Thursday, March 31, 2011
Wednesday, March 30, 2011
NAIK MOTOR TAKPE, JANGAN MEREMPIT SUDAH!
last but not least, bawak adik naik motor, macam citer zaman dolu2..ni the only gambar papa amik (aktiviti diorang masa mama pergi spa haritu ni..huhu)
Tuesday, March 29, 2011
US IMPORTED DESIGNER FABRICS FOR SALE!
GIFT FROM MS HANNA
Anyway, to Ms Hanna, thank you so much for the gift - a frame fridge magnet, a hand sanitizer, a pink brooch, I love them all so much. I received it yesterday and today the cute yet elegant brooch is on me already! I like it very much! Thanks dear!May Allah bless you and your family..Sudi2kanlah melawat blog beliau, Hanna Strawberry. Thank you.
Monday, March 28, 2011
PAYA INDAH WETLAND!
actually banyak lagi aktiviti menarik yg boleh buat kat sini, ada boat riding, boat paddling, fish feeding, hippo feeding, etc. chalets pun cantik2, elok kalau bermalam rasa suasana kampung & flora & fauna. Kalau nakbuat family day mmg cantik tempat dia, facilities pun banyak..
CERITA LAMA~HOT AIR BALLON
Saturday, March 26, 2011
Ahamdulillah, umurku masih panjang
then saya naik office, ada ramai officemate tanya..tetapi, bayangkan, dalam keadaan kita macam tu, tiba2 ada orang memberi reaksi sebegini:
Tini, you punya ni cepat naik. (as if cepat panic). Not good you know, not good for you.
I was with other two colleagues, we looked at each other. Then yg bercakap td left.
What do you expect dalam keadaan macam tu we can think to be panic or not to be panic. Kalau really kena tadi, tembok pun pecah berderai, kalau orang confirm putus lunyai. Bukannya saya panic meraung sana sini pun, I was just panic, darah naik ke muka then I just ternangis kuar air mata. so what? please la, kalu nak respond, naktunjuk kononnya concern, bg lah kata2 yg elok jgn nakbuat orang piss off.
Tp moral of the story:
1.kena fokus masa lintas walaupun depan kereta yg berenti.
2.jgn leka bersms masa tgh berjalan dijalan raya/tempat parking (applies to another person after me semalam, nasib baik dia pun tak kena langgar sbb saya jalan dulu depan dia crossed the car dan bila da selesai kejadian kereta tu kat tengah2 kami)
3.selalu kena check kereta especially break.
4.yang paling penting SENTIASALAH INGAT maut boleh datang bila2 & dimana sahaja. Marilah kita sama2 bersedia menghadapinya.
Thanks for your time.
Friday, March 25, 2011
Home Solution-Plastic Bag's Holder
Thursday, March 24, 2011
MUSIM SAKIT
Kat office mostly semua flu/cough/fever. Tp sbb ada mission ke Europe diorang pun keje. Boss pun selsema & batuk. Kalau semua lemah semangat & MC, lingkuplah division..huhu~~
Semoga semua cepat sembuh & boleh terus berbakti kepada negara.. :)
Wednesday, March 23, 2011
ENTRY GERAM
But due to the delayed train, seemed like everyone was heading to one earlier station. So when the train arrived, it was fully congested! Taking into account on this situation, I headed to the pink Coach. I then met my friend and we managed to go in. Alhamdulillah.
In the train, it was about quite half a row of these cute Indonesian boys. They were talking & words fighting to each other, happily enjoying their moment of going home. Meeting with parents, eating with the family and getting kisses & hugs from them are probably what they are looking for after a long day of school. Everyone of them has their own mobile phone to be easily reached by their parents. They seemed so independent and brave enough. Then we started our conversation with them:-
Me & My friend: Adik nak turun mane? (for the purpose of curiosity and also to get ready to be seated if their stations are nearby. ehehe, ada udang disebalik me..)
The boys: Kajang & UKM (alamak, jauhnya lagi..sama je tempat aku nak turun ni. My friend to Seremban, oklah)
Me & My friend: Skolah kat mane? Umur berapa?
