tiba lagi nak bercuti 3 bulan ni.. entah kunjung tiba ke tak..ehehe..

ni yg dress baby..yg baju kurung lupa plak nak amik gambar..tunggu siap nanti yer..


Wednesday, June 27, 2012

BREAD-MAKER PUNYA PASAL


Sejak dok dirumah ni, saya suka memasak. Looking forward nak masak ape especially untuk hubby balik keje nanti. Padahal hubby da cakap takyah masak makan malam takpe, dia beli lah tuk budak2 makan sbb hubby da kurang makan malam. Lgpun dia tanak susahkan saya kat rumah ni, berpantang & jaga baby. Tp saya amik peluang ni nakwat ape2 yang saya jarang wat masa time keje. Salah satunya cook dinner. Dulu masa keje jarang makan heavy, takpun beli je. Saya mmg wajibkan anak2 makan malam walaupun diorang da makan siang kat skolah, tp saya tahu diorang mesti lapar malam nanti. Snng je nak cam, kalo diorang tak dinner, tidur nanti mesti 1-2 kali bangun nak susu. Kalo da dinner, sket pun takper diorang hanya minum susu before tidur dan bangun tidur before gi skolah tu.
Anak2 saya suka makan roti, especially roti+sosej+sos atas tu, roti inti kacang merah dan juga donat. Kebetulan adik ipar datang haritu cakap pasal wat2 kuih, kek roti ni..so we talked about breadmaker. I did some surveys, I found out Cosway ada jual breadmaker ni, member pun cakap. So, last weekend ajak hubby gi cosway jap, tuk jadi member. Boleh redeem redemption point sket+Rm299 boleh dapat satu breadmaker. Tp saya blom beli lagi. Tunggu sket lagi bila da blh bawak kete, nakgi beli lah. Nakgi beli dgn hubby susah sket lah nak tunggu weekend anak2 ada. Tadek orang nak tolong pegang baby, nak melayan duaorang kakak abang tu lagi, nanti mama tak focus penerangan jurujual kat Cosway tu nanti.
Hmm..bila pk2 balik mane nak jaga baby, mane nak menjahit, mane nak buat roti. Padahal haritu sempat je wat kek coklat..sian Fahmi da lama mintak mama wat..ehehe.. mmg terlalu banyak menda nakwat kat rumah ni. Tp saya berjanji pada diri saya nak wat semua menda yg termampu dan yg da lama saya idamkan cuti yang panjang ini. Next time tatau dapat ke tak lagi peluang cuti lama macam ni..
Nanti saya godek2 balik camera saya, so hopefully next entry adalah sket gambar2.. boring tadek gambar ni..ehehe..take care..

Tuesday, June 26, 2012

IMPIAN MASA CUTI PANJANG..

Dulu masa before+masa pregnant selalu berangan nakwat macam2 bila da bersalin dan bercuti panjang (3 bulan) lps pantang nanti. Harini Alhamdulillah baby da 40 days. Actually masa before 40 days pun saya da wat macam2..contohnya, day 5 – da pergi interview tmpt saya keje for career enhancement la kononnya kan. Tatau dapat ke tak sbb compete dgn ramai senior2. Kalau ada rezeki adalah. Saya rasa saya da cuba yg terbaik, yerlah masa tu baru 5 hari bersalin, jalan pun slow2 lagi. Study?jauh skali..masa tu tgh adjust timing nak pump susu, nak sesuaikan dgn beranak 3 and so on. So masa gi interview tu tawakkal jerlah..ehehe..

Sekarang ni pun saya da ada mula menjahit sket2. Bukan jahit mesin lagi..just jahit tangan je. Nak mengait tadek kemahiran, xsempat belajar.. Nanti sy share ape yg saya jahit tangan tu. Mmg sy da standby material masa before bersalin lagi..

Saya juga da mula masuk bilik jahit balik (in fact now blogging dari bilik jahit) sementara baby hanaa tgh tido ni. Saya da mula usha2 kain yg nak dijahit sarung bantal. Da quite sometime saya tak jahit sarung bantal. Haritu masa pregnant, ma kat kg tolong jahitkan sbb saya beli kain tapi xsempat nak jahit sarung bantal. Yang lama2 saya nak buang atau kalau bibik part time yg bersihkan rumah saya tu nak, saya nak bagi dia. Sarung bantal ni kena banyak dan skrg penggunaan bantal makin banyak sbb Tasnim suka ikut Papa tidur 2 bantal, pastu kat bilik guest pun saya sudah letak banyak2 bantal sbb lately ni kerap dapat guests in a big group. Alhamdulillah..saya suka kalau tetamu datang sbb teringat ustaz ajar, tetamu datang bawak rezeki dlm rumah kita, insyaAllah. So saya berangan, sambil2 jaga baby hanaa saya nak gunting kain tuk wat sarung bantal tu. Later bila da boleh menjahit saya nak jahit lah. After 60 days da boleh kot kan menjahit?

