Thursday, December 29, 2011

LIL ONE IN ME..

Rasanya baru beberapa kali bercerita pasal pregnancy kali ni..tataulah, kali ni lain macam betul rasanya. Blogging mood mmg out terus..toksah cakap pasal menjahit lagilah, nakmuntah tengok mesin jahit ok..huhu~~ siap tutup dengan penutup dia dah..

Skrg pregnancy da nakmasuk 19th weeks. Next checkup is 14 Jan 2012. The doctor suggested to do detailed scan on 17 Jan nanti..masa tu maybe da 21st week. Reasonnya sbb nak kena check lebih detail organs and all. Risau gak kot affected because I had my chicken pox during my 9th weeks. Mohon doa kawan2 semoga semuanya ok ye.

Skrg saya da rasa baby starts kicking. Especially masa Kakak Tasnim duk kat riba mama, babay pun jeles ye? eheh..cuma skrg ni, apa yg bermain di fikiran saya, macam mana saya nak handle kehidupan nanti bila da beranak 3 ni..huhu~~ a big adjustment for me because those 3 kiddies need me. Skrg pun berebut Abg & Kakak nak tidor dgn mama. Macam mana kalau adik da ada nanti, lagi kecoh. Org kata the more the merrier! InsyaAllah. No doubt saya mmg sukakan kanak2, especially baby..ni. Selalu rindu bau baby. Therapy ok!

Hubby pun bertugas dgn jayanya, tugas basuh poo poo kakak mmg 100%, nasib baik Fahmi da pandai wat sendiri. Mmg rasa kesian kat hubby, tp saya tak boleh bau langsung sebarang bau2an busuk dan kadang2 yg wangi pun naik mual.

Skrg berat saya nak menaik balik after losing 4kg during chicken pox & terrible morning sickness haritu. Ni kadang2 sampai 3 kali sehari makan nasi. Selera makan skrg pun mendadak naik. Boleh plak pagi masak spagetti, tgh hari makan ikan pekasam, malam nak nasi arab. mmg pelik gak selera kali ni.. siap masak nasi arab berlaukkan lamb lagi tu. So, secara tak langsung hubby pun naik badan gak sbb masak best2..hihi.. cuma weekdays tu banyak beli sbb saya ada kalanya tak makan pun. Budak2 plg tak pun nak roti canai.. bak kata Tasnim..mama, nak oti anai (roti canai) ehehe..makan cinonet je pun, ngada je lebih.

Skrg ni juga terasa sangat nak beli barang baby (macam first time je), tatau lah, macam excited sangat bila tang shopping ni. yerla, dah lama betul tak shopping..especially skrg da takmenjahit so, tangan ni taklah merayap sangat shopping fabric online kan..tp nak kena tunggu tengok gender baby dulu. haritu masa 4th months scan taknampak sbb baby dok tertonggeng dan tak dok diam. tapi bidan kata boy..tataulah, what ever pun saya tak kesah sbb da ada sepasang kan..baju lama da asing boy & girl, tunggu nak simpan je memane satu. ada 2 bakul je pun. especially baju boy sket sangat sbb Fahmi ni jenis badan kecik je, so pakai baju sampai takmuat dan ada gak da bagi orang kat kg dulu..

Anyway, da panjang da ni..alhamdulillah harini mood blogging da ada da sket2..till then, take care dear all and happy holidays!

Thursday, December 22, 2011

SEHANGAT BUMI SAGUARO - Siri 6

SIRI 6: KEPUTUSAN SEORANG ANAK PEREMPUAN

Hari-hari semakin sibuk. Mengejar urusan dunia yang tidak pernah berkahir.

Anak-anak kampus yang terdiri dari pelbagai jenis bangsa di universiti itu tidak sunyi dengan aktiviti dan program di dalam mahupun luar kampus. Masya-Allah, dengan kekuasaannya, menciptakan manusia berbeza rupa paras, warna kulit, lahir di tempat yang tidak sama, namun di bumi Amerika ini mereka ditemukan.


Aisyah yang belajar bidang Ekonomi itu juga seperti yang lain. Berasal dari sebuah pekan kecil di bandar Kota Bharu, dia akhirnya melanjutkan pelajaran ke University of Arizona. Sebagai anak sulung perempuan dalam keluarganya, pemergian Aisyah ke Amerika suatu masa dulu senantiasa menimbulkan rasa risau di hati seorang ibu. Kalau diikutkan, ibunya memang mahu dia belajar di universiti tempatan sahaja.

Masih lagi segar di ingatan Aisyah bagaimana gembiranya insan yang dipanggil mama itu semasa dia mendapat tawaran menyambung pelajarannya ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Malaysia, dalam bidang kesusasteraan Bahasa Inggeris. Mama dan abahnya mahukan dia menjadi seorang guru. Tetapi tawaran belajar ke Amerika mengatasi segalanya.

“Abah tak kisah, Aisyah kena buat keputusan sendiri.”

Abah seperti biasa dengan tenang meminta Aisyah memilih jalannya sendiri kerana dia tahu anak gadisnya ini tahu untuk menjaga diri. Telegram tawaran untuk Aisyah melanjutkan pelajaran dalam bidang Ekonomi di Amerika masih lagi di tangannya.

“Rasa macam nak pergi je. Ini biasiswa kerajaan. Rugi je kalau tak pergi ni. Tapi yuran pendaftaran UIA kita dah bayar.”

“Ala, itu kakak jangan risau, abah sendiri akan hubungi pihak sana. Insya-Allah tiada masalah lah. Lagipun ini urusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).”

Kakak adalah panggilan untuknya di rumah, abah dan mama juga senang memanggil dia dengan nama itu terutama di hadapan adik-adik.

“Isk, susah juga ni nak buat keputusan. Duk sini belajar bahasa Inggeris, pergi Amerika belajar Ekonomi, bahasa Inggeris pun dapat. Mmm, peluang yang baik”, Aisyah berbisik sendiri.

Aisyah amat keliru. Solat istikharah dia tunaikan untuk memohon petunjuk daripada Allahu Ta’ala. Walaupun mamanya agak sedih kerana dia akhirnya membuat keputusan untuk terbang ke Amerika, tapi iringan doa seorang ibu tidak pernah putus untuk anak tersayang, seperti tautan doa Aisyah terhadap kedua ibu bapanya.

Namun sebelum pemergiannya ke Amerika, dia terlebih dahulu perlu menyertai program persediaan ATU 7 iaitu American Top Universities batch ke-7 selama lebih kurang setahun di Pusat Persediaan Pelajar (PPP) atau yang kemudiannya di kenali sebagai International Education Center (INTEC). Program itu bertempat di Universiti institut Teknologi Mara (UiTM) cawangan Seksyen 17 Shah Alam.

Di situ bukan sahaja tempat persediaan pelajar-pelajar ke Amerika, tetapi juga program ke negara-negara lain seperti A-Level Germany, A-Level Medicine ke United Kingdom, Mesir dan Jordan, persediaan bahasa ke Korea dan ada beberapa lagi. Namun tempoh berada di pusat persediaan itu berbeza-beza mengikut lokasi pengajian nanti.