The boys: Sekolah indonesia, Putra (wah, jauhnya skolah budak2 ni. Umur 9 tahun.
Then we just silent watching them continuing their words fighting. We heard that they talked about solat, syurga, neraka, agama, robot, ultraman and what not. Once in a while, each one's phone took turn ringing, calls from the parents.
THEN.........SUDDENLY..........
Two not so young Ladies: Eeii..boleh diam tak? Aunty2 sakit telinga, bising lah! Jangan bising2, ini bukan Indonesia, ini Malaysia, tak boleh bising!!
Me & My friends were looking to each other and talking in a low voice. What did you expect? They are nine-year old boys!! and it was in the commuter train ok! Not in a library. It's a norm for kids and even boys to behave that way. Please lah, everyone was in the same boat here no matter whoever we are. We all wanted to go home. Please lah, pity the kids.
Imagine if someone shouted at your kids that way?In the end the kids started to cool down, looking at each other with pissed off faces. Then they started again..
haha. padan muka! geram!
Tuesday, March 22, 2011
TAK ADA MOOD DI PAGI HARI SELASA..
Karang balik nak kena naik komuter lagi, pagi tadi ok dapat duduk ni tatau dapat duduk ke tak..aduhh..nasiblah sape suh takut nakbawak keta kat KL..kalo bangi je oklah..KL ramai orang ganazz..hihi, alasan padahal diri sendiri tu takberapa confident..
oklah, kena start keje plak.
TAMAN TASIK CYBERJAYA LAGI!
Monday, March 21, 2011
BERBUDI PADA TANAH..
PENGAJARAN TSUNAMI
Abang, kita takpayah buat banglo besar2 lah, nanti kena Tsunami satu pun takde. Cukuplah rumah teres 2 tingkat kita ni, yang penting kat dalamnya kita selesa, diberkati & bahagia bersama anak-anak dan anak-anak lagi..(ehehe, saya nak 4 orang ok! :P)
Friday, March 18, 2011
SCRUTINIZE THE 'SCREWTINI'
What do you expect? Just a screw, ok! So can you imagine how big the machine is? I really miss this kind nature of work. I use to be in the industry division before where we have to process application, do factory visits and attend the meeting for the cases approvals. Senorok dapat belajar on the technical part, we met different person, different level, can see the manufacturing process etc. Arghhhh, please put me in industry division again.. :(
NEED HELP PLEASE!
Please do not hesitate to leave your comment/info here or email it to me at khu_hai@hotmail.com
Thank you.
CERITA PAGI JUMAAT
Then hubby kata, jom makan kat keta awal lagi..so kami pun makan kat tempat parking before masuk office, kalau dgn anak2 jgn harap dapat macam tu..hihihi..cari pasal je dgn coffee panas ni..
Then kami bergegas ke office, cepat2 masuk lif takut penuh. Then ramai orang suh tekan no. level masing2, saya pun tekan2 semua lah mane2 yg berkenaan sbb kami ada 12 tingkat. Tiba2 oppss..da sampai 6, saya tingkat 3 je..aisey lupa tekan sendiri punya..semua orang cakap ala, sian dia..takper dapat pahala..alhamdulillah..pagi2 da dapat peluang ni..tp nasib baik sempat saya punch turun ke tingkat 3..
Sekian, ok nak start keje plak.. :)
Thursday, March 17, 2011
PENGALAMAN YG TIDAK DAPAT DILUPAKAN
Lots of weird things happened during my 4 years. Now, I just wanna share what had happened around the campus kat Arizona masa tu..banyak..tapi ini yg penting2 that I could recall..