Saya juga dok usha2 kain nakwat baju raya kakak Tasnim. Da ada dah kain cotton Vietnam lagi mama pilih (ecece, macam pilih kain kat kedai la plak) tp jgn tatau bilik jahit saya ni banyak sangat kain, mostly in a small measurement, ngam2 nakwat baju budak2. Baby Hanaa?hmm..mula2 plan nakwat baju kurung..tp nanti sian dia panas plak sbb nanti dia baru nak masuk 3 months masa raya nanti. So pakai baju biasa jer la. Mama pun excited nak pakaikan baju yang orang dok kasi masa lahir haritu. Banyak sangat. Alhamdulillah, rezeki baby.

Oklah, kalo dok bilik ni berejam2 pun takkan habis aktiviti saya disini. Nak wat keje lain lak. InsyaAllah jumpa lagi di next entry.

Monday, June 25, 2012

JATUH CINTA

Alhamdulillah sehari dua lagi Hanaa cukup umur 40 hari..masa cucuk sebulan haritu alhamdulillah berat gegurl da 3.8kg, almost 1kg naik dari dilahirkan. Hopefully baby akan terus menyusu dengan jayanya susu mama ni sampailah naik berat dgn cemerlang..saya mmg target nak susukan until 2 yrs, tp kalo dapat first 6 months ni pun mmg syukur sgt2.

Cakap pasal jatuh cinta ni, saya rasa saya da jatuh cinta duduk di rumah sebagai suri rumah sepenuh masa. Honestly, looking forward the next day tuk wat keje rumah. Penat mmg penat, kadang2 rasa nak bergilir2 dgn org tuk pegang baby especially time dia tanak tido kan. Tp managed to go thru day by day. Saya jenis takbiasa tidur siang, so bila anak tidur pun saya takleh tidur, kalau terlelap pun paling lama 10 minit. So, that's why malam tu terus tumbang..ehehe.. standby baby bangun nyusu malam2, 3-5 times kot. Biasalah BF ni dia cepat lena & lelap padahal lom kenyang lagi..

Alhamdulillah, both kakak Tasnim & Abg Fahmi give a good cooperation, walaupun kadang2 kena jerit gak baru nak dengar. Tp so far diorang happy dgn baby baru. Hari2 mesti 1-2 kali diorang nak riba. Yang terharunya, everytime sblm riba both akan baca bismillahirrahmaanirrahim. Sweet je.

Ok, till then, nanti nak share few other posts later.

Wednesday, May 30, 2012

DAY-13

Alhamdulillah, harini hari ke-13 berpantang. Mama & baby sehat-sehat aje. Hanaa banyak tido lagi..sentiasa kena kejut tuk minum susu..mlm ada berjaga sket2 je, Alhamdulillah, semua dipermudahkan Allah. Saya beruntung ma saya boleh temankan saya dari day one lagi sehinggalah harini. Ma saya banyak membantu uruskan baby, especially tang mandi baby tu saya gerun sket..ehehe..maybe minggu depan da kena mandikan sendiri kot..

Meh saya nak kongsikan pengalaman bersalin kali ni untuk anak ke-3 ni. Saya rasa baby Hanaa ni pemalu sket, dia kuar lambat sket, I mean mama dia ni sakit yg selang 5 minit skali tu nearly 24 hours. Actually on 17th May tu, my birthday. Pg ada checkup baby tuk 39th week, doktor agak hairan gak sbb saya tak rasa sakit sket pun padahal abg & kakak dia dulu lahir 37-38 weeks. So doktor saje usik jalan sket sbb baru buka 1cm. Then check contraction macam ada sket sangat. So doktor suh balik dulu. Kol 2 petang saya start sakit 5 minit skali. Kol 630pm saya warded. Masa tu jalan baru buka 2cm. Alhamdulillah, hubby dpt berada sepanjang masa dgn saya, anak2 sepupu hubby tlg amik & jaga kat rumah dia. Then kol 3 pagi nurse check jalan baru buka 3 cm.Malm tu mmg saya takdapat tidur sbb contraction kerap tu. Kol 12 tgh hari baru doktor pecahkan ketuban. Jam 350ptg baru saya selamat melahirkan seorang lagi puteri, Dhiyaa Hanaa. Alhamdulillah. Then 530ptg tu mak saya sampai kat hospital dgn Abg long & Family. Ucapan syukur tak putus2 kuar dari mulut saya, Alhamdulillah..mama & baby dalam keadaan sehat dan ma pun selamat sampai ke KL..sian ma, terpaksa naik bas tambahan gara-gara tiket bas habis sempena perlawanan bola sepak Red warriors & Sime darby haritu..kuat semangat bola sungguh oghe kelate nih..