Pada 12 Ogos 2002, dia bersama-sama dengan 6 kawan-kawan perempuan yang lain, mereka diterbangkan ke Los Angeles menaiki pesawat MAS. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang selama 18 jam tetapi dengan pertambahan satu jam transit di Taipei, menjadikan perjalanan mereka lebih lama. Dan itulah buat pertama kalinya Aisyah menaiki kapal terbang dan itu jugalah kali pertama dia mempratik cara untuk solat dalam penerbangan sebagai seorang musafir. Perjalanan yang memakan masa hampir seharian itu di rasakan seperti berhari-hari. Tapi alhamdulillah, anak-anak kapal MAS melayan mereka semua dengan baik sekali. Bersesuaian lah dengan gelaran servis terbaik seluruh dunia yang syarikat penerbangan MAS perolehi.

Suasana di Lapangan Terbang Los Angeles (LAX) sentiasa dalam kesibukan. Manusia ke sana ke mari berpapasan untuk menyelesaikan urusan masing-masing di situ. Rombongan Aisyah juga berkejaran untuk memastikan mereka sempat menaiki pesawat seterusnya iaitu United Airlines yang akan membawa mereka ke daerah Tucson di negeri Arizona yang lebih dikenali sebagai The Canyon State. Di situlah terletaknya salah sebuah universti terkenal di Amerika yang tersenarai dalam program mereka dulu, iaitu University of Arizona. (U of A)

“Eh macam kat padang pasir kita ni.” Suara Jeslina memecahkan suasana sepi dalam van Joanne, pegawai daripada Pejabat Pelajar Antarabangsa U of A. Dia ditugaskan untuk menjemput kami dari Lapangan Terbang Tucson.

“Dah rasa macam lapar nasi lah. Teringat kat mak pun ada juga ni”. Sharifah Hanim pula bersuara diikuti dengan deraian tawa yang lain.

Joaane hanya memandang kami semua dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya dari saat mula-mula jumpa tadi. Seolah-olah faham.

Hanya Nana dan Wardah sahaja yang sudah terlelap. Keletihan. Aisyah, Jes, Sharifah, Diana dan Nora masih lagi bersemangat melihat suasana sekeliling sepanjang perjalanan ke kampus universiti.

Sejak dari hari pertama Aisyah menjejakkan kaki ke bumi menara runtuh itu, dia sudah menanam azam untuk pulang dengan kejayaan dunia dan yang paling penting, akhirat. Baginya maruah seorang wanita sentiasa perlu dijaga kerana itulah mahkota agung sebagai seorang serikandi agama.

Di mana sahaja kita berada, bawalah diri kita sebagai refleksi keindahan agama Allah, walaupun hidup di perantauan itu bukan sesuatu yang mudah!

Kenangan hari pertama itu tetap terpahat di hatinya.

Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan bertakwa (nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui. [Al-Baqarah:103]


Thursday, November 17, 2011

SALAM KEMBALI & MOHON DOA KALIAN

Sudah lama saya tidak berbicara di sini. Mungkin tiada yg perasan pun ketiadaan saya di dashboard.ehehe..Semuanya gara2 penangan morning sickness, di tambah pula demam dan lebih teruk lagi saya kena chicken pox, berjangkit dari Fahmi. After 2 weeks dia kena, saya dapat. Then next day Tasnim plak kena. Kenduri lah kami anak beranak kat rumah. Kebetulan ma datang dari kg, kami pun ikut skali balik kampung.. sambung plak cuti raya yg da lama apply dulu..3 weeks saya tak masuk office. I did access internet when I was away, tp saya takde mood nak mencoret ape2 dalam keadaan sakit masa tu.

Disebabkan saya ni in early pregnancy (almost 13 weeks as of today), saya didengarkan bermacam2 cerita berkenaan orang kena chicken pox masa early pregnancy ni. Ya, saya takut. Terima kasih kerana berkongsi cerita sebagai panduan saya. Tp buat masa ni saya hanya bergantung pada Allah, nothing else could be done. Doktor cakap nanti 20 weeks baru leh wat detailed scan. Hati kecil saya ni terasa mengecil dan tersentap kalau terlalu memikirkannya.

Mohon doa kalian semua agar kandungan ini tidak apa2. Semoga memberikan saya yg terbaik, saya redha. Amiin..

Friday, October 21, 2011

NAK BIBIK KE TANAK BIBIK

Bila anak da nak masuk 3 ni, persoalan ini mula timbul di fikirian kami suami isteri. Tgh dalam dilema, nak amik bibik ke tanak. Kalau ikut keperluan mmg perlu sangat dgn kami yg bekerja keluar pagi balik senja ni. tp dgn pelbagai masalah yg timbul macam2 skrg, tak berani plak nak amik risiko.. kawan2 boleh tolong bagi suggestion tak? thanks a lot! really appreciate it.

Thursday, October 20, 2011

BILIK TIDUR ANAK

I need some tips from those who have had this kind of experience. Now, I started thinking of separating the bedroom for the kids and us, the parents. I'm thinking buying a nice bed for own bedroom, especially for Fahmi, my 4-year old son.. macam ni.. (berangan sekejap, layan jerlah)






Pictures: Credit to Google; I typed boys bedroom

Kalau macam kat atas semua ni, of course lah Fahmi pun melompat, tp masalah nya, nak ke dia tidur sorang2? oklah kalau tahun depan 5 years old dah..boleh ke dia lelap mata ni? atau angkat dia masa dah tertidur? isk kesian kalau macam tu..any advice?

Thanks peeps.

Wednesday, October 19, 2011

SUSUN KIRI KE KANAN?

Accidentally bumped into this old photo in my laptop. I was wondering about this susun since I was little and when my mom introduce baju kurung to me. If we buy a ready made one, the susun is already on our left side but as for me, my mom used to sew baju kurung for me & my sisters and the susun were on the right. Until now I feel so comfortable with the right susun instead of left. And I made the same for my daughter, Tasnim.

The picture below was when I was in Arizona. We were supposed to have an iftar at an Egyptian Sister's house. My friend in Black Abaya is Jessica Lopez, an American muslim. She was so surprised that we had that little trick in our kain baju kurung. haha..the other friend, Kak Teh, used to be my roomate and she's the best roomate that I ever had. Ahh, really miss them..


Tuesday, October 18, 2011

SAPE KAKAK TASNIM?

Lately borak2 dgn Tasnim..

Mama: Siapa kakak Tasnim angkat tangan?

Tasnim: Adiiikkk! (sambil angkat tangan)

Aduss..masih lagi adik yer..camno nih??

MOOD SWING, NOT SEWING..HUHU

This is my sixth or seventh attempt to write and I hope the 'publish' button will be pressed. haha..macam suspen je.. yeah, it's true. Lately, I cannot write in my blog, don't talk about sewing, I do not even enter my sewing room. I sold some of the fabrics. Siapa nak beli lagi, sila ke kedai ye. Kalau nak datang rumah beli semua kain pun tak ape..jgn beli mesin sudah..ehehe.. seriously tadek mood nak menjahit..maybe anak lelaki kot. bila tengok blog orang lain kuar macam2 output..jelesnya rasa, diri sendiri tak productive berkraf dah. Order pun da tak amik. Oh ye, I've suggested a few friends for new orders. Dan kepada sesiapa yg willing nak amik order bag lagi boleh msg kat sini ye, dan saya boleh forward kepada customer yg email saya. Sharing is caring kan..ehehe..