If I am not wrong, when I was there for about 2 years, one of our famous basketball athlete, a young black girl died because of blood clots traveled from one of her legs to her lungs. She collapsed unexpectedly in McKale Center (our sport center). Our University president held a memorial service for her due to her
A couple weeks after that, one of my shelvers committed suicide. I'm one of the coordinators in the library and that person happened to be one of my shelvers. They found his backpack on the 4th floor of the Student Union and they did believe that he jumped. aduss~~
-ini cerita dalam kelas plak.. tak feel la cakap English, hihih..ha ni masa tu, i was in my Econ Development class, my prof mengamuk coz one of his students sent him email complaining about the way he taught in class/unorganized notes., something like that..we were the victims, review utk exam jadi tak jadi je..huhu~~
- tadi masa kat kelas Macro Econs, ada sorang budak tu complained kat cikgu tu yg mane boleh dgn dua lectures je dah nak ada test..tak sempat otak nak proses pelajaran..betul budak tu cakap tu..tapi semua orang tak berani nak bersuara..tapi saya rasa, walau apa keadaan skali pun, kena cakap leklok kat cikgu..ni die komen dgn kasar..cikgu pissed off lah..dahla penat2 ngajar nak kasi habis syllibus..cikgu tu kata, you can leave now! tegas dan garangla bunyi dia.. pastu boleh plak budak tu menjawab..no! I wont! aduhh..semua orang terdiam kejap..dua kali plak tu dia cakap camtu..pastu last2 cikgu yg kuar..pastu kami semua berpandangan..blurr kejap..ape nak jadi ni..dahla minggu depan ada exam..ngajar tak abis lagi..minggu satu lagi dah final..aduhhh. pastu tetiba dia masuk balik..muka merah..tahan marah kot..pastu die terus ngajar, budak tadi tu tak berani nak pandang dia dah..mmg budak tu jenis camtu..haritu pun dia pernah rude jugak..cikgu wat tatau je..tapi harini mmg cikgu tu dah tak tahan dah kot..
-dulu pun ada skali camtu gak..dahla tu masa tu kami tgh review utk exam..malam..kol 8 mlm review, esoknya kol 8pagi terus exam. aduhh..crammed gaklah..ada sorang budak complained cikgu tu cam tak reti ngajar..semua orang tau, tapi senyap je sbb respect kat cikgu..pastu cikgu tu terus berenti bincang, terus left. Kami terkulat2 ni baliklah..terus saya takleh study malam tu sbb serabut rasanya..tak pernah hadapi menda2 gitu..
- ni masa keje part time kat library, I caught one of my shelvers..dia orang suh wat keje, dia gi wat keje dia kat dalam media room..takniat nak mengadu ke ape..i just saw him, tapi tiba2 terserempak dgn supervisor..so dia soal..apa saya wat kat situ..pastu saya cakap lah..tengah tengok budak2 saya wat keje ke tak..terbocor lah menda tu..budak tu kena bg amaran jerla..tapi kalau wat lagi mmg kena fired..tapi saya juga yg gi appeal kat supervisor tu..cakap kesian dia..masa tu saya rasa down dan bersalah..pastu ramai staff2 lain email saya cakap terima kasih sbb jalankan tugas, dan tlg pihak library utk selenggara administrative nya menda ni..terus supervisor saya offer keje dgn dia after grad ni..jadi librarian..tapi gaji dalam $3000++ sebulan..fuuhh..kaya tu kalau ingat pasal duit..lebih RM 10,000 sebulan kalau convert( masa saya tu $1=RM3.80 ok!) ..dia kata bebila masa saya datang balik ke US, cari dia..die akan bg keje..fuhh..tapi tula.. kalau nak ingat pasal cari duit,kekayaan ni, tak kemana..dunia semua ni..yg penting happiness kita tu..happiness dunia dan akhirat.. ada banyak lagi tanggungjawab kat mesia..
-juga..ini differ sket..about penceramah yg kami invited dari Canada utk Islamic Awareness week dulu, kena detained..tak lepas..die berjanggut semua lah..pastu camne tah leh lepas plak masuk US ni.. alhamdulillah..sempat sampai sebelum slot dia..kami dah sedia backup gakla masa tu..