InsyaAllah saya akan berpantang dan bercuti selama 3 bulan. Boleh rehatkan diri dari keje2 kat ofis, spend masa dgn baby and anak2..Alhamdulillah Ya Rabb atas nikmat yang dikurniakan ini. Alhamdulillah.

Tuesday, May 22, 2012

ALHAMDULILLAH..ANOTHER GIFT FROM ALLAH..

Alhamdulillah, I safely delivered a 2.95kg baby girl at Annur Specialist Hospital, Bangi on 18th May 2012, a day after my birthday. Another gift from Allah S.W.T. Baby and mommy are in a good health. Photos - credit to The Photolicious


Introducing, after 4 days..our Dhiyaa Hanaa..





Tuesday, April 24, 2012

TASNIM SI KAKAK ULTRAMAN..huhu

Me: Siapa nama kakak tasnim?
Tasnim: Saya!! Kakak Ultraman lah..
Me: (Aduuhh)

Itulah jawapan Tasnim sekarang, dia adalah kakak ultraman. Takde orang pun yang menggelarkan diri dia macam tu, dia sendiri nak nama tu..huhu~~

Lately ni saya suka kalau dia pakai baju kurung sbb she'll behave so sopan santun. Tambah plak pakai tudung syria (lupa lak nak amik gambar). Tapi baju kurung dia yang boleh muat ada satu ni je lagi. tu pun tangan da pendek da..bila la mama blh wat baju kurung lagi ek..agaknya bila da lepas pantang nanti kot insyaAllah.

Walaupun Tasnim sekarang agak ganazz selalu abuse abg Fahmi dia, tapi Tasnim ni tersangatlah rajin tolong mama lipat baju & siap boleh susun masuk dalam drawer masing2 lagi (drawer dia & abg Fahmi). So tak sia-sia papa beli drawer baru yg rendah sket so dia boleh masukkan baju2 tu semua. Kalau dia lipat baju, mmg perfect, siap terbalikkan dgn betul, dan akan selitkan seluar/skirt pasangan yg betul dgn baju yang dilipat. Tak sia-sia mama ajar macam tu sbb easy nanti nakmasuk dalam beg taska.

Malam2 plak kakak tasnim akan jadi 'pengawas skolah'. dia akan pastikan pintu master bedroom yang kami tidur ni berkunci. Kadang2 dua kali dia gi check sama ada dia da tekan tombol tu ke tak, so sweet..then dia akan pakaikan mama stokin since dia da nampak lately ni papa pakaikan mama stokin malam2 takut mama cramp kaki. Alhamdulillah. Walaupun dia baru berumur 2 tahun 7 bulan, tp dia da banyak tolong mama. Tp adakalanya dia wat perangai nakwat sendiri menda bukan2 (especially nakwat susu sendiri), mama geram gak dgr volume tangisannya tahap kelima tu..tp yerlah, nama nya budak2 kan. Hopefully Kakak Tasnim akan lebih matang bila kelahiran adiknya nanti, insyaAllah..



Wednesday, April 18, 2012

JAHIT-JAHIT SIMPLE AJE...

Memang da agak lama saya tak buat entry apatah lagi menjahit. Tp last saturday, about less than 10minutes saya buatlah satu table runner ni nak letak atas drawer baru baju anak2. Actually drawer & cupboard cartoon da ada tuk depa kat atas, ni yg kat bawah..senang nak grab takpayah turun naik. Dulu letak dalam bakul je, kalo 2 bakul ok lagi bilik guest kat bawah tu, tp skrg ni sbb tumpang baby cot letak situ untuk tujuan pantang nanti, bertambah plak lagi satu bakul, bilik tu agak menyemak. So letak drawer baru ni kat tepi dinding je.

Buat guna heavy cotton je, different design, in case kalo bosan tengok corak ni tukar corak bawah plak..(padahal kain corak tu ngam2 je ada..ehehe)



opps, hiasan fabric kat wall tu pun sendiri bikin dulu2..ehehe..

SI DIA MENJAHIT, SI DIA MENANAM..