Ok, pasal preggie ni lagi, saya mmg tak boleh nak menggoreng, tpi yg peliknya saya boleh plak masak jenis lain yg lagi canggih. contohnya, gulai lemak cilipadi udang! pheww, berselera hubby makan..dia kata kalau tak menggoreng pun tak pelah, ni pun canggih..ahaha.. siap bakar ikan selar, tumbuk sambal ikan kering bakar+mangga+cili padi.. ayam mmg kureng, asyik nak makan ikan je. sayur berbakul2 plak makan..tadi pun siap order kue teow ladna veggie u..

kelakar time ni sbb saya macam lupa ragam2 orang mengandung..haha, padahal da anak ketiga tu..saya blom wat checkup lagi, baru masuk minggu ke-9, insyaAllah harini nakgi checkup sbb saya rasa tak sedap dalam perut. maybe angin kot.. mual2 memang terasa lah. tambah2 lagi seminggu dua ni naik tren sbb hubby cuti jaga our son Fahmi kena chickenpox.

Oklah, dah nakabis waktu lunch, nakgi solat dulu..

Thanks peeps for reading this.

Friday, October 07, 2011

ALHAMDULILLAH..TP MASIH LAGI TERKEJUT

Sehingga saat ini saya masih rasa tak percaya dan agak terkejut.. Minggu lepas, saya pergi jumpa doktor nak check pregnant ke tak sbb dan 10 hari lewat period. Lepas urine test doktor kata negatif. Saya ok je sbb tak berharap atau merancang nak. That was Thursday. On Saturday I cook masak lemak ikan kering & nenas and I ate the raw nenas agak banyak confidently sbb doktor cakap tak pregnant.

Yesterday, it was 16 days lewat period. Dalam perut macam ada contraction and sakit bahagian bawah pusat. Saya rasa taksedap hati, terus beli pregnancy test kit tu, amik yg mahal punya, Made in Canada. Hati berdebar2, mata pejam tanak tengok result. Bila buka mata, amat terang benderang, jelas & nyata ada dua garis merah...huhu~~ masa tu taktau nak cakap perasaan macam mane, terkejut ada..takut ada..risau ada..berdebar2 ada..mix of feelings.

Then amik gambar nak mms kat hubby, failed la plak. hp ada rosak sket, hp cap ayam biasalah..ehehe.. then call hubby, bitau dia. dia macam terdiam tak percaya gak. Then ajak dia gi klinik kat sebelah building office, dia kata pergi dulu. Tp sampai kat klinik tiba2 dia muncul terus.. suspen betul. Jumpa doktor, another test, confirm almost 7 weeks. Doktor cakap hormon you tak stabil masa check mula2 haritu..tu yg negatif.

On the way balik umah, hubby terdiam je dalam kete, then we both ketawa.. balik umah dia masih blurr tp dia da cakap2 dgn baby.. Fahmi & Tasnim pun macam excited je, lebih2 lagi Fahmi dok tanya bila baby nak kuar, Fahmi nak adik 5! aduh, pengsan mama nak kuarkan lagi 5..ehehe..

This morning on da way gi keje hubby senyum2 je, bincang merancang masa depan dgn keluarga lebih besar ni..saya masih lagi rasa terlalu awal tuk tasnim ada adik.. tp kalau ikutkan da ramai kawan2 yg saing dgn saya bersalinkan tasnim dulu skrg siap da lepas pantang, dalam pantang, yg anak dah nak setahun pun ada.. alhamdulillah dgn rezeki ini.. semoga baby mama sihat2 aja ye..amiinn..

Tuesday, October 04, 2011

FIRST TIME GI ZOO..

Last Saturday, first time bawa the kids pergi zoo..sblm ni hanya pernah pergi payaindah wetland tu je..ni pun sbb kebetulan Atuk Lan, adik ayah hubby datang..kami plannya nakgi kenduri member kat Port Dickson, da siap survey hotel semua, tp sbb meraikan Atuk Lan datang jauh ni, kami stay jerla..tp bosan hujung minggu so bawak AtukLan and the kids gi zoo. Naik tram jap, then jalan..budak2 ni lagi best, kejap je nak jalan pastu nak dukung. Lenguh tulang temulang papa mama..tp sbb buat anakanda2 tercinta, kami layan jerla..tp gambar tak banyak sangat sbb Papa pun keletihan..


muka Fahmi tgh excited mula2..adik baru terjaga dari tidur sepanjang perjalanan ke zoo tu..


budak2 banyak tak fokus amik gambar, especially Fahmi..ada je aksi sabotajnya. sbb dia tak suka bergambar.. huhu~~


snap gambar animals pun jauh2 je..sambil dukung anakanda2 ni..

Fahmi da muncung, panas & dahaga agaknya..

gambar gajah tipu je..hihi..tasnim takut..Fahmi lak asyik tengok ikan dalam air tu je..


da nak balik da..banyak gak berjaya dicekupp.. 4 ekor..ehehe

beli air jugak sbb depa protes tanak air masak.. nasib baik mama bawa bekal fishball, karipap & fries, budak2 kelaparan..Atuk Lan pun tersadai.. si kecik tasnim tu nak plak pakai hairclip mama wat..tp rambut dia sket, tak berapa nak lekat

hasil tangkapan hutan: tiger, pinky cat, pinky monkey and brown monkey.. siap bunyi lagi..huhu~~

Saturday, October 01, 2011

TAKPANDAI MAKAN AISKRIM

Kisah aiskrim lagi..tp kali nak citer pasal gambar yg da few months amik.. anak2 saya ni takpandai nak makan aiskrim sbb saya tak pernah ajar..first time makan aiskrim masa tu gi family day division hubby last year, anak2 orang lain beria dok makan aiskrim yg orang jual dgn motor tu..yg scoop2 buh dalam cone tu..bila tang anak saya nak makan, dia takut nak rasa-rasa aiskrim tu, ended up cair di tangan..

So, haritu saya cuba beli yg stick tu plak, ala yg walls fruity tu..macam2 perisa buah.. sbb packaging menarik ke apa yg Fahmi nak sangat.. siap adik nak skotak gak..dahla skotak tu ada berapa sticks..tp tengoklah cara anak-anak saya makan ni..

minta bekas sorang satu dan juga sudu..ala2 makan sup gitu..ehehehe..

eloklah, buku plak menempel kat situ..



Then pergi merempit plak..aktiviti di masa lapang dua beradik ni.. tp adik pusing tempat lain plak kali ni..then kamera abis bateri...hihi..

Friday, September 30, 2011

HOME MADE ICE-CREAM..


Korang pernah makan tak aiskrim macam ni? saya kecil2 dulu selalu gi umah nenek (nenek ada kedai runcit) sbb nak makan aiskrim ni..kalau nenek kirim kat ma pun kitaorang mesti berebut punya.