-ada gak sorang ni dari Canada..hafeez quran..dia datang US semata2 nak join Muslim Student Association Annual Conference kat Arizona ni..kena tahan camtu gaklah..pastu dia kata ramai polis2 dok tengok dia..dari luar cermin tu lagila..yg dalam bilik dgn dia ni mmglah tengah soal siasat..then I'm not remember what was the question from the policeman, dia pi azan, then polis tu panggil bos besar dia..so bos besar datang, cakap sket, pastu lepas..alhamdulillah..niat yg betul..Allah tolong..
- rewind back in 2002..masa tu baru dua minggu sampai US..ada sorang student tembak cikgu dgn teaching asisstant dia kat college of nursing..then dia tembak diri dia pulak..huhu~~ takut nakgi skolah masa tu rasa..huhu..
Ok, sekian cerita lama saya..ahh, rindu juga nak balik arizona lagi..tp ongkosnya tiada dong! :P
Jazakumullahu khayran katheera.. wassalamu'alaykum warahmatullah..
BAPA BOREK ANAK RINTIK
Wednesday, March 16, 2011
LIFE IS NOT COMPLICATED
Dan di sebalik semuanya, ada hikmah tersembunyi.. Dan semestinya hikmah itu adalah yang lebih baik untuk kita..insyaAllah..
Dan pada saat itu, baru kita rasa betapa kasihnya Allah kepada kita..Now we know how grateful we should be.. betapa kita rasa manis dan cantiknya susunan kehidupan yang di aturkan oleh Allahu Akbar..insyaAllah, semoga semuanya dapat kita jadikan panduan dan teladan semua, insyaAllah...
MADU OH MADU!
Tuesday, March 15, 2011
NAMANYA MENJAHIT, TP DIRI SENDIRI JUGA TADAK..INILAH SEBABNYA..
SEHANGAT BUMI SAGUARO - Siri 5
SIRI 5: TAK KENAL MAKA TAK CINTA
Tombol pintu dipulas lemah. Daun pintu dikuak. Aisyah agak kelaparan. Nasi ayam dari masjid tadi belum sempat dijamahnya. Kelihatan Wardah sedang enak lena dalam tidur petangnya. Habis kelas Arab tadi dia tidak terus pulang. Dia pergi menjenguk kawan lamanya, Carrie Brown di dalam pejabat di Jabatan Timur Tengah yang juga di bangunan Marshall. Wanita berbangsa Amerika itu sudah pun selamat melahirkan seorang anak lelaki. Sekarang Carrie sendiri sudah dapat kerja tetap di jabatan itu yang mana dia pernah menjadi pelajar Sarjana di situ suatu masa dulu dalam bidang Near Eastern Studies. Aisyah sebenarnya kagum dengan Carrie, walaupun dia adalah seorang warga Amerika, tetapi semangatnya untuk membela rakyat di negara-negara Islam sentiasa membara. Banyak program-program kesedaran akan kedamaian seluruh dunia yang dianjurkan. Jauh di sudut hati Aisyah, dia berharap suatu hari nanti Carrie akan menemui Nur Ilahi.
Pernah sekali dulu Aisyah membantu Carrie menjayakan program Light of ‘Eid anjuran jabatan itu. Program itu diadakan di Tucson Children Museum di pusat bandar. Aisyah diminta mengajar kanak-kanak cara-cara untuk bermain kompang. Alhamdulillah, kemahiran lama Aisyah tidak pudar walaupun sudah bertahun-tahun meninggalkan bidang itu. Aisyah yang pernah mewakili sekolahnya dalam pasukan nasyid itu, masih tidak kekok mengajar anak-anak comel itu.
Tiba-tiba peristiwa lewat pagi tadi menjengah.
“Are you a Muslim”, Aisyah tanpa segan silu bertanya begitu memandangkan dia memberi salam kepadanya.
“Do I look like one?” Adam membalas dengan nada sinis.
Aghh..geram pula aku rasa. Kalau tradisi orang Amerika yang sebenar, mereka akan terus memberitahu jawapan tanpa perlu berteka teki begitu.
“Oh, OK. Sorry, I got to go. See you next week!” Aisyah dengan cepat mematikan perbualan sambil melangkah laju menuruni tangga ke bawah tanpa menoleh kebelakang.. Kelas itu adalah kelas dua jam setiap hari Isnin dan Rabu, oleh sebab itulah mereka tiada kelas pada hari Jumaat.