Ecece..tajuk macam ayat tadek keje la plak..tgh2 tension wat input tuk international magazine ni kita merayau kejap ye..lgpun da nak lunch hour ni..tak keluar pun..

Anyway, layanzz gambar tanaman hasil usaha hubby ni..kalo sy suka menjahit, dia plak suka gak menanam ni..

sorry gambar terbalik..bendi ni sedap sangat, tadek chemical kan..makan pun fresh je..biasa saya celur je atau masak tumis dgn ikan bilis/udang kering dgn cili padi dan bawang putih..kadang campur belacan..huhu~~ makan dgn nasi panas2..cukup2 tuk 2 org mkn..kadang2 takcukup gak kalo kuar sebijik je..huhu~~

belakang bendi tu ada pokok lengkuas & kunyit,kalo rajin gali ler, kalo nak urgent & malas nak gali kadang2 beli gak la jawabnya..


kacang panjang ni sama ada makan fresh gitu cicah budu atau masak macam bendi tadi..ada wat sayur lemak putih campur dgn sayur lain..cukuplah setakat me & hubby je..


ni mmg wajib guna kalo masak tomyam.nakbeli kat kedai pakej dia bnyk helai kan..kadang2 bukan bnyk pun guna, the rest membazir, yela bkn hari2 masak tomyam kan..



daun pandan & pegaga..pandan tu pun da buang separuh, semak sbb terlalu subur mencanak naik daun2nya..pegaga wat ulam je..hubby suka..


ni plak deretan lidah buaya..ada lagi sederet on the other side, da berapa orang datang nak pokok ni sbb subur sangat, kami bg dgn pasu2 skali..berguna bila time anak demam kan..kalo ma saya datang pun dia suka guna ni tempek kat muka..


ada lupa nak amik gambar kat luar pagar ada dua rumpun serai..subur dan gemok2, jiran2 selalu gak amik wat masak2..kitaorang lg suka sbb bkn hari2 masak guna serai kan.. berbudi pada tanah ni untung, dapat hasil..boleh lah jimat sket2 selain puas hati dapat makan yg tanam dgn tangan sendiri,tak letak racun bagai..ni baru tanah sekangkang kera, kalo tanah luas lagi insyaAllah lagi banyak ditanamnya ni..

ok..thanks peeps for reading..

Thursday, March 22, 2012

ULTIMATE GOAL

Makin dekat tempoh nak bersalin ni, makin melilau fikiran saya..macam2 terfikir future planning. Ecece, macam planning department nakwat akta la plak..ehe.. bukan ape, saya tak betul2 settle down lagi. Mmg lah saya da ada kerja, saya da ada rumah sendiri dan sebagainya, tapi saya punya ultimate aim adalah menguruskan anak2 sendiri 24/7 tp at the same time, I have something to do, yg generate income tu adalah di alu2kan. Seperti yg korang sedia maklum, saya mempunyai minat yg mendalam (mendalamlah sangat tu) dalam bidang kraf & jahitan. Cuma buat masa ni, ianya sekadar hobi dan tak dinafikan boleh gak menambahkan pendapatan serba seciput. Dan waktu saya buat masa ini amat terbatas sbb saya fulltime keje. Balik kerja da penat, cukup dgn melayan anak2 je. kalau dulu, anak2 tidur saya boleh melayan menjahit, tapi lately (maybe sbb tgh sarat pregnant anak ke-3 ni) saya cepat letih. Lagipun doktor cakap hemoglobin saya rendah, mmg badan cepat lesu.

Kadang2 saya berangan, kalau dapat durian runtuh (pokok durian pun taraaakk..ehe), saya ingat nak berhenti kerja dan tumpu pada family & hobi saya je. Tp tu lah, sbb saya da terikat dgn komitmen, kena lah tunggu sampai abis la kot. Kalau dapat jaga anak sendiri, lebih memberi kepuasan kepada saya. Terpulang pada individu, ada yg suka pada kerjaya dan pada masa yg sama bijak membahagi masa untuk anak2. Ada yg suka kerja yg fleksibel (ada business sendiri boleh la kot kan..) Saya pula, belum ada peluang. Tapi jauh di sudut hati saya, alhamdulillah saya dapat merasai alam pekerjaan, ibu berkerjaya dan insyaAllah peluang utk ultimate goal saya akan datang, masa yg menentukan.

InsyaAllah, kita merancang, Allah juga merancang.. namun perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Amin.

Wednesday, March 21, 2012

ADAKAH ANDA INGIN BERSALIN DI RUMAH?