Lepas kahwin dgn hubby, hubby pun terheret sama suka ais-krim nenek saya tu. So, sesekali balik kampung gi umah nenek, mesti dia kebas ni dulu sebelum apa2..ehehe..

haritu actually masa sepupu datang wat minum petang, makan bubur kacang & pizza ni..then ada lebih sket bubur tu then saya wat lah aiskrim..masa tu da kol 10pm, hubby nampak saya penat (menguli dough pizza ptg tadi) so dia cakap takpayahla wat..tp saya yg memahami ni tau sangat dia mmg da lama teringin nak makan aiskrim bubur kacang hijau ni..sodapppp... boleh lah nak membasahkan tekak ni sesambil tengok tv..ehehe

Thursday, September 22, 2011

Jom pergi school sama-sama..

Suatu pagi semasa menghantar Fahmi & adiknya ke taska:

Fahmi: Mama, kenapa mama tak hantar Fahmi pergi school
(biasanya Cikgu Taska yg akan hantar Fahmi ke Tadika, sbb buka lambat sket)

Mama: Mama keje la sayang..

Fahmi: Kenapa mama keje?

Mama: Mama keje cari duit.

Fahmi: Fahmi ada duit banyak..dalam bas. (Tabung duit Fahmi adalah sebuah bas sekolah)
Jomla pergi school sama-sama!

Owh, airmataku mula bergenang..

Tuesday, September 13, 2011

IMPIAN DAN KENYATAAN

Tengok anak2 membesar depan mata adalah sesuatu yang membahagiakan. Saya rasa sangat nak uruskan mereka untuk setiap saat. Perasaan ini makin membuak2 membuatkan saya tidak ada semangat untuk gi keje. Saya nak rasa perasaan hari2 siapkan anak2, buat breakfast then hantar ke skolah.

Skrg ni saya hanya siapkan pagi2 untuk ke nursery dan cikgu nursery hantar anak sulung saya ke tadika dan juga menjemputnya nanti. Saya nak rasa perasaan anak2 berlari2 keluar dari skolah menuju kepada saya dan bercerita tentang kisahnya di sekolah. Mmg tak dinafikan sekarang pun Fahmi macam tu,akan bercerita sebaik sahaja nampak saya di nurserynya petang nanti tp yg pasti orang pertama yg dia cerita maybe cikgu nursery yg ambil dia sbb cikgu tu pernah cakap yg Fahmi ni tak berenti cakap masuk dalam kereta cerita itu ini. Ya, saya faham dan tahu Fahmi tu seperti orang tiada masalah, cakap & tanya tak berenti. Level ingin tahunya amat tinggi, malah turut diakui oleh cikgu tadika dia sendiri.

Fahmi akan menjangkau usia 4 tahun bulan October nanti, Tasnim dah dua tahun 090911 haritu. Dalam diam2 saya bernekad untuk mencapai impian saya sebelum Fahmi masuk skolah rendah nanti. Saya kena buat sesuatu yg drastik sebelum saya mengalami tekanan perasaan sebegini yang lebih parah.

Tidak dinafikan ada ibu2 tak bekerja yang beria-ia nak bekerja, cakap boring dok kat umah etc. Bagi saya mereka adalah ibu2 yang bertuah kerana membesarkan anak2 depan mata, tak berpisah walau sesaat. Untung sangat. Namun tidak dinafikan juga ada ibu2 yang tidak bekerja seperti mengecam ibu2 yang bekerja. Katanya ibu yang bekerja ini kejam lah, terlalu kejarkan kemewahan sampai campak anak ke nursery lah, tak bertanggungjawab lah..macam2 lagi..walaupun secara indirect, tetapi hati ni luluh & pedih..bukan kemewahan yg kami kejar, jauh skali kekayaan..tetapi cukup sekadar mencari rezeki menyara kehidupan di dunia yg semakin mencabar dan kos sara hidup yang semakin meningkat. Kami masih punya adik beradik ramai dan ibu bapa. Tambahan pula, saya dulu bekas pemegang biasiswa kerajaan belajar di seberang laut sana..so secara tidak langsung saya rasa bertanggungjawab untuk bekerja dgn kerajaan, mungkin tak lama tp sekurang2nya beberapa tahun mengikut tuntutan dan kemampuan.

Semua orang ada peranan masing2, dan tidak perlulah untuk menghentam orang lain yang bukan dalam keadaan kita kerana semua orang ada situasi tersendiri yang perlu dihadapi..

Thursday, September 08, 2011

KENAPA FAHMI PAKAI BAJU ASHAARI




actually tatau nak letak tajuk ape. layan je la..ni gambar Fahmi masa hari raya pertama you all..korang perasan tak dalam post earlier tak ada satu pun gambar dia..gambar dia pakai baju melayu haritu taksempat nak snap pun sbb dia bad mood.so we all takada gambar the whole family, 4 beranak. tp ptg tu dia semangat pakai baju malaysia ni..Tokma dia beli..

tp nama ashaari (lupa lak nak snap belakang) saya tanya ma saya nape beli nama tu sedangkan nama Fahmi banyak sbb penjaga gol khairul fahmi yg glemer tu..ma cakap, ala takde size tuk yg nama Fahmi tu..eheh. takperlah, lagipun mmg Fahmi da ada baju tu sebenarnya, siap ada nama Fahmi lagi..and yes, saiz dia mmg agak besar tp sbb nak nama Fahmi punya pasal kami beli gak lah..ada gak colour biru nama Fahmi kat belakang.

Senang kan kalau nama anak sama dgn pemain bola sepak yg glamour. tp jgn salah anggap plak, anak saya lahir masa thn 2007, masa tu saya tak kenal pun siapa khairul Fahmi ni..starting last year je baru kenal. Tp sebenarnya idea saya nak letak Fahmi tu sbb berkenan dengan budak yg pandai ngaji dalam akademi Al-Quran tu dulu Abdullah Fahmi. Nak gak abdullah tu tp hubby kata, takpelah yang nanti anak kita asyik jd orang pertama je nakwat ape2 kat kelas nanti..ehehe..ikut ler..

cuma ada satu dialog saya dgn Fahmi masa dia tgh main bola..yg saya rasa agak jujur dia menjawab:

Mama: Fahmi, jom main kejar2..
Fahmi: Taknaklah, Fahmi kan pakai baju ni..
Mama: (owh, yerlah, pakai baju bola kena main bola lah.....jer ke?)

oklah, nakgi lunch meeting plak..thanks peeps!

Wednesday, September 07, 2011

SATU HARI DI HARI RAYA...