Lega.
Tetapi, kalau tidak silap pandangan mata sekali lalu tadi, rasanya itu memang Adam Wong, sedang duduk di depan dapur masjid bersama dengan muslimin yang lain menikmati hidangan tengah hari. Dan mata itulah yang memerhatikannya tadi.
Mungkinkah dia Islam?
Namanya mungkin nama Islam, atau nama orang putih.
Yang pasti, muka campuran.
Ah, sukar untuk aku membuat tafsiran sebegini!
Tapi kenapa hati ini meronta-ronta untuk mengetahui mengenainya lebih lanjut lagi?
Mengapa?
Astaghfirullah. Itu bukan urusanku.
“Aisyah, dah pukul berapa ni ek?” Tiba-tiba Wardah bertanya dengan suara yang masih lagi separuh sedar, sekaligus menenggelamkan Aisyah dalam soalan-soalan tadi.
“Dah pukul 3.45 petang. Dah asar ni.” Aisyah menjawab sambil kakinya menyarung selipar getah biru putihnya untuk ke bilik air mengambil wuduk. Rasa lapar sudah hilang. Biasanya, kalau kelaparan, dia akan makan terlebih dahulu jika masih ada masa yang panjang untuk menunaikan solat agar rasa lapar tidak menganggu solatnya.
Usai solat Asar, dia perlahan-lahan berbaring di atas katil. Membetulkan tulang belakangnya. Kepenatan. Kelas bermula sejak 8 pagi lagi sehingga 3 petang. Hanya ada rehat selama satu jam untuk Solat Zuhur tadi.
Alhamdulillah tak kerja harini.
Kalau tak,lagi terjelepuk ni.
Eh, nasi tak makan lagi.
Teringatkan nasi Afghanistan makcik Deeba, dia terus terasa lapar. Lalu dia bingkas bangun mendapatkan nasi ayamnya tadi. Wardah pula baru selesai solat Asar.
“Saya sepatutnya ada kelas pukul 3 hingga 4 harini.”
“La, pastu kenapa ada kat rumah tadi?”
“Masa gi ambil silibus hari isnin lepas, penolong pensyarah kata, kami tidak akan ada kelas sehingga hari Jumaat, sebab pensyarah masih lagi di luar bandar ini. Mujur la juga.”
“Bestlah macam tu kan. Eh tadi saya ada jumpa seorang budak Master ni, GTA (Graduate Teaching Assistant) kelas yang saya jadi preceptor tu.
“Oo..” Wardah seperti biasa, memberi respon pendek. Tetapi nadanya mengharapkan penjelasan lanjut.
“Muka dia macam Cina campuran. Wallahu a’lam.”
“Hihi.Aisyah kan suka orang muka cina-cina ni, kan?” Wardah mula bergurau.
“Aduh! Masakan saya suka sama dia dong! Baru kenal namanya aja,” Aisyah berbicara dalam bahasa Indonesia, sambil diiringi tawanya sendiri dan diikuti Wardah.
Dengan tawanya yang masih lagi bersisa, dia mengeluarkan nasi ayam Afghanistan tadi. Pinggan putih berbunga matahari besar kegemarannya dicapai dari rak kecil putih sebelah mejanya.
“Jom makan!”
“Dah makan tuna sandwich Subway tadi. Tu yang best tidur tu. Eh pastu, apa lagi yang terjadi tadi?” Wardah mula menunjukkan minatnya.
“Amboi, dia pulak yang lebih.” Derai tawa berlaga.
“Lepas tu saya ternampak dia dekat masjid”
“Haa? Dia Islam?”
Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan. [Al-Maaidah:35]
2nd HOME
nampak tak ada swimming pool kondo kat belakang tu..wah, kalau swimming best jugak ni, jom terjun! oh ye, sepasang kasut kecil tu dihadiakan oleh one of my visitors, from Libya. Handmade wooden shoes, semoga dia selamat di sana. Amin..