Itu adalah soalan yang ditanya kepada saya masa saya nak bersalinkan Tasnim dulu..ni nak cerita pengalaman bersalin anak kedua, rentetan entry kisah saya bersalin anak first haritu..masa tu bulan puasa, due tasnim dekat2 raya gak sebenarnya..so saya balik kg awal sket. A day before saya bersalin tu, ada 2 orang nurse klinik desa datang rumah saya. Diorang ada rekod saya since saya da balik awal, saya da wat checkup kat klinik desa berdekatan rumah ma saya. Masa diorang tanya tu, saya macam teragak, sbb adik tgh amik UPSR, nanti pengsan diorang dgr saya jerit, takleh baca buku. Dahla esoknya tu hari last.

Then diorang tukar offer, nak bersalin kat klinik desa tak? Saya tanya kenapa. Rupanya salah sorang dari mereka tu da staffnurse tp lom jadi bidan. nak complete jadi bidan tu kena sambut satu kelahiran, macam tu lah lebih kurang bunyinya. Saya pun kata nanti saya fikir dulu.

Keesokan harinya, jam 3pm masa tu saya sdg berfacebook..tiba2 rasa macam contraction yg kuat sangat. Then saya call hubby suh standby balik. Hubby nak apply cuti tp bos dia tak bagi sbb kata saya blom bersalin. Then kol 330 pm saya gi klinik desa tu dgn ma & abah. Fahmi pun ikut skali..ehehe. Then nurse kata saya da buka 2cm, confirm bersalin harini, boleh suruh hubby balik..nurse suh balik saya buka puasa dulu, diorang pun nak buka puasa gak, then datang balik lepas magrib or isyak.

So, saya apa lagi dgn confident suh hubby balik without applying leave. Tawakkal je. Dia takboleh beli tiket kat KL Sentral da, kena gi LCCT terus. Dgn sehelai sepinggang dia pun gi LCCT naik bas tuk naik flight ke KB. nasib baik tiket masih ada. Kebetulan plak hari kejadian tu dia keje naik komuter, kunci kereta tinggal kat sepupu..so dia gi amik kereta kat parking komuter. Flight dia dalam kol 8 lebih macam tu kot. Berbuka dgn roti je katanya..ehehe..syian hubby.

Dalam kol 840 pm macam tu saya rasa contraction lagi cepat dan cepat. So, ma & abah dan tidak ketinggalan gak Fahmi datang ikut skali ke klinik desa tersebut..masa tu saya dah takpk nakgi HUSM ke ape, terus gi klinik desa tadi je..macam tawakkal gitulah..ehehe..

Then kol 950 pm hubby da sampai dari airport, abah & Fahmi gi amik. Masa tu saya kat klinik desa dgn ma.lama borak2 dgn nurse. Sambil2 melayan sakit contraction salah sorang nurse yg da expert 9 thn sambut kelahiran orang kampung tu ceritalah pengalaman dia sambut baby dalam motor bot lah, dlm ambulan lah, musim banjir lah..mcm2 cerita sbb dulu dia ditugaskan di pendalaman. Hubby mula2 datang tengok saya dulu then depa semua balik sbb semua lom makan nasi lagi, kelam kabut. ma & abah pun jamah kurma & kuih je masa berbuka tadi.

Then dalam kol 11pm tu saya minta nurse call hubby saya da tak leh nak bercakap dok tahan sakit. Hubby & ma sampai. Fahmi dgn abah tunggu kat luar bilik kat klinik desa tu. Dgn ma & hubby dan dua orang nurse tu dok picit2 dan berada disisi saya, saya kurang sket sakit, special treatment gitu, kat labor room mane ada..hihi..yg saya tabik spring adalah, nurse tu guna jam randik je nak check tempoh contraction saya tu.takde mesin CTG bagai, saya pun hanya baring atas tikar getah atas lantai papan klinik desa.

Alhamdulillah, kol 1140 pm saya selamat melahirkan seorang puteri, Damia Tasnim pada 090909, bersamaan 19 Ramadhan..syukur anugerah Allah yang tidak terhingga, lahir di bulan Ramadhan Al-Mubarak..ni induce, no ephidural..nothing, sampai tadek ubat bius pun untuk jahit. Tp masa jahit tu, hanya Allah yang tahu, siksanya kena jahit hidup2..suara saya serak menahan rasa sakit. Tp bak kata nurse, tak bius lagi cepat baik dan saya harus mengakui kebenarannya. 3 hari saya da berjalan elok je. sbb katanya daging tak bengkak, kalo bius daging bengkak..