Semua orang dah upload gambar raya..saya blom lagi..lagipun tadek gambar sangat..pagi raya pertama sehingga raya ketiga saya kena sakit kepala sebelah kanan..berdenyut2 sampai sakit sangat lubang mata..actually dari haritu lagi sakit kepala dok tahan2..so gambar mmg sangatlah sikit..tu pun sbb adik yg amik gambar..

lagipun my lil Fahmi tu buat perangai sket sbb takdapat ikut gi masjid solat raya..dia bangun pagi dalam kol 6, mandi then saya pakaikan baju melayu raya & bersongkok..memang handsome abis la..tp buka je pintu umah kol 7 tu dia kuar pergi reban ayam..ayoooo..Fahmi2..tau ke tak makna beraya tu..

then bila orang sibuk nakgi solat raya dia nangis sbb takboleh ikut..bila abis drama menangis nak ikut papa, dia tertidur sambil tengok khutbah raya..siap bersongkok lagi..orang balik solat raya bergambar pun dia tak bangun lagi..bila bangun ajak amik gambar dia masih badmood..so ini jerla gambar yg ada..

my hubby tukang amik gambar..ni semua adik beradik saya..yg tgh dua tu ma & abah tercinta..yg hijau hujung tu adik lelaki yg belajar UiTM machang, yg purple dua orang tu adik kembar, belajar kat SMUA Maahad Muhammadi. Yang barisan depan tu Angah..medic student USIM, Acik tudung merah tu belajar Nursing under KKM, kat Johor. Then last but not least me & Tasnim..sian tasnim dia pun macam badmood abg tadek..tp dia the best lah sbb pakai tudung tak bukak sampai ke petang..manis berbaju kurung biru mama jahit..bangga mama tau..ehehe..


muka tak sama..
me 28 yo, angah 23 yo, acik 19 yo..nampak semua sama tinggi tp saya paling berat. sangat ok!.



ma & abah bersama mok (ibu abah)

pengantin lama...ehehe..hubby nampak kurus sket due to operation haritu.. (gambar beberapa hari lepas raya confirm lain..ahaha)

papa & tasnim (sebuk nakwat peace)


alala, baru perasan tasnim tersepit kat situ sbb papa nak pegang mama..hihi..dia pasrah je nampaknya..ehe

Monday, September 05, 2011

NOT REALLY BACK TO SEWING

Alhamdulillah, I guess everyone is back on dashboard and sewing machine (seamstress) after a long hari raya break. I was so happy and enjoyed every moment of my holidays, so did my hubby and the kids.

Being with hubby and the kids almost every second for the whole 10 days made me valued the time as if I want to have it for the whole of my life. As for this moment it's almost impossible because I am a fulltime worker, but who knows, maybe in few years time I'll be the one!

Alright, to cut short, I will slowly reduce my sewing time..that means I will slowly try not to accept orders. As for now, I'll finish whatever orders that I have accepted and if I have time I will have some ready stocks to those who are interested. Also, I'll have some sale on what ever raw material that I have that I really really want to let go..owh, I love them all because most of them were handpicked by me & hubby. But I have to find some free time to organize it..so stay tune peeps!

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin from Tinicraft & Family.

Thank you.

Wednesday, August 24, 2011

'Ibu halalkan susu ibu...innalillahi wainna ilaihi roji'uun'

Sebak hati tak terkata, innalillah..semalam lagi saya terbaca kat blog seorang ibu yg tabah, Leen.
Air mata saya bergenang..sebak, tidak dapat dibayangkan dalam keadaannya..tapi harini air mataku jatuh jua setelah baca pos baru Leen, yang baru kehilangan puteri kesayangannya, Nia. Anak sekecil itu telah berjuang habis-habisan dgn leukimia dalam sisa kehidupannya. Buat Leen, tabahla sayang..puterimu itu putih bersih, seputih2 kapas yg tidak pernah terpalit habuk hitam..Al-Fatihah..

Tuesday, August 23, 2011

BISKUT DAHLIA

Dalam kekalutan seharian, alhamdulillah saya mampu siapkan kuih raya..walaupun baru satu jenis, dapat 3 balang tp ini adalah permulaan yg baik buat saya yg takpernah wat biskut jenis ni..kecik2 dulu adalah wat..alhamdulillah, menjadi..rasanya pun sedap tak hancur ditangan (ecece, masuk bakul angkat sendiri la plak..)

insyaAllah kalau ada kudrat & kesempatan, nak buat beberapa jenis lagi..



PERSIAPAN RAYA

Sibuk dari before Ramadhan sampai lah skrg pun tak habis2 bz, sampai taksempat nak beli kasut raya anak2..haritu da beli baju raya, except baju kurung tasnim baru halfway done. Iyelah, sejak Papa kena operate, kitaorang semua mostly dok umah je, tadek mood nakgi beli baju raya..baju raya sendiri pun rasa ralat kalau beli sendiri..mesti nak beli dgn hubby gak sbb yg paling penting adalah dia yang kena OK kan, sbb wife ni kena utamakan berhias untuk suami..eheh..sejak kahwin, mmg suami lah yg akan pilih kain baju saya semua dan kebetulan la plak mostly yg dia pilihkan tu lah orang kata cantik lah, colour kena lah..macam2..tp ada gak terbeli skali dua dia tak tengok contohnya beli dgn bos bila dia balik dr overseas, seganla plak nak panggil hubby pilihkan walaupun beza tingkat je dgn dia..

da habis jahit order wedding gift haritu rasa lega, malam tadi amik so boleh lah macam ni kuar jap beli barang anak..kami biasanya terawih kat umah je sbb hubby kadang2 tu masih kena solat kat kerusi lagi time2 dia rasa sakit tmpat operate tu..banyak kali gaklah mama jadi driver, papa dok sebelah..ehee..mmg rasa sangat kekok, walaupun dulu pernah bawak jauh2..tp dulu tu driver dok sebelah kiri..tapi skrg ni saya rasa da mahir sket da, especially parking..masa gi spital bawa hubby gi follow-up dia siap puji lagi pandai parking, elok je masuk space tu..hihi..nasib baiklah ada lesen memandu walaupun sangat jarang bawak kan..renew tu tetap renew tau...ehehe..

Harapnya malam ni jadi nak cari kasut atau selipar raya anak2..actually takpanggil selipar raya pun takpe sbb mmg nak kena beli..kasut fahmi tu, lidah dalamnya tu tah mane pergi...bahagian luar dia pun da terkopak sket..adik tasnim plak macam biasalah kaki panjang macam abang, kerap sangat jadinya kena tukar selipar sbb asyik terlebih je tumit..sian dia..yg selipar dia yang latest tu ok lagi tp tinggal sebelah je..mane tah tercicir..maybe tinggal kat taman haritu kot..

korang plak macam mane persiapan raya? kita ni tadeklah excited melampau..anak2 jerla kan..tp anak2 saya yg umur 2 & 4 thn ni pun takberapa faham sangat konsep raya ni..yg diorang tahu balik kg tu bestt...dapat tengok macam2 binatang secara live gitu..dapat naik motor Tokbah, dapat ikut Atuk tunjuk kolam ikannya..dan macam2 lagi lah..

letih plak tiba2 menaip panjang ni..hmm..saya kalau boleh nak kerja kat kampung, boleh?

DAH SIAP SERIBU..ALHAMDULILLAH..