Dua jam kemudian saya pun da tak pening da, siap nurse da basuh bersih2 uri, kami pun pulang. Saya kena menuruni tangga klinik desa itu dgn penuh hati2..alhamdulillah.tak keluar duit walau satu sen pun..iyerlah ribu riban pun sakit nya sama gak kan..

Tp tulah, kali ni plan nak bersalin kat Bangi, so macam kena bersalin kat An-Nur je, sbb da wat checkup kat situ kan..insyaAllah ada rezeki nak bersalin kat An-Nur..doakan saya dipermudahkan untuk bersalin anak ketiga ni. Amiin..

Tuesday, March 20, 2012

BACA NOVEL LA PULAK...

Mengandungkan anak ketiga ni, saya ada aktiviti baru iaitu baca novel. Sebenarnya saya bkn seorang pembaca novel tegar, tp haritu my sister in law gave me a novel, Gemersik Kalbu, kebetulan masa tu cerita tu tgh hot kat tv. It took me about 2 weeks kot nak abiskan sbb saya jenis takleh baca sampai habis, just baca masa boring, atau masa free, atau masa melayan mood swing orang mengandung ni.

Ada org pernah cakap dgn saya, kalau baca novel ni lagi feel lah, lagi bestlah and what not. Tp saya ni bukan jenis bg penghayatan sangat kot, tak pernah menitis air mata baca novel..hehe, filem atau drama lagi feel sbb ada muzik iringan atau lagu2 syahdu yang sedih2 tu kan.. tp dalam tak menghayati tu saya da ada dalam 6 novel kot termasuklah,Ombak Rindu, Bicara Kalbu, Dingin Salju Indiana dan yang paling latest hubby belikan Kasih Yang Suci yg cerita Nora Elena tu..mmg tak dinafikan, jalan cerita novel lebih menarik,tp sy punya feeling tu macam kurenglah..tp saya amik yang positif jerla, especially pasal rencah kehidupan berumahtangga ni..ada gak pengajarannya..

Kalau ada sesiapa yang boleh suggestkan novel2 yang menarik, bolehlah suggestkan ek, saya cuba usahakan mencarinya..ehehe..

Friday, March 16, 2012

PENGALAMAN BERBEZA-BEZA

Masa saya mc lama haritu, ada beberapa kali saya rasa macam ada contraction. Tiba2 ini mengimbau kembali saat saya melahirkan both Fahmi & Tasnim. Tapi ni saya nak share two different experience yang menambah rencah perjalanan hidup saya sebagai seorang ibu.

Ramai orang yg tend to choose tempat yg sama tuk bersalin anak kedua, ketiga dan seterusnya sbb maybe da selesa dgn seseorang doktor tu. In fact last checkup ada sorang makcik ni sat next to me. Masa tu dia tgh tunggu anak dia abis checkup. Macam ni lah perbualannya lebih kurang:-

Makcik: Adik dok kat mane?
Saya: Kat bangi ni je. Makcik dtg checkup anak ke?
Makcik: A’ah, tgh tunggu dia ni.
Saya: Dok kat mane?
Makcik: Kuantan
Saya:Owh, makcik dok Kuantan..anak makcik?
Makcik:Eh tak, kami semua dok Kuantan. Tp setiap kali bersalin (ni yg ketiga) mesti cari Dr. Kamsiah kat An-nur ni.
Saya:Jauhnya datang checkup. Kat Kuantan tadek hospital pakar O&Gke?
Makcik:Ada, mula2 checkup sana, tp time dekat2 nak bersalin datang An-nur. Kami menyewa rumah kat Teras Jernang sampai anak makcik bersalin nanti. Then suami dia datang amik lah dari Kuantan.

Then, anak dia keluar so diorang pun bergerak nak ke kaunter ubat. Saya pun terimpress jugaklah dgn cerita makcik tu. Sampai tahap macam tu skali ek. Tu lah, setiap orang lain kehendak dan kepuasannya.

Anyway, saya pulak ikut keadaan dan kesesuaian.

Anak pertama:

Masa tu bulan puasa, due nearly 2 weeks after raya. Tp saya sbb first baby and time raya pulak, so decided nak bersalin kat kg di Kubang Kerian. Hubby sent me two weeks earlier before raya. I took early annual leaves. Tunggu punya tunggu tadek plak bersalin. A day before raya tu hubby da balik kg saya tuk beraya lah. Baby nak gak tunggu Papa dia..ehee..masa tu nearly 12pm saya rasa contraction. Hubby & my dad terus hantar ke HUSM sbb saya pun takreti nak budget rasa contraction level mane anak akan kuar. Then, masa check jalan tu, jumpa classmate lah plak, masa form 2 kami mmg agak baik & sekelas. Da jadi doctor lah member ni..dia yg check jalan. Of courselah perempuan ye sbb saya dulu skolah girls je.hehe..Then saya kena masuk ward biasa dulu sbb baru buka 2.

Masa tu orang kat sekeliling saya mostly yg ada masalah masa pregnant, bkn yg tgh tunggu time nak bersalin. So saya sorang jer terguling2 sakit contraction, sambil nangis. Hubby & parents takleh masuk. Siap ada sorang nurse tu marah saya kenapa menangis ni, awak nak bersalin lambat lagi tau, tgh hari esok baru bersalin..huhu~~sedih sorang2.. Tp masa magrib tu hubby curi2 masuk (tah ape dia ckp kat nurse sampai lepas masuk) bukak puasa dgn saya (masa tu saya da bukak awal da..ehe) sbb saya nak sgt minum air tebu & ikan percik. Then saya gi solat terbongkok2..tetap kutunaikan solat yg wajib itu, Alhamdulillah.

Then dalam lps isyak macam tu nurse da minta suami saya keluar sbb dia perasan macam ada orang tunggu saya. Sblm tu dia tak perasan sbb saya adalah pesakit yg kat border sebelah, katil dua row panjang tu, saya sorang je kena dok situ. So hubby keluar dok kat bilik menunggu. Then lepas tu saya start cirit birit 3-4 kali, tatau nape. Then lepas tu da ok. Tp contraction makin kuat. Kol 2am ada nurse datang tengok saya dok terguling2 sakit. Ni nurse shift lain, baik sangat. Dia kata: dik sakit sangat ke? Jom kita gi bilik check jalan dulu ye.

Then bila gi check tu jalan da bukak 4, dia kata jom masuk labor room. Masa tu call hubby suh standby. Then masuk labor room kol 230 pagi. Saya ckp kat hubby jgn call ma & abah lagi. Tp padahal masa tu hubby tgh tulis sms kat abah. (padahal abah bkn baca sms pun..ehe). Tp sebenarnya masa tu my mom tak tidur pun, tgh solat sunat. Dia terdengar bunyi sms tu, tp dia pun jenis tak baca sms gak. Then kol 3am hubby call, ma angkat. Masa tu saya da bersalin.

Alhamdulillah. Anakku lahir pada 3am, 1 syawal. Sempat lagi bayar zakat fitrah before solat sunat hari raya tu. Yg bagusnya doctor suh hubby saya azan masa baby kuar terus azan, then lepas tu baru bersihkan baby. Sbb dia tanak baby tu dgr perkataan lain dulu sblm dgr kalimah Allah..Then settle jahit semua (oh ye, jahit half bius jugak, tp masih terasa simpulan benang itu..), then nurse tolak saya & baby ke ward. Masa tu lalu tepi corridor kol 5 am angin pagi sejuk sangat, sambil sayup2 dgr suara orang bertakbir dari masjid berdekatan. Ya Allah, rasa penuh rahmat pagi syawal. Taksemua orang dapat peluang macam tu. Saya bersalin awal 13 hari awal dari due date. Tgh hari tu ramai datang melawat, beraya dihospital. Lagipun tu cucu lelaki first ma & abah, dan cucu pertama dalam keluarga hubby.

Panjang lebar la plak bercerita. Tuk pengalaman anak kedua, totally different. Nanti saya sambung next entry plak ek.. thanks for reading..

Wednesday, March 14, 2012

MORE BEDSHEETS & PILLOW CASES FOR THE BABY...

Selepas wat lapik baby/toto haritu, saya ada wat lagi beberapa item including pillowcases and bedsheets..corak kain main amik je mane2 kain yg available yg sesuai..actually ada beli kain baru dua set lagi tp sbb ni da boleh guna, saya pun habiskan mane2 kain yg ada dulu..color yg ada mostly ceria..nanti saya upload lagi yg buat dari kain ikea plak..ehehe..


Saturday, March 10, 2012

ROMPER and FELT

A gift for a friend for her newborn baby girl..

Thursday, March 08, 2012

DUGAAN LAGI BUATKU....