Alhamdulillah, syukur..tidak dapat digambarkan perasaan lega dan puas hati akhirnya dapat gak siapkan tempahan seribu pcs tissue holders ni..disebalik kesedihan mendapat 'bendera jepun di 10 Ramadhan terakhir ini, kugembira dapat siapkan order ni..kalau taksilap, ia ditempah 2-3 weeks before puasa..it took 2 weeks to get the label..kain kena potong 2,000 pcs sbb outer layer & lining skali.. and as you may aware, I had so many tests during this ramadhan, alhamdulillah for the chances to be tested. I was not feeling well since before Ramadhan due to weather and office air-conditioning system, so I keep coughing & having the cold all the way, husband got an emergency operation, anak demam, etc..Anyway, alhamdulillah, I went thru it all with the strong spirit, courage and energy given by Allah, and also huge support from friends, readers and my family.

Ok, let's go back to the orders. 1,000 pcs with more than 50 different fabrics pattern. It was picked up last night, alhamdulillah for the support from my customer in Shah Alam. It happened to be the customer is originally also from Kelantan (my kampung), and her brother lives in the same area where I'm staying now. Allah made it easy for me, alhamdulillah. So, I did not have to go all the way to Shah Alam to deliver to her. Alhamdulillah. But I did not get a chance to take nice shots of the tissue holders pictures.. (I don't think that I ever had one..haha).

By finishing this order, I've to start finishing my half way done Tasnim's baju kurung. Then I can focus on continuing my 'biskut raya'. Only one type done! (slow sket..ehehe). I've left about 7-8 pcs bags to be done after raya. Thanks dear Maryam & K.Azilah for your patience.

Thanks for your time!







Thursday, August 18, 2011

PILIHAN NASIB

Dalam hidup ini kita sentiasa ada beberapa pilihan untuk menjalani kehidupan kita..kalau pilihan kita itu bagus, alhamdulillah..tapi kalau kita tersalah pilih, maka padahla akhirnya. Namun kita sentiasa kena ingat, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya..sesekali kita mesti, (rasanya semua tidak terkecuali) akn terdetik rasa menyesal..kalau rasa menyesal itu adalah sebuah penyesalan tidak mengapa, tetapi rasa menyesal,rungutan membuat sesuatu pilihan. Boleh, tetapi awas, janganlah rasa menyesal itu sampai kita menidakkan Qada & Qadar. Juga, janganlah kita mengharapkan sesuatu itu berubah dalam sekelip mata, bak menanti bulan jatuh ke riba.. merungut akan nasib diri tanpa berusaha..

"Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri" - Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

Peringatan untuk diri sendiri..

Wednesday, August 17, 2011

AKHIRNYA REBAH JUA..

I was supposed to write this entry on Sunday but due to mood imbalance, I've postponed it until today. As you may aware I was handling the house chores, the kids and my husband who just had an emergency appendicitis operation before. On Saturday we went for his follow-up and we got his clinical test result. I saw the result but I didn't really understand the medical terms. But hubby said the consultant surgeon did brief him that he had a ruptured appendix. (3mm) alhamdulillah kecik je..

That night I could not sleep, started feeling the fever. On Sunday morning I woke up from my sleep disorder, my body temperature was quite high, 38.7oC. I could not puasa, went to clinic and got this & that including mc. So I stayed at home on Monday. I was exhausted. Maybe because of what had happened recently and i got stuck in the KTM Train on Friday, out from office at 5pm, arrived home 8++ pm..Alhamdulillah somebody gave me kurma to break my fast.

Anyway, I hope the train is ok because I wanna go home as soon as I could..huhu~~

Monday, August 15, 2011

CHEF IRAN

Masa jaga hubby kat rumah haritu, sambil buat kerja tu saya ada masa naktengok tv..tiba2 saya tertarik kat satu drama Iran ni kat TV AlHijrah..mmg saya suka sangat cerita tu, mengisahkan suka duka sebuah keluarga yang memiliki sebuah restoran mewah terkenal di Tehran. Tajuk cerita pun chef..ayah dia ketua chef, mak dia pengurus restoran yang mana kedua2nya ada ego masing2..

Bagi saya pilihan TV AlHijrah adalah tepat kerana drama tu menunjukkan seolah2 kisah benar/cerita masyarakat dan kisah hidup di Iran..tp tang depa hidang makanan tu mmg menggugat keimanan lah sbb saya ni mmg kepala nasi arab, suka sangat..ehehe..kalau korang free time tu, boleh la tengok yer..waktu siaran jam 3.30-4.30 ptg..saya dapat tengok tu pun sbb cuti, ada kat umah..kalo cite ni ada ulangan weekend ke, ok gak ek boleh tengok..ehehe..

Friday, August 12, 2011

HIKMAH

Alhamdulillah, I am back in my office today after 4 days at home taking care of my husband. I was supposed to have an important meeting today that having me sitting here instead of home, but it was canceled.

Anyway, my husband is getting better alhamdulillah. I've prepared and cooked whatever necessary for him before coming to work today. I hope he will be fine, insyaAllah.

Being at home for the past few days, made me turned into a superwoman..haha..perasan! I had to do the house chores, managed the kids and their school matters. My hubby used to help me a lot before, almost everything we did it together including sewing & cooking. But after what had happened, I felt like my house chores were doubled up. Alhamdulillah for the test, we are tested because He knows that we can go thru it. Alhamdulillah..

There are a lot of hikmah after what had happened recently, my constipation & piles and also my husband's emergency operation. Due to these, I lost my weight 1.5 kg within that 4 days at home, and also it's Ramadhan, I've lost weight altogether 3.5kg during 10days of Ramadhan. But losing weight was not the ultimate, the most important thing is, I've become a more strong person, His servant, wife, mom. I've learnt to always be thankful to Allah for the health, I've learnt to choose good food and appreciate of the good health. Alhamdulillah. Apart of that, I also managed to bake some biskut raya..hihi..time hubby rest tu I took the chance to godek2 my microwave oven..alhamdulillah, siap 3 balang biskut..semperit je pun..(first time buat.. alhamdulillah it turned out well)

So friends, everything happens for a reason..

Kita merancang, Allah juga merancang..tetapi perancangan Allah itulah yang terbaik...

Sunday, August 07, 2011

UJIAN RAMADHAN

Alhamdulillah, Ramadhan ini saya diuji lagi..my husband had to undergo an emergency operation yesterday..the operation went well alhamdulillah and hope he'll be recovered soon..

Thursday, August 04, 2011

JATUH CINTA...susu kambing

Alhamdulillah, syukur..aku telah jatuh cinta..huhu~~ayat jiwang plak tu..tatau macam mana nak cakap perasaan syukur yg amat..akhirnya saya boleh minum susu..saya dah jatuh cinta dgn susu kambing..dulu kalau orang cakap pasal susu ape aje skali pun, mmg masuk telinga kiri kuar telinga kanan..kalo beli pun sampai expired lah..hangat2 tahi ayam..

setiap yg berlaku ada hikmahnya..bila da berpenyakit ni baru nak terkedek2 kaji lifestyle pemakanan..masa nilah terbuka hati, terbuka mata dan mulut terhadap susu kambing dan sebagainya..untuk memulakan sesuatu yg kita tak pernah try, minda kita kena positif..sekarang minda saya positif, saya nak hidup sihat, tanak sakit2 dah..tanak dok berkepit dgn ubat dsb..sbb saya memerlukan kudrat ni tuk diri sendiri..tanak susahkan orang lain..nakjaga suami & anak2..nak bekerja, dan yang paling penting nakjaga ibadah dan selalu meningkatkan amalan..