Harini hari ke-4 saya berehat dirumah..alhamdulillah, out of those, 2 days hubby took leave alternately to be at home..On monday, a had a minor leaking..dua kali pregnant sblm ni, saya takpernah pecah air ketuban masa nak bersalin, mesti nurse pecahkan masa nak bersalin tu..tp haritu ada cecair jernih meleleh turun. saya terus jumpa pakar, dia amik sample and bg saya mc one week.alhamdulillah, saya berehat je kat rumah. ini mungkin kesan dari jatuh haritu..lgpun haritu baru pindah office baru, banyak tunduk2 bangun mengemas.

Anyway, alhamdulillah sepanjang ni saya berehat je, hubby tak bg wat keje. tp saya gatal tangan, paling lama saya terlelap pun stgh jam, takbiasa tidur siang. setakat baring2 baca novel (hobi baru..ehehe) dan tengok tv..lipat kain, belek2 barang baby, etc.

Oklah, monday nak kena follow-up, kalo tadek ape2 kena gi keje lah..oklah nakgi makan sket, macam lapar da plak..take care all..

Tuesday, February 28, 2012

MAAFKAN MAMA..SEMOGA KAMU BAIK-BAIK SAJA ANAKKU..

Mama minta maaf, mama terjatuh hari khamis lepas.
Masa tu actually keluar lif nak ke tempat parking.
Mama terserempak dengan Papa, so kami beriringan berpaut lengan ke kereta.
Tp bila da nak dekat kereta tu ada banyak kereta2 parking so mama kena masuk celah2 tu sorang sbb sempit.
Nak dijadikan cerita, ada hamba Allah tercicir cekodok/kuih/pie ke ape.
Kuih tu macam da lembik. Mama taknampak sbb basement parking agak gelap.
Tanpa sempat berbicara sepatah, mama terjatuh gedebuk sbb licin sgt.
Kaki cramp habis, tp alhamdulillah takde bleeding atau kuar air ke ape. Cuma air mata berderai2 menahan sakit.
Then terus gi scan kat klinik, doktor kata baby ok sbb fully protected dgn air dalam perut.
Alhamdulillah, ucapan syukur tidak henti2 mama ucapkan, air mata mengalir.
The next day mama diurut, sebab kaki macam sedikit terseliuh..

Harini, selepas 4 hari, alhamdulillah mama rasa da ok.
Semoga semuanya sentiasa baik & lancar selepas ini. Semoga kamu baik2 saja..
InsyaAllah mama akan lebih berhati-hati.

Thursday, February 23, 2012

BENTO??

Skrg kat office, semua orang masih sibuk buat final packing, ptg ni computer semua akan shutdown, Monday nanti insyaAllah kami beroperasi di bangunan baru. Almost file & kotak dah dipindahkan. Banyak persediaan mental dan fizikal yang perlu dihadapi di bangunan baru nanti sebab kami cukup selesa dengan pejabat sekarang, biasalah nak adjust to new place, new environment will take some time.

Anyway, dalam banyak2 menda nak kena adapt, me & hubby agreed that we may have to provide home-packed meal/bento for our lunch. The reasons are as follows:-

1. We will be a bit far from previous food court (jarang2 boleh la makbuyung menapak tu)
2. The new eating place in the new building will be a cafe with a minimum capacity
3. The new building will be 31 floors nearly tripled (old building is only 13th floor and I'm on 3rd floor instead of 19th in the new building), so the elevator will be quite packed during lunch hour.
4. I'm pregnant, cannot walk that far and that fast (alasan ler plak..ehehe)
5. Last but not least - JIMAT! (yer ke?)

So, that means this weekend will be a more busy weekend than usual for us because we have to do an early preparation for for that purpose. Maybe I have to do some frozen cooked meal, and also cut to small pcs of chicken, etc for easy cooking. Hopefully I'll have more energy for this and knowing that hubby would 200% helping me out, so I should not worry, insyaAllah.

Sesiapa yg biasa wat bento ni, boleh bg idea tak apa yg korang masak supaya tak muak dan boleh tahan sampai tgh hari for lunch.

Till then, thanks dear all.

Saturday, February 18, 2012

NEW FABRICS UPLOADED AT TINICRAFT

Dear crafters, I've some new fabrics uploaded in Tinicraft shop. Please have a look. Thanks

PD 2012- PART 3

Masa adik tidur petang ni aktivi papa & Fahmi..pergi gym la plak..then depa gi swimming pool lagi..





Esok pagi bersenam ajak adik plak...then gi swimming pool lagi skali before mandi ready nak balik..



Tp..berlengah2 lagi bila da siap..



Then gi makan McD dulu tgh hari..

Tp ended up kami balik after asar dan singgah pekena tomyam poktek dulu..mane2 gi, nakcari kedai kelate gakk...huhu~~
Related Posts with Thumbnails