Al-kisahnya macam ni, saya borak2 dgn kakak kat ofis, pasal masalah gastric saya,takboleh buang angin, sakit kepala, keletihan, etc..(banyak sangat penyakit kot..tak tersenarai kat sini..ehehe). then dia bitau saya cuba lah susu kambing..tp saya cakap saya takboleh nak minum susu pun, kalau tak rasa nakmuntah..dia pun kata dia pun sama..tp dgn susu kambing Hi-goat ni dia ok..dia mula dengan yg coffee mix dulu..dalam tu mmg mix coffee+spirulina+susu kambing..then slowly kita cuba tambah susu kambing extra..saya pun kata ok nanti saya cari..

Mmg rezeki saya masa gi beli groceries haritu alkisahnya hubby nak try mee udang kat satu kedai kat situ, saya pun duduk skali..takmakan ape2 pun..hubby order air milo saya tengok je..masa hubby tgh makan tu saya bangun nak bayar dulu sbb nak balik cepat2 after hubby makan..masa ni anak2 kat nursery jap, sbb bnyk sangat barang nakbeli sbb da lama tak beli groceries..then masa nak bayar tu saya ternampak tergantung susu kambing hi-goat tu..katbawah dia tu ada yg spirulina tu..saya pun suh dia bancuh satu naktry..

bila minum tu saya rasa saya boleh telan..maybe sbb saya biasa makan pil spirulina..pastu saya terus beli satu papan tu..then skrg saya mmg minum hari2 masa sahur..alhamdulillah ni da 4 hari puasa, saya takrasa sket pun gastric saya macam totally gone..insyaAllah kena istiqomah.. dan bulan puasa ni juga saya start tukar eating lifestyle..makan sayur banyak & kurangkan nasi..kurangkan pedas & lemak, air minum banyak2..mula2 maybe takbiasa tp kena positif nak hidup sihat!alhamdulillah, menjahit maintain je, boleh berterawikh dan sebagainya..rutin kerja bertambah bulan puasa ni dengan nak masaknya, nak sahurnya..tp alhamdulillah dengan saya maintain pengambilan susu kambing & eating lifestyle, saya mampu dan insyaAllah boleh berterusan..skrg baru 6 hari saya da rasa perbezaannya..

Jangan salah anggap saya bukan berniaga ke ejen ke..saya tak dapat komisyen pun dari HR ni..ehehe..cuma saya nak share menda yg elok untuk kawan2 yg juga ada masalah macam saya..dan sila tengok betul2 testimonial ni saya bukan copy dari sesiapa tp saya sendiri yg menulisnya..sbb saya nak sangat orang2 macam saya yg taksuka & takboleh minum susu ni tahu bertapa bagusnya khasiat susu kambing ni..esok insyaAllah saya nak jadi ahli..jadi ahli sbb beli harga ahli lagi murah..da tahu kita ni nakguna lama insyaAllah so better jadi ahli kan..sbb ada kakak tempat keje saya ni stokis..dia pun asal dari pengalaman macam saya ni jugaklah..husband dia ada penyakit kencing manis skrg totally drop..kalau ada asthma ke memang elok..gastric, ulcer pain, masalah pencernaan..banyak lagi..

Syukur sangat2 Ya Allah, alhamdulillah atas nikmat kesihatan ini, atas nikmat keterbukaan hati untuk minum susu ni...dan atas segala2nya..Alhamdulillah..

Wednesday, August 03, 2011

SAHUR WESTERN

Alhamdulillah, harini bangun sahur, terlambat sket sbb malam tadi tidur lambat..jam435 am, biasa kol 4 bangun..takpuasa pun kol 4-5 da bangun..anyway, harini me & hubby bersahur set western..tadeklah plak amik gambar time sahur ni..kurma, grilled sausage +fish sauce+black pepper, tomato baked beans, raw crunchy lettuce and coleslaw dressing! air plak, campuran cuka nipah+madu, cofee susu kambing spirulina and lots of water..alhamdulillah..rasanya macam simple, cepat dan kenyang..yang paling penting, dapat berkat bangun sahur..

semalam balik baca kat kotak susu kambing tu patutla, susu kambing ni adalah ubat untuk sakit gastric, ulcer perut dan banyak lagi..alhamdulillah..

Harini alhamdulillah, my sinus juga is lesser.semalam menyengat sampai ke gusi dan gigi..bahagian kening, atas hidung & pipi tu toksah cakaplah sakitnya..flu almost 2 weeks da ni..ada orang cakap ubat resdung yg mujarab adalah daun tebu hitam (yang batang tebu tu sebesar ibu jari je), dikeringkan dan ditumbuk kering & sapu ke bahagian yg sakit tu, insyaAllah boleh beransur hilang..saya nak cuba tapi tatau kat mane..kalau sape2 ada saya nak beli ye, boleh poskan kering..ehehe..

harini dapat wat kerja dengan ceria dan bersemangat..semalam sbb kan sakit tu macam slow je wat keje..lemah je..alhamdulillah atas nikmat kesihatan..semoga diri kita semua terus bertenaga sampai ke malam ini untuk berterawikh..insyaAllah..

Happy fasting!

p/s: next post nanti saya nak wat stock clearance kain pasang..tuk lepas2 raya ke..ehehe

Tuesday, August 02, 2011

DAH BANYAK HARI TAKDE POST

Harini baru ada peluang nak mencoret sesuatu di sini..Alhamdulillah, harini hari kedua berpuasa. Alhamdulillah, syukur sangat2 atas kesihatan dan kudrat untuk berpuasa ni. Masalah saya sebelum ni dah bertambah baik walaupun ada lagi..gastric is totally gone, alhamdulillah. Hikmah berpuasa dah terbukti menyihatkan, cuma kena caranya. Sebelum puasa tak jaga makan, makan ikut suka timing sendiri. Tp bila berpuasa ni mmg Allah dah tetapkan timing makan ni, alhamdulillah, syukur.

Memandangkan saya ada masalah pencernaan, saya cuba makan nasi sedikit yang mungkin, banyak makan sayur. Masa berbuka saya makan 3 jenis sayur dan sahur pun sama. Haa, boleh pun..nak dgn taknak je..bila sakit baru nak disiplin..air pun, alhamdulillah saya boleh minum 3 liter..takpernah2 nakgi keje suh hubby stop kat petrol station sbb saya nak ke tandas buang air kecil..hihi..dan saya siap boleh minum susu kambing lagi masa sahur..takpernah2 minum..tp susu kambing campuran coffee & spirulina.. (waah hubby mesti bangga sbb akhirnya wife dia ni minum gak susu kambing..) Yes, I have to admit that susu kambing banyak khasiatnya..tenaga pada siang haripun maintain..

apapun, saya takputus2 berdoa semoga keadaan ni berterusan agar bulan puasa ni dapat dilalui dengan penuh berkat dan jayanya..amiin..

Friday, July 29, 2011

EATING NO RICE

InsyaAllah hari isnin nanti kita akan berpuasa..bulan yang ditunggu2 oleh semua, untuk menggandakan ibadah, bukan ibadah puasa sahaja..malah ibadah2 lain juga..bulan ini jugalah bulan yang kita harus rebut peluang untuk melipatgandakan amalan..

tidak dinafikan juga, bulan ini jugalah direbut2 oleh peniaga2 terutamanya peniaga makanan dan persiapan hari raya yang lain termasuk pakaian, biskut raya dan sebagainya..sampaikan sanggup untuk membayar sewa RM20,000 sebulan..fuuhhh..nampak gayanya memamg menguntungkan..

as for me, I have to be balance..still have few more orders need to be completed before the Eid including Tasnim's baju kurung, I also have to be stronger in order to do the ibadah, especially the tarawikh and also put extra energy on preparing the food..my arrival time from workplace would be same as usual (maybe a bit early, insyaAllah) around 6-630pm. I normally cook simple menu or sometimes we also buy from stalls nearby (in a way help the neighborhood). This year would be the same, it's just that I have to prepare to get use of eating no rice..??

these past few weeks, I was suffering of serious constipation that may lead to have a serious hemorrhoid. In order to avoid that, I have to take a lot of fluids and fibers and it helps a lot if i take no rice..now, I've tried some other food that make me feel full for example pita bread with chicken sandwich and meehun sup. I don't know but somehow it seemed work on me. And I noticed, if I were to take a full meal of rice, I would get the constipation. That means, 2-3 spoons of rice is enough..huhu~~ saya perut nasi maa...tak boleh tahann...

that means:-
1. I still have to cook rice & lauk for hubby and the kids (Fahmi is also a perut nasi boy)
2. I can only eat the lauk with a lot of vegetables and also to eat fruits, compulsory
3. I cannot skip sahur with at least kurma and bread to avoid my gastric pain (see, I also have gastric)

Therefore I have to stock up my refrigerator with a lot of vegetables, fruits,pita bread,chicken, fish, etc...huhu..so tomorrow will be a hectic day for me..groceries time!

Friends, pray for me that I won't sick during Ramadhan..last year I was warded during Ramadhan due to dehydration..this year, insyaAllah I won't sick again..

Oh ya, if you have any other type of food (which is not nasi) that can make us full and yet give us energy, please share with me..

Thank you for your time..

PAGI YANG HUJAN

Pagi ni hujan turun sepanjang perjalanan kami ke office, seiring dengan kesedihan dari kekalahan malam tadi..di corong2 radio pun semuanya membicarakan pasal kekalahan bola malam tadi..I'm not a big fan on football, but I always pray for the best for our Skuad Harimau..dulu2 saya mmg takminat tengok bola..tak amik port langsung..tp sejak akhir2 ni Kelantan kerap sangat jadi juara mendahului skuad sukan bolasepak tanah air, menjadikan saya buka mata..tambah plak penjaga golnya yang tangkas dan cekap malam tadi orang kelate, nama plak khairul fahmi (sama macam anak sulung saya nama fahmi gak), so saya pun curi2 tengok gak..

malam tadi saya tak menjahit pun bagi chance kat papa tengok perlawanan dan saya main kat bilik dengan anak2..so tadeklah Fahmi berebut channel dengan Papa, sorang nak tengok Ceria, sorang nak tengok bola..ehehe..tp kami curi2 gak kuar tengok bila papa excited semacam je..ehehe..

bagi pendapat saya lah, kekalahan kita berat masa kat Singapore haritu lagi, lolos banyak sangat..so, permainan ni amat getir skali..tu pun sbb Khairul Fahmi banyak selamatkan gol tendangan Singa yg tajam & garang..mmg tabik spring lah bila tengok ulang tayang dia menyelamatkan gol tu, cekap & tangkas..cuma saya & mungkin ramai lagi kesal dengan drama2 berbabak-babak malam tadi..

Anyway, Skuad Harimau jgn berhenti mengaum..kami semua sokong anda! (termasuk Daniel Fahmi juga)..ehehe

Wednesday, July 27, 2011

BELI @ JAHIT?

Gambar ni da amik few weeks ago..masa tu Tasnim try baju raya lama yg mama jahit dulu sbb mama nak tengok size dia..kononnya nak jahit la kan..tp disebabkan terlalu busy & diri mama tasnim ni yg tak berapa sehat, so me & hubby decided to buy for her..first time beli baju kurung for her, sbb sebelum ni dah buat 2 kali...

so, last weekend pergi beli tp masa tu tasnim is in a bad mood, she insisted not to try the baju kurung. So hubby kata ukur belakang dia jer la..tu pun dia berlari ikut abang main (kebetulan masa tu ada belon yg boleh main lompat2 tu..so saya ukur lebih kurang jerla sambil badan dia bergerak. tp bila balik umah mood dia ok, saya try..ya Allah singkat plak dgn dia..badan semua da ok sbb tasnim a bit lost her weight..huhu.. (sbb skrg terlalu aktif, walaupun makan tetap banyak macam biasa) kain dia cantik, plain shocking pink, maybe saiz dia tuk budak setahun..tasnim da dua tahun. nak amik gambar tak boleh..kamera rosak..takpe saya godek2 kamera lama saya nanti saya amik gambar..

p/s: nampak gaya mama kena menjahit baju tasnim la ni..mmg rezeki tasnim nakpakai baju airtangan mama..





Tuesday, July 19, 2011

TASNIM THE EXPLORER...

Suke tengok gambar ni, ala-ala kakak gitu..ehehe..masa ni kat rumah sepupu Tasnim, iaitu Aisyah..ni dia amik kak aisyah punya wat harta sendiri..(bak kata Fahmi, pinjam je, share laa...) Oh ye, baju tu saya jahit tuk tasnim..Lately ni badan dia macam ruam2..berpeluh kuat sangat..so saya wat la baju open2 sket..ehehe..dia suka baju ni sbb ada Dora tu..comeyyy.kain pun lembut, imported from vietnam..oh ye, saya ada lebih sket lagi kain tu, kalo berminat boleh tengok kat Tinicraft


Beza setahun lebih dgn kak aisyah..tp macam sama besar je..

Friday, July 15, 2011

REFASHION AGAIN...

Looking at tasnim wearing my first refashion project, she really loves it, smiling all the way..dia pk baju baru kot..sian dia..for these few months tadek baju baru la..nakwat camne mama pandai menjahit (pandai la sangat..ehehe) ada baju baru, tp mama jahit gak..nanti later to be uploaded.ni pun weekend haritu wat, sambil siapkan orders..

Macam baju ni singkat nampak perut, tp badan ok lagi..so wat ape membazir kan..naktunggu adik tasnim tatau bila lagi kan..refashion ni pun mostly I used Japanese cotton, easy to be handled, or vietnam english cotton pun ok..


tengok tu, tak abis2 tenung baju dia ala2 skirt dah..ehehe..

Related Posts with Thumbnails